webnovel

Menyaksikan Pembukaan Kota Baharu

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Selepas mereka berasmara, Anna melentokkan kepala di celah bahu Roland dan melepaskan satu keluhan panjang.

"Tuanku, saya... Saya sangat gembira dapat bertemu Tuanku," bisik gadis itu ke dalam telinga Roland. Pernafasannya kini sudah menjadi semakin sekata.

"Panggil saya Roland saja." Roland membelai rambut panjang Anna sambil tersenyum. "Hanya kita berdua yang ada di sini dan saya tak pernah dengar awak panggil nama saya."

"Ro... land."

"Hmm... Macam itulah." Roland tiba-tiba menurunkan kepala dan mengacah mahu menggigit telinga Anna lalu menyebabkan gadis itu tertawa dalam terkejut. Roland bersandar semula ke bantal lalu berkata lagi, "Sebenarnya... saya yang patut cakap begitu. Sejak dulu lagi, saya tak pernah terfikir saya akan bertemu dengan gadis luar biasa macam awak."

"Sejak di istana lagi?"

"...ya." Roland menggeleng perlahan. "Kadang-kadang, saya rasa macam sedang bermimpi."

Gesperrtes Kapitel

Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com

Nächstes Kapitel