"Hai, Mian, adik saya. Kita baru berjumpa beberapa hari lepas, tapi kamu makin cantik."

Huo Siqian memakai blazer berwarna mulberi dengan sepasang seluar hitam formal. Setiap helaian pakaian pada tubuhnya merupakan jenama pereka mewah.

Tidak seperti Qin Chu, selera Huo Siqian pada pakaian menjurus kepada yang menjolok mata. Dia gemar akan warna-warna terang seperti merah jambu dan ungu gelap.

Huo Siqian berusia 29 tahun dan boleh tahan kacak seperti seorang lelaki budiman.

Hal ini ditambah pula dengan kenyataan yang dia merupakan Naib Presiden Syarikat Huo membuatkan dia agak terkenal dalam kalangan golongan atasan masyarakat.

Dia juga salah seorang kaki perempuan yang terkenal. Teman wanitanya tergolong daripada selebriti dan peragawati terkenal antarabangsa hinggalah ke pewaris turun temurun. Dia mempunyai lebih banyak teman wanita daripada bilangan jari jemarinya sendiri. Huo Siqian kerap muncul dalam majalah hiburan. Apa-apa pun, orang ramai memandang tinggi padanya.

Dia dikatakan bakal pengemudi Syarikat Huo di masa akan datang. Buktinya, meskipun dia merupakan anak angkat, kedudukannya jauh melebihi kedudukan adik beradik yang diahirkan oleh perempuan simpanan Zhenghai.

Ke mana-mana sahaja dia pergi, Huo Siqian mempamerkan matanya yang seksi dan senyuman menggoda. Dia sangat digemari oleh perempuan.

Jururawat muda di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi semuanya tertawan dan kerap kali mencuri pandang padanya.

"Sudah berapa kali saya cakap. Jangan panggil saya begitu. Saya bukan adik kamu." Reaksi Huo Mian begitu dingin, tidak seperti dia yang biasa.

"Baiklah Huo Mian. Saya mahu minta tolong dengan kamu hari ini. Saya ada seorang kawan perempuan yang mahu membuat pemeriksaan ginekologi, tetapi janji temu dengan hospital kamu sangat sukar untuk dibuat. Nasib baik saya ingat yang kamu bekerja di Jabatan OB/GYN. Boleh kamu tanya sesiapa dan periksa jika kamu boleh buat janji temu untuknya?"

"Tidak. Saya hanya jururawat pelatih dan saya tidak mempunyai kuasa untuk buat begitu. Encik Huo, dengan pengaruh kamu, kamu boleh terus berjumpa pengarah."

Dengan itu, Huo Mian berpusing dan berjalan masuk ke bilik pemeriksaan Jabatan OB/GYN tanpa memberikannya perhatian.

Huo Siqian pula tidak kelihatan marah langsung. Dia hanya tersenyum hambar.

Sebagai Naib Presiden Syarikat Huo, sudah terang lagi bersuluh yang dia boleh mendapatkan pas eskpres di mana-mana hospital. Dia tidak perlu bertanyakan pekerja remehan seperti Huo Mian.

Namun, dia suka berhubung dengan Huo Mian. Setiap kali dia melihat gadis itu, moodnya akan berubah ceria tanpa dapat diterangkan kenapa.

Ketika itu, seorang wanita dengan rupa yang cantik berjalan keluar dari bilik doktor OB/GYN untuk pesakit luar. Dia menyilangkan tangannya dengan mesra pada lengan Huo Siqian.

"Siqian, doktor kata saya demam sedikit. Dia pesan supaya saya kurangkan makanan laut. Nampaknya, kita sudah tidak boleh ke pantai semasa cuti."

"Tidak apa, saya akan hangatkan kamu apabila kita tiba di rumah."

"Oh, cukup lah, kamu. Heh, kamu selalu main-main dengan saya." Wanita itu merungut manja. Kemudian, kedua-dua mereka berpusing dan berjalan pergi.

