Mata Zhang Xuan mula berkelip sambil dia bertanya dengan cepat, "Berapa ramai ahli Dewan Pakar Tinju yang akan berada di situ? Adakah mereka akan membawa… banyak batu roh peringkat tinggi padat dengan mereka?"
Dia yakin dia sudah mahu naik gila kerana kekurangan duit. Tetapi jika Dewan Pakar Tinju dari Empayar Anugerah lain datang ke sini untuk perlawanan persahabatan dan kebetulan mereka pun kaya, boleh dia cuba mendapatkan sedikit duit daripada mereka.
Sebaik sahaja perkataan 'batu roh peringkat tinggi padat' keluar dari mulut Zhang Xuan, Ketua Dewan Xing sudah boleh agak apa yang orang ini sedang fikirkan. Senyuman penuh tidak berdaya muncul pada mukanya. "Terdapat Tiga Dewan Pakar Tinju dari tiga Empayar Anugerah yang akan datang ke sini. Mereka semua sama tahap dengan cabang kami jadi ia tak mungkin untuk mereka mempunyai banyak batu roh peringkat tinggi padat dengan mereka!"
"Sama tahap?"
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com