webnovel

Malangnya, Aku Tak Pedulikan Air Muka!

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Tuan, sila tunjukkan jalan untuk aku terus hidup." Mahaguru Altar mengumpulkan keberanian dan merayu kepada Shuhang.

"Terimalah salah satu serangan dari Tuan ini. Sudah tentu, Tuan ini tidak akan menyerang dengan kekuatan yang penuh. Selagi kau boleh bertahan dengan serangan aku, aku akan membiarkan kau hidup." Song Shuhang menunjalkan jarinya ke hadapan saat dia bercakap.

Apabila rasa malu telah mencapai ke titik yang kritikal, ia akan mula musnah sama seperti musnahnya pandangan dunia, nilai dan pandangan hidup seseorang. 

Selepas berulang-ulang kali menyebut 'Tuan ini,' Shuhang tidak lagi berasa malu. Sebaliknya, dia mula dapat menyebutnya dengan lebih mudah.

Ekspresi wajah Mahaguru Altar nampak jelas tetapi masih gelap. Serangan misteri dari Tuan itu... sekiranya dia melemparkan pedang terbang itu secara bersahaja sekalipun, dia masih boleh hampir mati walaupun ia belum lagi mencapai kekuatan penuh!

Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai ruang untuk memilih.

Dia mungkin mati... walaupun dengan satu serangan, tetapi dia masih mempunyai peluang untuk hidup. 

Sekiranya dia tidak menerima syarat-syarat yang diberikan, Tuan itu hanya perlu melemparkan pedang terbang dan kepalanya akan dipotong dalam beberapa saat kemudian digunakan sebagai periuk kebuk.

Lagipun... dia masih mempunyai helah lain yang belum digunakan. Sebagai pertapa hantu jahat, dia mempunyai teknik menyelamatkan nyawa yang aneh yang boleh menggunakan 'kematian' untuk menahan serangan daripada Tuan Shuhang itu.

Sebaik sahaja dia memikirkannya, Mahaguru Altar mengetap giginya dan berkata, "Tuan, adakah Tuan serius?"

"Wajah Tuan ini sangat terkenal dalam dunia pertapaan. Takkanlah aku akan berbohong kepada pertapa muda seperti kau." Song Shuhang berkata dengan wajah yang kosong dan terus merendah-rendahkan Mahaguru Altar seolah-olah dia sedang memijak seekor semut.

'Wajah Tuan yang terkenal dalam dunia pertapaan', Shuhang nampaknya tidak berbohong. Jika seseorang itu manusia biasa, dia pasti mempunyai kepala dan muka. 

'Jangan beritahu aku yang kau tidak mempunyai kepala dan muka?'

"Tuan, kasihanilah saya." Mahaguru Altar tersenyum pahit. Senyuman pahitnya akan membuat seseorang merasai kepahitan sehingga dari jarak seribu batu jauhnya.

Secara rahsia, dalam badan Mahaguru Altar, seekor hantu tulen memecahkan ikatannya dan secara senyap-senyap menyelubungi tubuh Mahaguru Altar.

Hantu itu bukanlah hantu dengan roh yang penuh dengan dendam. Jadi, ia tidak takut dengan teknik penghalau kejahatan yang biasa.

Sudah tentu, untuk melahirkan hantu tulen itu tidak mudah kerana kelahiran hantu biasanya berlaku disebabkan kebencian dan dendam. Hantu tulen harus menjadi orang yang baik yang mati kerana ketidakadilan yang telah menimpanya. Oleh kerana individu itu sangat baik, dia tidak peduli terhadap ketidakadilan seperti itu kemudian ia mempunyai peluang untuk menjadi hantu tulen...

"Jadi, terimalah serangan pedang dari Tuan ini!" Song Shuhang menunjukkan ekspresi seperti acuh tidak acuh. Dengan gerakan jari-jemarinya, satu azimat muncul di celahan jarinya.

'Azimat pedang' yang diberikan oleh Mahaguru Istana Tujuh Azimat Nyawa digunakan untuk tujuan serangan. Untuk mengaktifkannya, kita hanya perlu menyebut 'pedang'. Sebaik sahaja disempurnakan, ia akan berubah menjadi serangan qi pedang di peringkat Perolehan Pertarungan Raja Tahap Tiga yang berupaya membelah gunung. Seorang pertapa Mahaguru Agung Tahap Dua yang tidak melakukan sebarang kaedah pertahanan khas akan mengalami kecederaan yang kritikal sekiranya mereka tidak mati.

Apabila Mahaguru Altar melihat azimat itu, dia hampir memecahkan giginya kerana telah mengetapnya dengan kuat... sebagai seorang pertapa bebas yang sangat lemah, dia membenci orang-orang tirani kaya yang melontarkan azimat dengan mudah kepada orang lain!

