"Saudari Yating, jangan bela dia. Masih boleh diperbaiki? Dia cuma sampah! Kamu mahu beri dia peluang sebab kamu rasa bersalah dengan apa yang Kota Perubatan telah lakukan terhadap Yun Qingya, tapi dia langsung tidak bersyukur."
"Diam!" Wajah Lin Yating menggelap. "Qiuping, kamu mesti ingat, tiada manusia di dunia ini yang sampah! Walaupun kebolehan perubatan Yun Luofeng teruk, saya pasti boleh latih dia menjadi tabib yang hebat."
Yun Luofeng hanya berpeluk tubuh dan tersenyum licik, matanya mengecil menonton lakonan dua orang itu. Walaupun tiada siap yang perasan, dia jelas nampak Lin Yating mengenyit mata kepada lelaki itu tadi!
Jelas sekali, Lin Yating yang suruh bercakap begini!
Selepas selesai bercakap dengan Qiuping, Lin Yating menoleh ke arah Yun Luofeng dan tersenyum anggun. "Cik Yun, jangan bimbang. Tidak kira sama ada kamu lulus atau tidak, saya tetap akan terima kamu jadi anak murid saya sebagai pampasan untuk Keluarga Yun."
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com