Apabila penolong Si Tua Cao terdengarnya, dia serta-merta berkata dengan gembiranya, "Tuan Pengawas, kalau budak-budak tu tahu niat Tuan, mereka mesti suka. Budak-budak tu sangat tak puas hati dengan apa yang dah jadi dekat Luo Chao. Mereka dah banyak kali beritahu yang mereka nak tunjukkan kehebatan Akademi Ketenteraan Lelaki Kedua."
Si Tua Cao tersenyum, mengangguk, dan berkata, "Pelajar kita patut berfikiran macam tu. Kalau mereka tak dapat melindungi adik-beradik mereka sendiri, jadi apa gunanya mereka jadi kuat?"
Sementara mereka sedang merancang untuk menipu dan mengganggu Akademi Ketenteraan Lelaki Kedua, di bahagian Akademi Ketenteraan Lelaki Ketiga pula, Si Tua Wu sedang bertanya kepada pembantunya, "Ah Qi, beritahu saya, bagi kamu, apa perancangan Akademi Ketenteraan Campuran Pertama?"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com