Yun Luofeng tidak tahu apa yang berlaku dalam gua itu. Selepas menyelesaikan masalah di Persatuan Tabib, dia pulang ke Kediaman Jeneral bersama dengan Yun Qingya.
Yun Luofeng, Yun Xiao dan Yun Qingya, mereka semua pulang ke rumah dengan serentak, Yun Luofeng sangat gembira sehingga air matanya mengalir dan membawa Yun Xiao dan Yun Qingya untuk pergi minum.
Mereka jarang ada kesempatan untuk manjakan diri, jadi Yun Luofeng tidak halang mereka, tetapi dia suruh Qing Yan hantar sup kepada mereka mana tahu mereka mabuk. Selepas berbuat begitu, Yun Luofeng pulang ke biliknya dan berehat. Setelah malam menjelang, seorang lelaki masuk ke dalam bilik yang disinari cahaya bulan itu.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com