"Ya." Huo Mian menjawab jujur.

"Adakah kamu takut?" Suara Qin Chu tiba-tiba bertukar lembut, seolah-olah cuba memujuk anak kecil.

"Kenapa saya nak takut? Saya masuk ke sekolah perubatan. Jadi, saya tidak kisah dengan mayat. Tapi, apabila saya memikirkan Nenek yang terbaring dalam keranda itu, saya masih rasa sedikit sedih."

"Hidup dan mati itu aturan alam. Tiada sesiapa yang dapat menghalang. Jangan kenangkan sangat."

"Saya tahu."

Selepas Huo Mian menjawab, dia mengubah topik perbualan mereka. "Jam sudah lewat. Kenapa kamu masih berjaga?"

"Saya baru sahaja pulang daripada lawatan perniagaan."

"Lewat begini?"

"Ya."

"Kamu mesti penat. Pergilah berehat." Huo Mian berkata lembut.

Tetapi, Qin Chu langsung tidak ada niat untuk tidur. "Jangan putuskan panggilan. Saya akan temankan kamu."

Dia bimbang Huo Mian akan menolak. Jadi, dia segera menambah, "Saya mahu menjaga Dewan Berkabung dengan kamu, dengan cara ini."

Melihatkan niat baik Qin Chu, Huo Mian tidak sampai hati untuk mengatakan tidak. Dia cukup kenal diri Qin Chu.

Mungkin kerana dia berjaga terlalu lama, mata Huo Mian sedikit basah.

"Okey."

Selepas lama mendiamkan diri, Huo Mian menjawab sepatah. Kemudian, dia meletakkan telefonnya ke bawah. Panggilan itu masih bersambung.

Tetapi, kedua-dua mereka tidak berkata apa-apa…

Tidak syak lagi peneman beginilah yang paling istimewa. Walaupun ia tidak menzahirkan sebarang maksud fizikal, Huo Mian tidak lagi berasa keseorangan pada malam yang sedih itu.

Huo Mian membakar kertas colok untuk neneknya dalam diam tanpa berasa mengantuk sedikit pun, sehinggalah waktu subuh.

Matahari terbit pada jam 5 pagi.

Huo Siqian berjalan masuk dengan kemeja formal dan seluar sut berwarna hitam, sambil memegang sehelai skarf LV vintaj.

Dia meletakkan skarf itu pada Huo Mian sebelum gadis itu sempat berkata apa-apa.

"Saya tidak perlukannya."

"Ambil lah. Itu milik Nenek semasa dia masih ada. Melainkan kamu tidak sukakannya."

Mendengarkan apa yang dikatakan oleh Huo Siqian, Huo Mian berasa teruk sekiranya dia menolak. Jika dia tidak menerima skarf itu, ia akan kelihatan seperti dia membenci barangan neneknya.

Huo Siqian memandang Huo Mian atas dan bawah lalu ketawa. "Mian adikku, gaun yang kamu pakai itu pastinya mahal."

"Kamu silap. Ini hanya tiruan."

"Oh, ya? Saya tahu gaji kamu tidak begitu banyak sebagai seorang jururawat. Bercakap tentang hal itu, gaji kamu begitu kecil dan kerja kamu begitu memenatkan. Adakah kamu pernah terfikir untuk kembali ke Syarikat Huo untuk menolong kami?"

"Maaf. Saya tidak berminat dengan Syarikat Huo."

Huo Mian menolak dengan tegas.

Huo Siqian nampaknya sudah pun menjangkakan jawapan Huo Mian. Dia hanya ketawa. "Ha ha. Adakah kamu tidak gemarkan wang?"

"Tidak. Saya tidak gemarkan kamu."

Huo Siqian mendepangkan tangannya dengan gaya tidak bersalah. "Mian, adikku. Saya sentiasa mesra dengan kamu. Kamu tidak patut melayan saya begini."

Huo Mian tidak berkata apa-apa. Ketika itu, pakar feng shui yang mereka upah sudah tiba. "Perkabungan sudah tamat. Kamu patut pergi dan bersiap sedia. Kita akan tinggalkan bandar pada jam 7 untuk pengebumian."

Huo Mian perlahan-lahan berdiri. Tetapi, dia sedar lututnya kebas kerana melutut. Sebaik sahaja dia berdiri, dia jatuh semula.

Secara automatik, Huo Siqian merapatinya untuk membantu dia bangun. Tetapi, Huo Mian mengelak lelaki itu dan jatuh ke lantai.

"Kenapa kamu buat begitu? Bukannya saya akan gigit kamu." Huo Siqian sedikit terkedu.

Huo Mian tidak membalas. Dia perlahan-lahan berdiri sambil memegang batang besi pada katil pengebumian itu. Kemudian, dia berjalan ke ruang rehat yang berhampiran dengan Dewan Berkabung.

Melihatkan kesungguhan Huo Mian, senyuman Huo Siqian bertambah lebar.

Apabila Huo Mian terjumpa tempat yang sunyi dan bersedia untuk duduk, dia tiba-tiba teringat yang telefonnya masih lagi hidup.

Dia masih lagi dalam panggilan dengan Qin Chu. Kalau begitu, adakah Qin Chu terdengar perbualannya dengan Huo Siqian?

Huo Mian membawa keluar telefonnya untuk kepastian. Seperti yang dijangkakan, panggilan itu masih bersambung.

Dia tidak tahu jika Qin Chu tidur atau tidak. Jadi, Huo Mian bercakap dengan perlahan pada telefon itu, "Qin Chu, adakah kamu tidur?"

avataravatar
Next chapter