"Berdiri tegak, Pertapa Muda. Berdoalah supaya kau bernasib baik." Song Shuhang memicit azimat itu. Gerakan tubuh badannya sangat terkawal walaupun dia tidak dapat menahan kegembiraan saat dia menyebut "Pedang!"

Kemudian dalam keadaan yang kabur, satu bentuk ilusi muncul di belakang Shuhang.

Bentuk ilusi itu menggunakan jari-jemarinya sebagai pedang dan menghunus ke arah Mahaguru Altar.

Sebilah pedang bercahaya terang muncul dari dalam azimat itu. Apabila pedang bercahaya itu keluar, tiada apa yang dapat dilihat di dalam gerabak kereta api. Pemandangan itu menunjukkan seolah-olah pedang itu sahaja yang telah menerangi alam dari jarak syurga dan bumi!

Sinar cahaya pedang ini merupakan teknik pedang yang indah!

Dalam sekelip mata, Mahaguru Altar yang menjadi sasaran terkurung, tidak mampu bergerak walaupun satu inci.

Dia juga langsung tidak dapat mengelak serangan itu. Semua itu hanya mampu dibayangkan dalam fikirannya. Dia hanya dapat berdiri kaku di tempatnya sambil menatap ke arah pedang yang menusuk tubuhnya!

Penghinaan? Kebencian? Ketakutan?

Mahaguru Altar seolah-olah merasakan dia telah menumpahkan semua perencah kemudian semua perasa itu dicampur bersama. Rasanya tidak dapat dijelaskan.

Pedang bercahaya itu menusuk tubuhnya, tetapi ia hanya mengeluarkan bunyi "Zst ~" yang lemah semasa ia menyentuh tubuh Mahaguru Altar.

Badan Mahaguru Altar itu seperti tauhu yang mudah dihiris dan dibelah menjadi dua. Dia terjatuh ke tanah.

Luka daripada tusukan itu tidak mengeluarkan darah...

Biarawan Barat itu mengetap bibirnya. Semuanya berakhir begitu sahajakah? Mahaguru Agung Tahap Dua yang gagah mati seperti itu sahaja?

Suasana dalam gerabak kereta api itu sunyi.

Song Shuhang masih tetap berwaspada. Tangan kirinya memegang 'azimat perisai' dan tangannya yang lain memegang dua 'azimat pedang' ketika dia menatap badan Mahaguru Altar yang rebah di atas tanah.

Lawannya seorang pertapa aktif di Kuil Lampu Berhantu sejak 50 hingga 60 tahun yang lalu. Selagi dia dapat menyediakan dirinya untuk menerima serangan Shuhang, dia pasti mempunyai satu atau dua cara untuk menyelamatkan nyawanya sendiri. 

Seperti yang dia fikir, Song Shuhang menunjukkan wajah yang ketat dan berkata dengan suara yang rendah, "Kau mempunyai kemahiran yang agak baik. Memandangkan kau telah menerima serangan Tuan ini, aku akan biarkan kau hidup. Bangunlah dan keluar dari pandangan Tuan ini! Ingat! Jangan biarkan Tuan ini melihat kau di mana-mana lagi! Sampai bila-bila!"

Song Shuhang semakin mahir membuat penipuan yang meyakinkan ini.

Biarawan Barat memandang dengan wajah yang kosong. Selepas serangan pedang seperti itu, adakah pertapa hantu Tahap Dua itu masih hidup?

Biar betul? Itu satu serangan yang sangat menakutkan!

Walau bagaimanapun, selepas Song Shuhang menghabiskan ayatnya, badan Mahaguru Altar yang terbelah dua itu beransur-ansur berubah menjadi asap hitam. Kemudian asap itu naik ke udara.

Seterusnya, wajah Mahaguru Altar yang sangat pucat muncul di tempat yang sama dia berdiri sebentar tadi. Satu torehan pedang yang dalam berbekas di dahinya. Pada masa yang kritikal ini, kaedah menyelamatkan nyawa membuatkan dia masih hidup. Tetapi serangan pedang itu masih terlalu kuat sehingga meninggalkan kesan luka pedang yang dalam.

"Terima kasih Tuan kerana tidak membunuh saya." Mahaguru Altar menahan kesakitannya dan berkata, "Saya, si pertapa muda akan pergi dari sini sekarang juga."

Memandangkan pertapa tua itu sudah tahu dia tidak mati, tidak ada gunanya untuk dia menyorokkan diri lagi.

Pertapa tua ini memang kelihatan seperti dia akan menunaikan janjinya dan membiarkan dia terus hidup. Jika dia terus berpura-pura mati dan tidak sengaja menyinggung perasaan pertapa tua itu, dia pastinya akan diserang lagi. Kemudian, dia akan benar-benar mati kali ini.

Selepas Mahaguru Altar menghabiskan ayatnya, Jeneral Hantu Ku You yang tercedera itu juga melayang ke arah Mahaguru Altar dari belakang sambil membawa beg bimbit hitam.

