Semakin jauh mereka berjalan ke dalam gua itu, udara sekeliling mereka terasa lebih panas dan lembab.
Dengan penuh berhati-hati, Sylvie mengelak air daripada bumbung gua itu menitis ke atas kepalanya dan dia berjalan perlahan-lahan ke dalam gua itu sambil memegang sebuah jamung. Walaupun tanpa sebarang cahaya, kuasa sakti Mata Kebenaran tidak akan dihalang oleh kegelapan. Dia hanya menggunakan jamung itu untuk menjimatkan kuasa saktinya.
"Kita sampai ke sebuah persimpangan." Nightingale yang berjalan di hadapannya tiba-tiba berhenti. "Apa nombor gua ini?"
"Gua ke-23 selepas kita melalui cabang pertama dari mulut gua tadi," kata Lightning sambil merujuk kepada buku catatannya.
"Harap-harap kita sudah sampai ke hujung jalan," Sylvie menggumam sambil membuka mata saktinya. "Baik… Di belah kiri… Tidak ada galian. Ia terpisah daripada kawasan lombong. Di belah kanan pula… Di belah kanan juga tidak ada galian."
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com