"Ning Xi, Xueluo dah cakap macam tu, kamu terima sajalah!"
"Kamu tak rasa baju-baju ni murah, bukan? Tengoklah, semuanya agak mahal dan jauh lebih bagus dari baju-baju kamu yang ketinggalan zaman tu!"
"Di mana lagi kamu nak dapat baju-baju percuma macam ni? Ambil saja!"
...
Ning Xi masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak bertengkar dengan orang bodoh seperti mereka. Dia tidak mahu rasa sakit hati dengan perangai mereka kerana ini hanya akan membuatkannya sedih. Jadi, dia berlagak tenang dan hanya melihat mereka memperbodohkan diri sendiri.
Ning Xueluo dan rakan-rakannya bingung melihat reaksi Ning Xi. Mereka cuba mengingat kembali kalau-kalau mereka ada tersilap cakap.
Tiba-tiba, seorang gadis yang sedang berdiri di sisi meja solek menjerit, "Ah!"
Apa pula ni? Ning Xi menoleh.
"Ning Xi, perabot rumah kamu bergerak-gerak! Takutnya!"
Gadis itu terkejut memandang hiasan lilin yang sudah beralih tempat itu.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com