74 Dia yang Sebenar

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu silap. Saya tidak berubah. Saya memang begini. Maksudnya, selama beberapa tahun ini, kamu tidak betul-betul mengenali saya. Kamu sayangkan wanita yang kamu cipta dalam fikiran kamu, bukannya saya yang sebenar."

Sebenarnya, sudah lama Huo Mian mahu mengatakan hal ini.

Apabila dia mula-mula bertemu Ning Zhiyuan, dia sudah pun memperlihatkan dirinya sebagai gadis yang paling biasa.

Selepas hubungannya dengan Qin Chu yang kekal tersemat dalam ingatannya, hatinya menjadi tenang setenang lautan buat jangka masa yang lama.

Oleh itu, wanita pintar, lembut dan memahami yang dikenali oleh Ning ZHiyuan itu bukanlah Huo Mian yang sebenar.

Manusia merupakan binatang paling pintar dalam dunia ini. Kadang-kala, orang yang kamu lihat itu hanyalah sisi dirinya yang mahu dipertunjukkan kepada kamu. Bukannya dirinya yang sebenar.

Hanya Qin Chu yang mengenali siapa Huo Mian sebenarnya.

Huo Mian merupakan gadis berakal tajam, pintar dan berlidah tajam yang tidak mengambil endah akan semua perkara. Sama seperti apa yang dikatakan oleh Zhu Lingling mengenainya. Itu lah Huo Mian sebenarnya. Sayangnya, dia tidak pernah membiarkan Ning Zhiyuan melihat sisi sebenar dirinya selama beberapa tahun lalu.

Kini apabila mereka sudah berpisah, dia akhirnya berpeluang melihat Huo Mian yang sebenar. Ironinya…

"Mian…?" Ning Zhiyuan nampaknya masih mahu mengatakan sesuatu.

"Cukup. Kamu tidak perlu cakap apa-apa lagi. Saya sudah faham. Semasa anak saya datang meminta bantuan kamu, kamu sedang berseronok dengan perempuan lain di dalam pangsapuri kamu? Kini kamu datang bertaubat kerana kamu sudah dengar yang Zhixin telah sembuh dan yuran pembedahan sudah dijelaskan. Kamu bukan seorang lelaki. Sebelum ini, saya fikirkan yang walaupun kamu tidak begitu cemerlang, sekurang-kurangnya kamu jujur dan ikhlas. Sekarang saya sudah nampak perangai kamu yang sebenarnya. Kamu hanyalah seorang manusia yang tidak jujur yang mahu menyumbang selepas perkara sudah selesai. Jangan ke sana ke mari berkeluh-kesah. Saya rasa jengkel. Keluar. Memandangkan kamu berdua sudah berpisah, saya bukan lagi bakal ibu mertua kamu, sama seperti Zhixin bukan lagi adik kamu."

"Mak Cik…"

"Keluar dan bawah bersama bakul bersalah tidak ikhlas kamu itu." Selepas mereka habis bercakap, Yang Meirong berdiri, mengambil bakul buah itu dan menolaknya bersama-sama Ning Zhiyuan keluar dari bilik itu.

"Syabas, Mak! Mak benar-benar menyuarakan rasa marah Huo Mian." Jing Zhixin mengangkat ibu jari kepada emaknya.

Yang Meirong memandang dingin pada Huo Mian. "Di masa akan datang, pilih lelaki yang lebih baik. Yang ini sampah."

"Saya faham. Mak, saya akan kembali ke jabatan saya sekarang. Mak jangan letihkan diri Mak. Penjaga itu akan tiba nanti. Jadi, Mak patut pulang ke rumah dan berehat."

Huo Mian berasa tidak tenang semasa berjalan keluar dari bilik pesakit.

Walaupun emaknya tidak baik dengannya, dia jelas sekali menyebelahi Huo Mian dan mempertahankannya di hadapan Ning Zhiyuan.

Tapi, bagaimana reaksi emaknya jika dia mengetahui yang Huo Mian bukan sahaja berhubung dengan Qin Chu secara rahsia, malah dia kini berkahwin dengannya?

Emaknya pasti akan menyiat-nyiat kulit Huo Mian.

Walaupun kematian Pak Cik Jing tidak ada kena mengena dengan Qin Chu, kematiannya masih disebabkan oleh Keluarga Qin.

Dada Huo Mian terasa sesak memikirkan hal ini. Dia tidak tahu bagaimana untuk terus hidup dengan Qin Chu.

Selepas kematian Pak Cik Jing, dia berasa bersalah selama tujuh tahun. Huo Mian melepaskan peluang untuk menyambung pengajian ke luar negara dan memilih untuk tidak mendaftar di sekolah perubatan terbaik di Bandar Jing.

Dia tinggal di rumah dan menjadi manusia paling biasa. Tetapi, dia tetap tidak dapat menghilangkan rasa bersalah itu.

Apa yang benar-benar membunuh rasa Huo Mian ialah kenyataan yang dia tidak begitu benci pada Qin Chu.

Dia merasakan seolah-olah dia telah mengecewakan Pak Cik Jing…

-9 malam-

Huo Mian telah menggantikan shif seorang rakan sekerjanya. Huo Mian yang kepenatan menukar pakaiannya dan berjalan keluar dari hospital.

Dia tunduk ke bawah dan membawa keluar telefonnya. Telefon itu sudah mati tengah hari tadi dan dia perlu mengecas kembali telefon itu dengan pek bateri mudah alihnya.

Sebaik sahaja telefonnya dihidupkan kembali, dia mula menerima begitu banyak pemberitahuan tentang panggilan masuk yang tertinggal dan satu pesanan teks.

"Pukul berapa kamu habis bekerja? Saya ingatkan kamu tidak bertugas untuk shif malam hari ini. Kenapa kamu belum berada di rumah lagi?"

Pesanan itu daripada Qin Chu.

Huo Mian menguap dan cuba membalas mesej tersebut.

Kemudian, dia mendengar bunyi ciutan yang memekakkan telinga daripada tayar kereta yang memecut laju ke arahnya. Huo Mian mengangkat kepalanya. Tetapi, lampu tersebut terlampau terang di matanya sehinggakan dia tidak dapat mencelikkan matanya.

Apa yang diketahuinya sebuah kereta besar sedang menuju ke arahnya dengan kelajuan tinggi.

"Huo Mian!" Seseorang menjerit namanya.

avataravatar
Next chapter