Beg bimbit itu mengandungi barang milik Mahaguru Altar. Terdapat beberapa barangan yang sangat berharga, jadi dia tidak berani meninggalkannya di kawasan jalan Luo Xin di bandar ini. Jadi, dia meletakkan barang-barang itu di dalam beg hitam dan membawanya ke mana sahaja dia pergi.

"Dia sebenarnya masih hidup?" biarawan Barat berkata dengan nada yang tidak percaya.

Saat dia melihat muka yang sangat pucat di hadapannya, Song Shuhang mendesah. Rupanya hantu ini masih hidup.

Untuk hidup, lelaki ini perlu mengorbankan segala-galanya.

Jika dia benar-benar seorang pertapa tua yang mengambil berat terhadap reputasi dirinya dan berpegang pada kata-katanya, dia mungkin akan membiarkannya terus hidup.

'Malangnya, aku tidak pedulikan tentang menjaga air muka! Apa yang Tuan ini mahu hanyalah untuk pastikan kau mati!

'Jika kau tidak mati, Tuan ini tidak boleh makan dan tidur dengan tenang. Tidak mungkin Tuan ini dapat hidup dengan aman untuk hari-hari yang akan datang!'

Kemudian, Mahaguru Altar mengangkat beg bimbit hitamnya dengan segera dan berpusing untuk pergi dari situ dengan penuh kesukaran... Song Shuhang menyerang lagi!

"Pedang! Pedang!" dia memegang 'azimat pedang' di kedua-dua tangan dan mengaktifkan kedua-duanya pada masa yang sama.

Siapa yang tahu sama ada Mahaguru Altar mempunyai kaedah menyelamatkan nyawa? Jadi, dia menggunakan dua azimat pedang sekaligus! Sekiranya bukan kerana manusia hanya mempunyai dua tangan dan hanya boleh menggunakan dua azimat pedang sekaligus, Song Shuhang tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kesemua azimat pedang pada masa itu!

Pedang bercahaya terang itu bersinar lagi dan dua pedang membentuk salib yang menyerang badan Mahaguru Altar.

Mahaguru Altar mengekalkan kewaspadaan ketika dia pergi, tetapi ia tidak dapat membantunya. 

Kedua-dua pedang bercahaya itu bergerak terlalu cepat. Apabila cahaya itu mengunci kedudukan sasaran, ia mempunyai keupayaan untuk mengurung musuh.

Selepas cahaya pedang itu menyerang, badan Mahaguru Altar dipotong menjadi empat bahagian dan dia terjatuh ke tanah sekali lagi. Walau bagaimanapun, kali ini dia tidak mempunyai kaedah menyelamatkan nyawa dan tidak ada cara lain untuk dia dapat bertahan.

Badan pertapa Tahap Kedua sangat kukuh. Walaupun selepas dicincang, Mahaguru Altar masih tidak mati. Matanya menatap betul-betul ke arah Song Shuhang dan di dalam hatinya dia telah mengeluarkan beberapa kutukan yang keras. Tetapi akhirnya, ia berubah menjadi dua perkataan yang penuh dendam, "Tak... malu!"

Dia tahu pertapa tua Shuhang seorang yang sering menggunakan racun dan keperibadiannya pasti mudah berubah. Tetapi dia tidak pernah menjangka yang Shuhang akan menjadi seorang yang tidak tahu malu, tanpa batasan.

"Hehe, aku tidak peduli dengan apa yang kau katakan." Song Shuhang mengeluarkan azimat yang lain dengan cepat, 'azimat penghalau kejahatan'.

Mahaguru Altar akhirnya mati, tetapi hantu pendendam Ku You itu masih hidup.

Rumput mesti dikeluarkan daripada akar untuk mencegah masalah pada masa depan!

Sekiranya Song Shuhang ialah seorang yang suka menyendiri, dia tidak perlu bimbang tentang masalah masa depan. Tetapi, dia tidak lagi bersendiri.

"Pecahkan!" angin badai taufan kuasa rohani dari azimat penghalau kejahatan itu meniup lagi dan menyapu sejauh dua gerabak.

"Zhh..." Jeneral Hantu Ku You merengek. Ia menjadi sangat lemah sehingga tidak mempunyai peluang untuk lari. Roh hantu itu telah disucikan oleh kuasa rohani azimat penghalau kejahatan. 

"Dong ~ ~" beg bimbit hitam itu jatuh ke tanah.

Sebelum kematiannya, badan Mahaguru Altar juga telah disucikan oleh kuasa rohani azimat penghalau kejahatan. Kuasa untuk membalas dendam sebelum kematiannya juga hilang.

Sebaik sahaja dia sedar yang saat kematiannya sudah dekat, fikiran Mahaguru Altar menjadi kosong. Dia menjerit beberapa kali, "Tak tahu malu... tak tahu malu! Berpegang... dengan kata-kata kau. Penipu... tak tahu malu!"

Nächstes Kapitel