"Kak Huo, siapa itu tadi?" Salah seorang jururawat, Huang Ye bertanya penuh minat. "Dia boleh tahan kacak dan memakai pakaian pereka terkenal. Dia memang kelihatan seperti budak lelaki kaya."

"Dia kawan kepada kawan kepada kawan saya. Saya sendiri tidak berapa kenal dia." Huo Mian tidak pernah suka bercakap mengenai Keluarga Huo.

"Huang Ye, kamu ini lembap. Kamu tidak baca surat khabar kah? Bukankah dia itu Putera Huo? Seperti yang dijangkakan daripada salah seorang Empat Putera Bandar C, dia kaya dan kacak. Dia kelihatan lebih kacak di luar ini berbanding di dalam gambar. Sayangnya, dia seorang kaki perempuan." Salah seorang jururawat muda yang lain berkata.

"Empat Putera? Saya tidak pernah dengar mengenai mereka." Huang Ye berkata dengan keliru.

"Sebab itu saya kata kamu ini dari kampung. Empat Putera itu dilihat sebagai si bujang yang paling digilai dalam kalangan masyarakat kelas atasan, semuanya belum berkahwin. Huo Siqian itu berada pada kedudukan kedua. Apa yang saya dengar, putera ketiga itu anak kedua kepada Syarikat Kota Selatan milik Keluarga Wei iaitu Wei Liao dan putera keempat pula anak kepada Presiden Syarikat Automotif Beiyang, Shen Mingxi.

"Hmm? Siapa pula yang pertama?" Huang Ye semakin tertanya-tanya.

"Yang pertama? Oh orang itu memang berbeza. Dia juga teman lelaki idaman saya. Dia lah Putera Mahkota bandar kita yang paling kacak dan kaya, Su Yu."

"Hah? Su Yu…saya rasa saya pernah dengar tentang dia. Bukankah ayahnya lelaki yang berada dalam kedudukan lima teratas dalam Forbes? Lelaki yang bermula dalam bidang perbankan peribadi? Mereka kata bank keluarganya sudah mula berkembang di seluruh negara." Kata Hua Ye dengan kagum.

"Ya, tapi Putera Su ada syarikat hiburannya sendiri. Mereka pakar dalam menghasilkan bintang terkenal. Daripada empat diva paling popular dalam dunia hiburan sekarang, dua daripada mereka milik syarikat Putera Su."

Huo Mian hanya mendengar tanpa berkata-apa dan tidak menyampuk. Dia tidak berminat dalam perkara seperti ini.

Kemudian, seorang jururawat lebih tua berjalan masuk dan memandang mereka dengan hina.

"Empat Putera apa?" Katanya. "Kamu semua ketinggalan zaman. Sekarang, lelaki bujang paling terkenal adalah Putera Syarikat GK. Khabar angin mengatakan yang dia kini sudah kembali ke negara kita lebih kurang sebulan dan sudah mengambil alih syarikat itu secara rahsia. Tapi nampaknya, dia sangat merendah diri dan tidak menerima sebarang temu bicara daripada media. Saya dengar dia sangat kacak. Saya harap saya dapat lihat dia dengan mata saya sendiri."

"Betul kah? Pewaris GK? Kenapa saya tidak pernah dengar mengenainya?" Salah seorang jururawat muda menggumam.

Huang Ye pula menyampuk dengan teruja. "Saya tahu Putera GK ke Sekolah Tinggi Kedua. Kakak saya juga ke sana, setahun selepasnya. Saya tahu namanya Qin Chu, tetapi mereka kata dia meninggalkan negara untuk jangka masa yang lama. Adakah dia sudah pulang? Kenapa tidak ada berita mengenainya?"

Dengan itu, Huang Ye menarik Huo Mian. "Kak Huo, bukankah kamu juga ke Sekolah Tinggi Kedua? Kamu pasti lebih tahu kan? Cepat lah, cerita pada kami mengenai Putera GK ini. Saya benar-benar mahu tahu. Kakak saya pernah kata yang Qin Chu itu sangat kacak."

avataravatar
Next chapter