Di Dataran Barat Laut yang luas, satu sinaran cahaya yang menyerupai sebilah pedang telah melewati langit dengan pantas. Kelajuannya lebih pantas daripada kilat.
Angin bertiup kencang dan satu siluet dapat dilihat sedang berdiri di atas pedang itu apabila sinaran cahaya itu lenyap. Orang ini mempunyai kening yang tajam dan matanya pula bersinar-sinar seperti bintang.
Dia telah terbang di atas pedangnya sepanjang perjalannya ke sini. Dia meneliti Dataran Barat Laut yang luas itu dan dia mengecilkan matanya.
"Kita hampir tiba di Bandar Misteri Barat... Tuan Guru telah menyuruh kita bantu mereka di sana. Adakah sesuatu yang dahsyat telah berlaku di Bandar Misteri Barat? Kemunculan semula Sekta Shura... Tiada sesiapa pun yang jangka mereka akan muncul semula." Jubah putih Tang Yin berkibar-kibar ditiup angin apabila dia memandang jauh ke arah ufuk. Dengan sinaran cahaya yang terang, dia pun terus mara ke hadapan.
Unterstützen Sie Ihre Lieblingsautoren und -übersetzer bei webnovel.com