webnovel

Ban Kecil Tercengang

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Mungkin sebab dia sudah memendam perasaannya dengan begitu lama. Ning Xi tahu dia tidak sepatutnya menangis di depan Ban Kecil kerana kelakuannya ini hanya akan menakutkan kanak-kanak itu. Tetapi, dia betul-betul sudah tidak mampu menahannya lagi...

Ban Kecil duduk di sisi katil dan merenung Ning Xi yang sedang menangis sambil menekup wajahnya ke bantal. Dia tercengang. Matanya membulat kerana panik dan tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Tidak lama kemudian, dia cuba menggunakan tangan kecilnya untuk menepuk-nepuk Mak Cik Xiao Xi, sama seperti apa yang gadis itu selalu buat untuk menenangkannya.

Tetapi, sebaik sahaja dia menepuk-nepuk Ning Xi, gadis itu tiba-tiba mula menangis dengan lebih kuat.

Ban Kecil ketakutan. Dia sudah tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana takut perbuatannya akan memprovokasi Ning Xi dengan lebih teruk.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel