60 Latar Belakang

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila mendengar kata-kata Huo Mian, Encik Luo segera menolak dokumen-dokumen itu kepadanya sambil tersenyum. "Cik Huo, jika kamu berpuas hati, sila tandatangan dokumen ini untuk penyelesaian peribadi. Kemudian, saya akan minta klien saya untuk pindahkan wang itu ke dalam akaun kamu."

"Tapi, bolehkah 700,000 yuan membeli kesihatan adik saya? Otaknya hampir cedera dan tidak boleh dirawat yang mana mampu menyebabkan dia kekal cacat seumur hidupnya." Huo Mian bertanya dingin. Matanya mencerlung tajam.

Encik Luo agak terperanjat mendengarkan perubahan pada nada suara Hou Mian. Dia membetulkan kaca matanya dan berkata, "Kami sangat menyesal dengan kejadian itu. Klien saya mabuk ketika itu dan bukan niatnya untuk mencederakan sesiapa. Dia sangat menyesal dengan seluruh situasi ini."

"Saya tidak rasa begitu. Dia bukan sahaja lari meninggalkan tempat kejadian, malah dia belum pernah menunjukkan mukanya semenjak kejadian itu. Jika kesannya tidak begitu parah, dia mungkin tidak akan bertanggungjawab pun."

"Itu tidak benar. Klien saya terlampau takut selepas kejadian itu berlaku. Dia hanyalah pelajar universiti. Gadis yang meninggal dalam kemalangan kereta ini ialah teman wanitanya. Klien saya sangat tertekan dengan kematiannya. Ini lah sebab ibu bapanya percayakan saya sebagai peguamnya untuk menguruskan situasi ini. Cik Huo, memandangkan kita berdua sama-sama individu yang berterus terang, saya akan berlaku jujur dengan kamu. Dua orang mangsa lain sudah pun menerima pampasan sebanyak 500,000 yuan setiap seorang. Malah, salah seorang daripada mereka patah kaki. Saya dengar pembedahan adik kamu sangat berjaya dan dia sudah melepasi paras kritikal. Saya boleh menawarkan tambahan sebanyak 100,000 yuan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 800,000 yuan. Kamu akan menerima pampasan yang lebih banyak berbanding dua mangsa lagi. Adakah itu cukup bagus?"

"800,000…haha. Kalau saya beri kamu 800,000 yuan, adakah itu bermaksud saya boleh langgar kamu dengan kereta dan cederakan kamu sama macam klien kamu buat pada adik saya?"

Air muka Encik Luo berubah menjadi masam. "Cik Huo, kami sangat ikhlas dengan tawaran kami. Kejadian itu sudah pun berlaku dan ini sesuatu yang kita perlu hadapi. Kami hanya membayar 850,000 kepada keluarga gadis yang meninggal itu. Berbanding dengan mereka, membayar 800,000 kepada kamu sudah cukup lumayan. Lagi pun, kami akan pindahkan wang itu dengan segera tanpa bertangguh walaupun sehari. Bukankah kamu perlukan wang itu?"

"Berbanding dengan menerima wang itu, saya lebih berminat untuk menuntut keadilan bagi pihak adik saya."

"Jadi apa yang kamu katakan ialah…"

"Saya tidak akan menerima penyelesaian peribadi. Saya akan heret dia ke mahkamah. Menurut undang-undang trafik hari ini, klien kamu telah menyebabkan kemalangan kereta nahas. Saya percaya hakim akan menjatuhkan hukuman seadilnya."

Encik Luo tidak dapat menahan ketawanya apabila mendengar kata-kata Huo Mian.

"Apa yang kelakar sangat?" Sikap lelaki itu menjengkelkan Huo Mian.

"Cik Huo, saya ketawakan sikap lurus kamu. Saya tidak percaya perempuan macam kamu masih wujud."

"Apa maksud kamu?"

"Cik Huo, kamu mungkin tidak kenal latar belakang klien saya. Memang, klien saya, Lu Yigang, hanyalah pelajar universiti berumur 21 tahun. Tapi adakah kamu tahu siapa ibu bapanya?"

Huo Mian kekal diam, menunggu peguam itu meneruskan bicaranya…

"Saya tidak kisah untuk memberitahu perkara ini kepada kamu. Kedua-dua ibu bapanya ialah pegawai kerajaan di Kementerian Kewangan. Selain itu, saudara maranya juga pegawai kerajaan. Pendek kata, dia boleh mengawal dunia ini. Dengan latar belakang yang begitu berkuasa, kamu rasa kamu boleh menang dengan dia di mahkamah? Saya nasihatkan kamu terima duit itu dan lupakan hal ini. Keluarga yang kehilangan anak gadis mereka pun tidak berpura-pura suci begini. Jangan cuba untuk menjadi Wanita Keadilan. Biar saya beritahu kamu. Tidak ada keadilan yang benar di dalam dunia ini. Dengan wang dan kuasa, kamu akan jadi Tuhan. Tanpa mereka, kamu bukan sesiapa. Saya tahu kata-kata itu menyakitkan, tapi ia kenyataan."

"Dia ada latar belakang yang berkuasa? Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~ Takutnya saya." Huo Mian tersenyum.

"Memang benar dia ada latar belakang yang berkuasa." Huo Mian menyambung dengan segera. "Saya dapat melihatnya daripada cara polis menguruskan situasi ini dengan sangat perlahan. Jadi apa masalahnya? Tidak kiralah apa latar belakangnya, bukankah dia patut mengikut undang-undang seperti orang lain? Saya bukan ibunya. Kenapa saya perlu memaafkan dia? Membawa dia ke mahkamah merupakan proses yang saya perlu lalui. Mereka boleh gunakan semua kenalan atau hubungan mereka, tapi…jangan lupa. Kita ada sesuatu yang dipanggil media. Apabila berita ini tular dan dia menerima tekanan daripada orang awam, saya ingin tahu bagaimana ibu bapanya yang berkuasa akan melindungi dia ketika itu?"

Mendengarkan kata-katanya, Encik Luo mula berpeluh…

avataravatar
Next chapter