webnovel

Tempat Tidur Si Syaitan?

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Selepas menanggalkan kotnya, Lu Tingxiao menyingsing lengan baju kemejanya. "Mungkin akan ambil masa lama sikit. Kamu boleh pergi berehat di bilik sebelah. Kamu nampak tak sihat, tak cukup tidur ke?"

Ning Xi menyentuh lingkaran gelap bawah matanya. "Saya teruja sangat semalam, jadi saya habiskan masa sepanjang malam untuk baca skrip-skrip tu..."

"Pergi baring sekejap. Saya akan kejutkan kamu sesudah saya siap nanti."

"Saya tidur masa bos tengah kerja? Tak elok macam tu, bukan?" Ning Xi berasa yang hal itu tidak begitu sesuai. 

Lu Tingxiao merenung gadis itu. "Kalau kamu tak tidur pun kamu tak boleh tolong saya apa-apa, jadi lebih baik kamu pergi tidur sekejap."

"Okay, saya pergi sekarang juga!" Ning Xi cepat-cepat beredar dari meja Si Syaitan... Nampaknya Si Syaitan dah hilang kawalan dengan aura menggodanya...

Ning Xi masuk ke ruang rehat dengan pantas...

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel