webnovel

Pasangan Arnab-Cheetah!

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Ling Lan tidak perlu bertanya lebih lanjut kepada Nombor Tiga tentang bagaimana untuk memasukkan arahan praset kawalan. Hal ini kerana, Ling Lan sudah pun tahu tentang perkara tersebut. Selain daripada tetapan mod praset kawalan, terdapat juga mod praset kawalan segera. Mod jenis kedua itu akan menerima input yang sangat ringkas dan boleh digunakan secara efektif hanya sekali sahaja.

Ini sejenis cara kawalan yang sangat sesuai dengan pertempuran pada waktu kecemasan. Namun begitu, kebanyakan orang terlupa yang setiap mecha didatangkan dengan fungsi ini kerana mod praset kawalan segera ini memerlukan usaha yang banyak daripada pengendalinya. Ramai orang tidak memiliki kemahiran untuk mengendalikan cara kawalan ini jadi kebanyakan pengendali mecha merasakan lebih mudah untuk mereka bergantung dengan kemahiran mengadaptasi mereka sendiri dan mengawal mecha mereka secara terus.

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel