webnovel

Dikepung (2)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Nampaknya dia bukan selemah yang kita jangka. Patutlah dia berani angkuh dengan kita!"

Selepas melihat si Tapak Besi dilemparkan ke belakang dengan hanya satu tamparan, Sarjana Mo Yang terpaku untuk seketika sebelum mukanya bertukar menjadi lebih marah. Sambil melambaikan tangannya seakan dia telah menjangkakan situasi tersebut untuk berlaku, dia berkata, "Namun, nasib baik kamu berakhir di sini!"

Selepas itu, dia berpaling melihat si penjual artifak di sebelahnya lalu berkata, "Cepat uruskannya. Kami masih ada urusan lain selepas ini!"

"Un!"

Si penjual artifak mengangguk kepalanya lalu bergegas ke hadapan.

Boom!

Sebelum dia menyerang, sesebuah aura mula mengalir dari badannya. Aura tersebut mula menyelebungi persekitaran. Ia berasa sebesar gunung dan seluas lautan. Jika seseorang menutup matanya, dia boleh jelas merasai sepuluh titik acupoint orang tersebut dengan segera meresap dan melepaskan tenaga rohani, setiap daripada mereka secerah bintang malam.

"Pakar alam Pixue?"

Zhang Xuan terkejut.

Pada tahap Peninju 6-Dan alam Pixue, seorang boleh mula membuka titik acupoint di badan mereka untuk meresap tenaga rohani dari persekitaran dan menapisnya untuk kegunaannya tersendiri. Pada tahap ini, tidak kira sama ada ia kekuatan ataupun ketangkasan tindak balasnya, ia akan meningkat dengan banyak. Dalam Akademi Hongtian, kekuatan ini setaraf dengan kekuatan seorang tetua!

Ia di luar jangkaannya seorang penipu akan mempunyai kekuatan sebegini.

"Kamu takut ke? Jika begitu, melutut, meminta maaf dan membayar balik kerugian kita! Jika tidak, penunggu sahaja menunggu kamu selepas kami habis dengan kamu!"

Perasaan Zhang Xuan terkejut, dia ingat Zhang Xuan menakuti kekuatannya. Oleh itu, dengan berani dia melangkah ke depan dan mengatakan dia ini seakan tuhan yang mempunyai kuasa ke atas kehidupan dan kematian.

"Melutut? Meminta maaf? Membayar balik kerugian kamu?" Zhang Xuan menggeleng kepalanya, "Saya tidak ada masa untuk meminta maaf ataupun memberi pampasan kepada penipu seperti kamu ini. Sebenarnya, kamu patut melutut dan membayar pampasan kepada saya kerana membuang masa saya dengan serangan ini. Jika begitu, saya boleh pertimbangkan untuk melepaskan kamu!"

"Apa kamu cakap?"

"Orang ini mesti sudah gila!"

Sarjana Mo Yang dan si Penjual Artifak mula mengesyaki orang ini gila.

[Kami ada lebih ramai orang di sini. Tambahan pula, kami ada pakar alam Pixue dengan kami. Namun, kamu tetap ingin kami melutut kepada kamu di sini juga?

Kamu cuba sangat untuk berlagak hebat kenapa?

Lagipun, membayar pampasan kerana menyerang kamu? Kepala otak kamu! Kepala Si Tapak besi kami masih tertanam dalam lantai. Jika bercakap tentang kerugian, kami jauh mengalami kerugian berbanding awak faham tak?]

"Jangan membuang masa merepek dengan dia lagi, bunuh dia sahaja!"

Sarjana Mo Yang memberi isyarat.

"Un!" Si Penjual Artifak mengangguk kepalanya. Selepas memberi tekanan pada tapak kakinya, dia memecut ke hadapan ke arah Zhang Xuan dengan tapak tangannya menuding terus pada Zhang Xuan.

Huhu!

Sebelum sempat dia mendekati, hembusan angin sudah boleh didengari seakan helang sedang mengejar arnab. Ia memberikan orang di sekeliling merasai sesebuah tekanan yang membuat mereka seakan kebas.

