webnovel

Warisan Ling Xiao?

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Sambil tersenyum, dekan itu memandang Leftenan Jeneral Xu. Sinar mengusik pada mata kawan baiknya itu menyebabkan muka Leftenan Jeneral Xu kemerah-merahan sedikit dan dia berkata dengan malu, "Bukankah saya hanya risaukan anak Ling Xiao? Begitu risau sehingga saya terlupa ini tanggungjawab kamu… Mana mungkin kamu tidak membuat persiapan? Tak guna saya risaukan hal ini."

"Risau tentang anak Ling Xiao itu bagus. Beginilah, apa kata kamu serahkan kepada saya barang yang Ling Xiao tinggalkan dalam jagaan kamu?" Senyuman dekan itu semakin lebar.

Leftenan Jeneral Xu tidak berfikir panjang dan terus menolak. "Tak boleh. Barang yang Ling Xiao tinggalkan dengan saya sebelum dia pergi berperang mungkin merupakan rahsia di sebalik pencapaiannya ke tahap pengendali kelas-dewa. Barang ini milik Persekutuan dan pasukan ketenteraan kita."

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel