"Haha. Jelaskan? Apa lagi yang kamu ada untuk dijelaskan?" Ning Zhiyuan bertanya pada Huo Mian dengan gaya yang begitu dingin dan berjauh hati.

Dia tidak lagi kelihatan seperti lelaki yang baik dan prihatin yang menjadi pasangan Huo Mian selama tiga tahun.

Begitu banyak yang sudah berubah dalam satu malam…

"Zhiyuan, kita sudah bersama untuk tiga tahun. Kamu tidak kenalkah saya?"

Ning Zhiyuan memandang wajah Huo Mian dan tersenyum. "Memang saya tidak kenal, sayang. Kalau bukan kerana malam semalam, saya memang akan ingat yang kamu ialah dewi suci yang saya sayang dan jaga. Siapa sangka dewi yang saya sangkakan ini hanyalah lakonan? Kamu sudah tidur dengan seseorang tujuh tahun yang lepas. Berapa usia kamu ketika itu? Lapan belas? Huo Mian, saya akhirnya tahu betapa tidak malunya kamu. Patutlah kamu memilih saya. Nampaknya, saya mendapat sisa orang lain."

Ning Zhiyuan sengaja menekan pada perkataan 'sisa'…

Jururawat He Man yang hanya berdiri di sebelah turut berpusing memandang Huo Mian dengan reaksi terkejut dan tidak percaya. Walaupun Huo Mian berhadapan dengan kata-kata kejam daripada Ning Zhiyuan, dia merasakan lebih kecewa berbanding terluka.

Dia tidak percaya kata-kata yang begitu kejam boleh keluar daripada lelaki yang kelihatan sangat lembut dan baik.

Huo Mian memandang Ning Zhiyuan dengan kecewa sebelum perlahan-lahan berkata, "Zhiyuan, semua orang ada masa lampau. Apa yang berlaku antara saya dengan Qin Chu sudah menjadi satu sejarah…"

"Diam lah! Berhenti menunjuk-nunjuk bekas teman lelaki kamu. Saya rasa dia menjijikkan. Dia fikir dia siapa? Adakah dengan memandu Audi R8 membuatkan dia berasa hebat? Kalau kamu begitu sukakan dia, kenapa kamu tidak berbaik dengan dia dan tinggalkan saya seorang?"

"Zhiyuan, kamu mungkin tidak akan tenang sekarang dan saya tahu kamu sedang marah. Apabila seseorang sedang marah, mereka akan membuat keputusan yang tidak munasabah dan menyesal kemudian. Saya akan bagi kamu masa untuk bertenang dan kita akan bercakap kemudian."

Selepas berkata-kata, Huo Mian berpusing dan meninggalkan tempat tersebut.

Ning Zhiyuan sedikit resah.

Dia cuba mengejar cinta Huo Mian selama tiga tahun lamanya, membuatkan semua orang di sekolah perubatan mereka terkejut. Dia memang jatuh cinta pada Huo Mian tetapi dia tidak akan dapat menerima kisah lalu tunangnya yang memalukan.

Tidak dilupakan juga yang bekas teman lelaki Huo Mian yang boleh berlagak dengan kejadian tersebut dan juga menciumnya semalam.

Dia dan Huo Mian sudah lama bersama, tetapi mereka tidak pernah tidur bersama. Semua maklumat baru mengenai perkara ini sukar untuk dihadam olehnya.

"Doktor Ning, saya tidak sangka yang Huo Mian begitu main-main. Sungguh memalukan." He Man menggumam perlahan.

"Kenapa ianya memalukan?" Ning ZHiyuan berkerut sedikit.

"Sudah tentulah memalukan kerana lelaki seperti kamu dibazirkan. Begitu ramai jururawat dalam jabatan kita yang merasakan kamu lelaki yang cukup bagus." He Man menjawab dengan senyuman.

Ning Zhiyuan mengetap bibirnya.

Sebenarnya, Ning Zhiyuan memang agak menarik dan kelihatan seperti watak utama dalam drama Korea. Dalam hospital besar seperti ini, kebanyakan doktor adalah lelaki pertengahan usia sekitar 40-an. Doktor muda jarang-jarang ada dan oleh sebab itu, mereka lebih terkenal.

Ramai jururawat yang menyatakan perasaan mereka terhadapnya pada masa lalu. Namun dia sudah memiliki Huo Mian. Mereka akan membeli pangsapuri bersama dan berkahwin, jadi dia tidak begitu berfikir mengenai perkara lain.

Sekarang, apabila perkara sebegini berlaku antara mereka, mungkin sudah tiba masanya untuk dia mula mempertimbangkan semula keadaan.

"Betulkah? Saya sebegitu terkenal?" Sambil tersenyum, Ning Zhiyuan bertanya.

"Sudah tentulah."

Sebaik sahaja perkataan tersebut keluar daripada mulut He Man, Nig Zhiyuan menundukkan kepalanya dan merapati bibirnya, bertanya, "Hmmm…adakah kamu pun termasuk sekali?"

He Man tersenyum, matanya menyepet dengan godaan apabila dia membalas usikan, "Kamu rasa?"

Ning Zhiyuan dan jururawat tersebut terus menggatal di dalam klinik oftalmologi.

Sementara itu, di Jabatan OB/GYN, Huo Mian dalam keadaan yang tidak sesuai untuk bekerja. Hatinya berada di tempat lain dan fikirannya menerawang.

"Huo Mian! Kamu tahu berapa kali sudah saya panggil kamu?" Ketua jururawat menjerit dengan begitu marah.

avataravatar
Next chapter