webnovel

Mengambil Sesuatu Milik Orang Lain (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Soalan itu membuatkan Huo Mian berasa lebih kekok berbanding biasa...

Dia tidak mampu mengatakan perkara sebenar di hadapan tiga atau empat pakar sakit puan…

"Kamu ada penyakit ginekologi?" Seorang doktor bertanya dengan terus terang apabila melihat Huo Mian teragak-agak.

Huo Mian menggawangkan tangannya dengan pantas…

"Tak, tak."

"Jadi kamu mengandung?" Mereka tahu Huo Mian telah berkahwin. Maka, seorang lagi doktor bertanya.

Huo Mian mengetap gigi dan berkata, "Sebenarnya, saya nak buat pemeriksaan sebab saya belum mengandung lagi sejak saya berkahwin."

"Tak subur?"

Huo Mian memilih untuk berdiam diri…

"Masuk dulu, Doktor Huo."

Melihat Huo Mian kelihatan malu, seorang doktor menjemputnya masuk.

"Berapa lama kamu dah berkahwin?" 

"Lebih enam bulan. Kami daftar pada bulan April dan sekarang hampir November," balas Huo Mian.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com