"Ini teknik tinju Si penjual,[Pemuncak Helang]!"

"Teknik tinju ini boleh dikira bertahap agung di teknik manusia sederhana. Bukankah ia agak keterlaluan untuk menggunakan teknik sehebat itu untuk menangani budak mentah ini?"

"Hehe, tidak keterlaluan pun. Budak ini boleh menampar Si Tapak Besi dengan hanya satu tamparan. Ini menunjukkan dia agak berkebolehan juga. Namun, nasib baiknya berakhir di sini juga kerana dia sedang bertempur dengan teknik Pemuncak helang saya!"

...

Melihat Si Penjual Artifak menggunakan teknik sehebat itu, hadirin dan hadiran mengangguk kepala mereka dengan puas.

Pemuncak Helang merupakan teknik terhebat di antara teknik berperingkat manusia bertahap sederhana. Sejurus sahaja ia digunakan, seseorang itu akan mengeluarkan aura yang agung, seakan helang mengejar arnab, meninggalkan pihak lawan mereka tidak mampu melawan kekuatannya.

Walaupun ketua mereka, 'Sarjana' Mo Yang, berjumpa dengannya, dia sendiri akan berundur dahulu untuk memikirkan cara untuk menanganinya.

"Pemuncak Helang?"

Saat Si Penjual melaksanakan tekniknya, sesebuah manual terjelma dalam minda Zhang Xuan dan di dalamnya tertulis segala kelemahan serta sejarah Si Penjual tersebut.

Selepas membaca kandungan buku tersebut dengan cepat, maklumat berkait dengan Si Penjual dan tekniknya terpaku dalam mindanya sambil dia membuat ekspresi pelik di mukanya.

Hu!

Kerana kekurangan masa, dia tidak membuang masa untuk berfikir tentang perkara tersebut. Teknik pihak lawannya telah dilaksanakan dan sedang datang ke arahnya.

Teknik tinju seseorang akan membenarkannya menggunakan lebih banyak kekuatan dari kekuatan dasar mereka yang datang daripada pertapaan seseorang.

Selaku seorang pakar alam Pixue yang telah membuka sepuluh titik akupoin, Si Penjual ini tidak lemah. Tambahan pula, dengan teknik tinju taraf manusia bertahap sederhana, dia mempunyai aura yang kuat dan digeruni.

"Mati kau….."

Sesebuah senyuman muncul di mulutnya seakan sesebuah bunga yang cantik. Namun, sebelum bunga itu habis mekar, matanya menyepet dan sesebuah tangisan kedengaran daripadanya. "Ah…"

Sesebuah tangisan kasihan kedengaran bergema pada udara malam, seakan tongkol batu telah terhempas pada telinga seekor anjing.

"Apa jadi?"

Pada permulaannya, 'Sarjana Mo Yang' dan yang lain ingat Zhang Xuan akan lunyai dengan segera daripada kekuatan Si Tapak Besi. Namun, mereka tidak menjangkakan dia akan berakhir dalam keadaan begitu kasihan sekali. Mengingati kejadian dengan Si Tapak Besi, mereka dengan segera berpaling melihat apa telah berlaku. Apa yang dilihat mereka membuat muka mereka terkedut dan ada yang seakan ingin pitam di situ juga.

Orang di depannya langsung tidak mempedulikan keagungan teknik Si Penjual Artifak dan dengan segera menghantar tendangannya terus ke arah kemaluannya. Bunyi suara telur pecah bergema pada udara malam sejuk, membuatkan keadaan sekeliling menjadi tidak terkawal.

Sou!

Sejurus kemudian, Si Penjual Artifak dilemparkan seakan bola squash, melantun dari lantai ke dinding tidak jauh dari situ. Akhirnya, dia terhempas pada dinding dengan kakinya kangkang seakan huruf V, asalnya, ia masih mungkin terkangkang seakan huruf W terbalik, tetapi daripada apa telah terjadi, mungkin tidak ada harapan untuknya lagi.

"Menakjubkan!"

Melihat betapa senangnya dia dapat menendang seorang pakar alam Pixue di tengah-tengah melaksanakan teknik tinjunya, Zhang Xuan hanya mampu mengangguk kepalanya.

