Kali ini muka Ning Xueluo serta-merta berubah dan dia hampir menjerit. "Ning Xi, kau perempuan gila!"
Dia tak takut pada Ning Xi yang semakin galak bertanding dengan dirinya dari segi status dan lelaki. Yang paling dia takut kalau Ning Xi membongkarkan segalanya untuk menjatuhkan dia.
"Hehe..." Melihat Ning Xueluo yang semakin pucat lesi mendengar kata-katanya, Ning Xi tidak mampu menahan dirinya daripada ketawa. Dia kemudiannya menepuk perlahan bahu Ning Xueluo dengan muka selamba, "Cik Puan Ning, bertenang. Saya cuma bergurau. Tak berbaloi mati bersama dengan orang tak berguna macam kamu..."
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com