"Seperti yang dijangka, kesan gabungan Pil Pembuka Mata + Teh Hijau Rohani + Cecair Ubatan Bertenaga sangat hebat. Dengan semua gajet ini, dia akan terus bertenaga selama 24 jam sehari dan menulis tanpa berehat! Seperti yang saya jangka, tidaklah mustahil untuk mencapai matlamat sebanyak 30,000 perkataan," kata Yu Jiaojiao sambil tersenyum gembira.
"Cik memang bijak." Di sebelah Yu Jiaojiao, ada seorang gadis berpakaian orang gaji klasik. Dia memanjakan Jiaojiao dan memberikannya kek dan roti.
"Oleh sebab hari ini dia sangat rajin, saya akan memberinya snek tengah malam juga." Yu Jiaojiao mengangguk dan berkata, "Baiklah, letakkan sedikit cecari penguat badan di dalam snek tersebut. Saya mahu lihat jika badannya boleh bertahan."
Bersusah-payah Jiaojiao mencari penulis yang menulis buku kegemarannya. Mungkinkah dia mahu melatih penulis itu dan menjadikannya seorang pertapa? Dengan itu, dia boleh menulis buku selama beratus-ratus tahun!
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com