Jantung Yan Cheng berdegup kencang, seluruh tubuhnya menggeletar ketakutan.
Restoran itu mengeluarkan tekanan yang sangat kuat sehingga seluruh tubuhnya membeku. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia merasa begini.
Mungkinkah dia merasa begini disebabkan oleh boneka logam yang telah membunuh dua orang pengawalnya itu?
Setelah meneliti restoran itu dan juga pemiliknya yang sedang berdiri di depan pintu masuk sambil memancakan jari-jemarinya, Yan Cheng menarik nafas dalam.
Restoran itu… benar-benar aneh.
Memandangkan dia dan para pengawalnya baru tiba di Lembah Pelahap, jadi mereka tidak mendapat apa-apa maklumat tentang kawasan itu. Oleh itu, mereka tidak tahu sejarah restoran itu.
Yan Cheng tidak berani bertindak secara melulu. Meskipun begitu, selepas kematian dua orang pengawalnya, dia berasa berang. Tidak mungkin dia akan berundur dari situ dengan mudah.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com