"Boss Fong? Kenapa dia berikan kita ini?"
"Disebabkan Kakak, hotel mereka terlibat dalam majlis yang popular ini dan ini membantu mereka menjimatkan banyak yuran pengiklanan. Apalah sangat kad platinum ni berbanding keadaan tu!"
Ning Xi mengeluh kerana dia tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku malam ini kepada sesiapa, jadi dia hanya menerimanya, "Baiklah, jadi kamu patut menyimpannya!"
"Ha? Saya?" Xiao Tao terkejut.
"Sudah tentulah hal yang berkaitan dengan saya akan diuruskan oleh pembantu saya yang setia. Lebih mudah jika kamu menyimpannya!"
Muka Xiao Tao kemerahan, "Jadi, saya akan menyimpan kad ini!"
…
Hotel Regal Riveria
Apabila Ning Xi sampai ke pangsapurinya, dia mencampakkan dirinya ke atas katil tanpa berbuat apa-apa.
Malam ini sangat memenatkan.
Hatinya penat.
Sejak semalam dia berasa risau dengan beberapa konflik yang timbul tidak henti-henti.
Saat ini, dia tidak ada tenaga lagi.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com