Ning Yaohua berhenti bercakap dengan Ning Yaobang dan tumpukan perhatiannya kepada lelaki tua itu. "Ayah, bukannya saya tak nak umumkan tapi ini terburu-buru sangat. Kita dah beritahu semua orang yang Ning Xi anak angkat, tiba-tiba anak angkat jadi anak kandung. Kita kena ada alasan yang kukuh! Kita akan jadi bahan lawak kalau tak bersedia! Lagipun, teruklah kalau kita rosakkan hari jadi ayah hari ni!"
"Terburu-buru, terburu-buru… dah lima tahun! Kamu tak peduli pun tentang hal ni, kan?!"
"Mestilah saya peduli, saya dah tolong dia masa dia mula-mula balik. Saya tolong cari kerja untuk dia. Patutnya dia sesuaikan diri dalam keluarga Ning perlahan-lahan, kemudian barulah kita umumkan identiti sebenar dia. Dia sendiri yang nak masuk industri hiburan. Dia bukan je bawa khabar angin yang teruk tentang diri sendiri malah beri kesan kepada Xueluo juga."
Sebenarnya, Ning Yaohua tak pernah terfikir untuk umumkan identiti sebenar Ning Xi.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com