Walaupun badannya jauh lebih kuat daripada pihak lawannya, dia tetap mahir dalam teknik tinjunya serta tangkas dalam pergerakannya. Jika Zhang Xuan bertempur dengan adil, dia hanya perlu menggunakan beberapa teknik sahaja untuk mengalahkannya. Walaupun begitu, ia tetap akan mengambil beberapa serangan. Namun, dengan Perpustakaan Jalan Syurga, dia mampu mengetahui segala kelemahan pihak lawannya dengan jelas. Oleh itu, mengalahkannya menjadi sesuatu yang senang. Dengan satu tendangan…burungnya telah terbang jauh dari sini dan telurnya sudah hancur. Walaupun dia seorang pakar alam Pixue, dia tetap tidak jauh daripada mati dengan hanya satu tendangan.

"Ada sesuatu tidak kena dengan budak ini. Mari kita serang dia bersama-sama!"

Melihat Zhang Xuan menampar Si Tapak Besi ke lantai dan menendang Si Penjual Artifak sehingga dia tidak lagi mungkin mendapatkan zuriat, tidak kira betapa berani 'Sarjana' Mo Yang pun, jelas orang ini tidak begitu senang.

Hualala!

Selepas mendengar arahannya, walaupun mereka yang tinggal berpeluh dengan lebat dan ketakutan membuat kaki mereka kebas, mereka tidak berani mengingkari arahan tersebut lalu bergegas ke hadapan mengelilingi Zhang Xuan.

"Pergi!"

Dengan satu jeritan, dengan segera mereka semua bergegas ke hadapan dan melaksanakan segala teknik mereka ke atas Zhang Xuan.

Zhenqi mereka mengalir dengan cepat ke meridian mereka dan setiap satu serangan mereka menjana gelombong tenaga.

Seperti Si Tapak Besi, mereka semua peninju 5-Dan alam Dingli tahap pakar.

Walaupun mereka jauh lebih banyak berbanding Zhang Xuan seorang, kerana kebolehannya untuk melihat kelemahan mereka semua serta kekuatannya yang setaraf seorang pakar alam Pixue, mereka masih bukan lawan kepadanya.

"Sesuatu tidak betul. Kenapa hanya beberapa serangan sahaja?"

Sambil menangkis ke semua serangan tersebut, Zhang Xuan tiba-tiba terfikir sesuatu yang menyebabkannya berhenti untuk sekejap.

Si Penjual Artifak hanya orang kanan dalam kumpulan tersebut. Dia sendiri telah mempunyai kekuatan seorang alam Pixue. Secara logiknya, 'Sarjana' Mo Yang ini pun sepatutnya lebih kuat daripadanya. Namun, kenapa dia tidak menyerangnya seperti mereka yang lain?

Jika dia turut menyerang, mungkin Zhang Xuan akan mendapatinya susah untuk menangkis ke semua serangan mereka….

Sejurus sahaja dia terfikir tentang situasi tersebut, dia perasan seseorang telah berundur sepuluh meter ke belakang. Sambil dia berundur, dia menjerit, "Kamu semua bunuh dia, saya akan pulang kemudian…"

"Ah?"

Mendengar perkataan tersebut, mereka yang telah meluru ke hadapan untuk menyerang Zhang Xuan pun terhenti sekejap.

Tidak perlu pandai untuk mengetahui apa telah berlaku. Ia jelas ketua mereka…. Selepas menyedari situasi tersebut tidak lagi dalam kawalannya, dia telah mengundur dan melarikan diri…..

"Tidak malu langsung!"

Zhang Xuan menjerit serentak dengan para 'sokongan'nya.

Baru seketika lalu, dia menjerit dengan begitu angkuh. Namun, sejurus kemudian, dia terus berpaling dan melarikan diri, meninggalkan kesemua ahli kumpulannya di belakang. Tidak hairan dia mampu melepaskan diri dari Empayar Liuzhu, dia ini terlalu tebal muka untuk ditangkap dengan senang!

Nächstes Kapitel