"Kamu tahu?" Chu Tianxing dan Raja Zhongqing memandang ke arah Pembantu Rumah Qin dengan kebingungan dan kekeliruan.
Racun ini merupakan sebuah racun yang tidak boleh dikenal pasti oleh bahkan Doktor Diraja puncak 7-bintang Sun, malah dia juga pengsan setelah terkena racun yang sama. Jadi, bagaimana pula pembantu rumah yang tidak tahu sedikit pun tentang racun boleh tahu bagaimana untuk membuangnya?
"Sejujurnya, saya juga terkena racun yang sama dulu, tapi saya dapat mengawalnya dengan kaedah tertentu" Pembantu Rumah Qin menjawab.
Sebaik sahaja mendengar orang bawahannya juga diracun oleh Zhang Xuan tetapi dapat mengatasi kesan racun itu, Raja Zhongqing pantas menyeru, "Betul ke? Apa yang kamu tunggu lagi? Cepat rawat saya!"
"Ya Tuan Besar! Rawatan ini mungkin akan terasa sakit sedikit, jadi saya harap Tuan dapat bersabar," Pembantu Rumah Qin berkata serius semasa dia melangkah ke hadapan.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com