webnovel

Si Cilik Mengamuk di Istana Langit

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Semua orang tahu Si Cilik lebih suka suasana yang damai dan tenang. Biasanya, dia akan bersembunyi di dalam biliknya selepas makan malam. Selepas orang gaji selesai semua tugasan mereka, mereka telah diarah untuk balik ke bilik masing-masing. Mereka tidak dibenarkan keluar dan membuat sebarang bunyi, supaya tidak memprovok Si Cilik untuk membuat perangai atau mengamuk.

Puan Lu sangat bimbang kepada Si Cilik, dan telah memasuki biliknya beberapa kali untuk menawarkan makanan kepadanya. Hasilnya, Si Cilik telah menguncikan dirinya di loteng…

Ini sebabnya kenapa Si Cilik enggan berpindah ke rumah datuk dan neneknya walaupun kedua-dua orang tua itu amat sayang kepadanya.

Tapi sekarang, Si Cilik telah tinggalkan biliknya sendiri?

Bukan itu sahaja, Si Cilik terus belari ke arah Lu Tingxiao dan memeluk kakinya.

Lu Jingli tertawa. "Apa yang Si Cilik buat ini? Adakah dia mahukan sesuatu?"

Lu Tingxiao boleh meneka niat anaknya, lalu dengan segera menolak permintaan yang tidak terungkap itu. "Tidak boleh. Kamu sudah pergi semalam."

Kemudian, Si Cilik memandang telefon bimbit Lu Tingxiao.

"Kamu sudah bercakap dengan dia semasa makan malam." Lu Tingxiao menolak permintaan dia sekali lagi.

Melihat dari jauh, Lu Jingli akhirnya faham situasi. Jadi, Si Cilik rindu pada Ning Xi.

Si Cilik tahu dia tidak akan dapat apa yang dia inginkan daripada bapanya, lantas terus berlari kepada Lu Jingli lalu memeluk kakinya.

Lu Jingli berasa terkejut dan gembira. "Tidak, tidak, tidak, anak kesayanganku. Jangan guna taktik ini kepada saya. Kamu tahu Bapa Saudara Kedua kamu ini tidak boleh tahan dengan wajah kamu yang comel ini!"

Walaupun Si Cilik selalunya tidak menunjukkan emosi, tetapi apabila dia mahukan sesuatu, riak wajah dan sikapnya akan bertukar menjadi comel, sesiapa pun boleh mati atau dihidupkan semula melihat perwatakannya.

Sebaik sahaja dia memandang kamu dengan matanya yang besar, cantik dan berkilau itu, kamu tak akan sampai hati menolak permintaannya, malah rela terbang ke langit untuk memetik bintang-bintang untuknya.

Satu-satunya orang dari seluruh isi rumah yang mampu melawan rayuan Si Cilik adalah Lu Tingxiao.

Lu Jingli mengangkat tangannya ke udara. "Si Cilik, tak gunanya kau buat macam begini. Saya tidak boleh mengalahkan ayah kamu!"

Apabila dia mendengar kata-kata ini, Si Cilik melepaskan Lu Jingli.

Resolusi yang kejam.

Budak kecil itu kelihatan seperti dia telah dipisahkan dari kekasihnya oleh ibu bapa yang berhati dingin. Lu Jingli ketawa terbahak-bahak hingga terpaksa menampu diri pada dinding. "Ah, Si Cilik, kamu tidak perlu tergesa-gesa. Ada orang pernah berkata bahawa cinta itu lebih manis jika berjauhan kerana ketiadaan pasangan boleh mendekatkan hati dua insan. Tunggulah sehingga ayah kamu mengahwini Mak Cik Xi, supaya kamu boleh berjumpa dengannya setiap hari!"

Nasihat dia tidak berkesan.

Budak kecil itu lari keluar.

Lu Jingli mengangkat bahu sambil bertanya, "Sekarang macam mana?"

"Dia makan banyak malam ini." Lu Tingxiao menjawab.

Maksudnya, taktik mogok lapar sebagai ancaman utama tidak akan berguna buat sementara waktu.

Lu Tingxiao berasa lega mendengar kata-kata abangnya.

Namun, mereka telah memandang rendah pada Si Cilik.

Dia itu budak kecil. Jadi, dia tidak perlu skema yang besar, cuma perlu satu perkataan, 'malapetaka', sudah pun mencukupi.

Sebaik saja mereka selesai bercakap, satu bunyi kuat kedengaran dari ruang tamu di tingkat bawah.

Lu Jingli dan abangnya memandang satu sama lain lalu berlari ke tingkat bawah.

Dalam masa yang singkat, seluruh ruang tamu sudah bersepah. Satu pasu besar yang setinggi orang telah hancur di atas lantai. Apa saja yang boleh ditolak ataupun dirosakkan telah berkongsi nasib yang sama.

"LU JINGYU!"

Lu Tingxiao hanya mengguna nama penuh Si Cilik apabila dia benar-benar marah.

Sekiranya Lu Jingli juga tidak dapat menahan tekanan yang menakutkan daripada abangnya, mana mungkin Si Cilik dapat menahan?

Si Cilik menggeletar ketakutan apabila melihat wajah marah ayahnya. Dia menjadi lebih gelisah dan emosinya menjadi semakin liar. Dia menjerit sekuat hati dan mula berlari untuk memecahkan lebih banyak benda.

Dengan pantas, Lu Jingli mengejar. Dia sedar betapa banyak serpihan kecil yang tajam di atas lantai. Lebih merbahaya sekiranya mereka terjatuh.

Nächstes Kapitel