"Mestilah! Saya nampak lagi cantik bila pakai baju perempuan! Abang Senior Kedua, selama ni kamu hilang ke mana? Abang Senior Pertama cakap dia dah tak jumpa kamu lebih setengah tahun! Kamu pun langsung tak hubungi saya!" Ning Xi memuncungkan mulutnya.
Tang Lang menjongketkan keningnya memandang gadis itu dan berkata, "Maaflah!"
Kedua-dua mereka saling mengimbau masa lalu buat masa yang agak lama sehinggalah Tang Ye akhirnya mengambil keputusan untuk mencelah perbualan mereka, "Tang Lang."
Tang Ye memanggil nama lelaki itu dengan muka tidak berperasaan. Hanya matanya saja yang sarat dengan tanda tanya.
"Aha! Abang Senior, lama tak nampak! Rindu saya tak?" Tang Lang merangkul bahu Tang Ye dan menyandarkan tubuhnya ke tubuh lelaki itu dengan selamba.
Tang Ye menolak lelaki itu dengan kasar dan berkata, "Tuan dah lama cari kamu."
Tang Lang sekali lagi mendekatkan dirinya pada lelaki itu. "Tuan saja ke? Kamu?"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com