Kapten-kapten lain yang telah selesai merekrut ahli baru tersedar suasana di atrium berubah tegang. Mereka nampak kwasan kosong di tengah dan melihat Li Lanfeng dan Shen Rufei berdiri di sana. Mereka terkejut dan segera bertanya ahli-ahli Lingtian tentang apa yang berlaku.
Apabila mendengar Shen Rufei meminta untuk bertarung dengan Li Lanfeng bagi menyelesaikan persengketaan di antaranya dan Lingtian, mereka turut berpendapat yang tindakan Shen Rufei begitu licik. Mereka tidak tahu mengapa Li Lanfeng menerima cabaran itu.
Shen Rufei melihat kawasan yang dikosongkan untuk mereka. Dia mengangkat kaki dan menendang kerusi besi di sisinya. Kerusi itu patah. Dia menghulurkan tangan dan mengambil kaki kerusi yang patah.
Li Lanfeng memegang erat kaki kerusinya yang juga patah. Mereka berdiri sejauh tiga meter dan merenung satu sama lain.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com