1 Mereka Ada Di Mana?

MALAM itu hujan turun dengan lebat.

Para pelajar di Asrama SMK A sedang khusyuk belajar di prep masing-masing.

Becky memegang pen sambil melihat buku di hadapannya. Kemudian, dia memandang kawannya di sebelahnya yang juga sedang menumpukan perhatian pada bukunya.

Becky mengeluh seketika dan meletakkan pen yang dipegangnya ke atas meja. "Penat lah belajar.. Bila kita akan graduate? Saya bosanlah, bosan menjadi pelajar lagi."

Bambam, gadis yang duduk di samping Becky melihat Becky sebelum dia memperlihatkan senyuman di wajahnya. "Be patient, dude... Tahun ini adalah tahun terakhir kita dan kita akan graduate pada Oktober ini."

"Saya tahu, tapi saya rasa macam ada ribuan tahun lagi yang perlu saya tunggu untuk graduate saja," kata Becky sambil dia menoleh ke arah Chellyne yang duduk di hadapan kelas. Kemudian, dia menoleh ke luar dan keadaan masih hujan.

Semua orang di prep sedang melakukan perkara mereka sendiri. Terdapat beberapa orang yang masih belajar kerana esok masih ada peperiksaan. Yang lain sedang tidur dan selebihnya bercakap antara satu sama lain.

"Saya fikir hujan ni tidak akan berhenti sehingga pagi esok. Sejuklah bila hujan ni." Becky terus memeluk tubuhnya sendiri supaya dia tidak rasa terlalu sejuk.

"Ya, saya pun fikir begitu..." Bambam juga memandang ke luar.

Tiba-tiba, Suzy yang duduk betul-betul di hadapan Bambam, berpaling ke arah mereka. "Wei, kau berdua tahu kah? Pada masa seperti ini, para Vampire suka keluar dan mencari mangsa."

"Apa?" Becky memandang Suzy dengan wajah pokernya ketika Suzy bercakap seperti itu. Vampire? Biar betul dia ni? Tiada cerita lain yang boleh dia mau cerita selain daripada Vampire?

"Apa yang kau cakap ni, Suzy?" tanya Bambam pula.

Suzy ketawa beberapa minit kemudian. "Saya hanya bergurau, saya bosan, saya hanya mahu bermain-main dengan korang berdua..."

"Cari orang lain dibawa bermain lah, kau ni..." Suzy tidak ambil serius tentang apa yang dikatakan Bambam kepadanya sebab dia tahu Bambam juga hanya bergurau. Sebaliknya, Suzy hanya ketawa sehingga seseorang memberitahu dia supaya diam.

Orang lain sedang belajar, boleh pula Suzy buat bising di bilik prep.

Find authorized novels in Webnovel, faster updates, better experience, Please click www.webnovel.com/book/vampire-huntress_18238942405834905/mereka-ada-di-mana_48959911228393494 for visiting.

Becky menoleh ke belakang apabila ada orang yang menepuk bahunya. Becky memandang Emma yang sudah tersenyum padanya sebelum Becky berpaling.

"Apa?" Tanya Becky.

"Apa yang dimaksud oleh Suzy tadi? Ada yang menarik kah kamu sedang cerita sana?" tanya Emma.

Rivera yang duduk di sebelah Emma juga mengangkat kepalanya dan memandang Becky.

"Suzy hanya bercakap mengenai vampire, dia bosan jadi dia mula bercakap yang pelik-pelik. Kau belajar laj balik, kau kan masih ada kertas exam esok."

Emma mengangguk sebelum dia melihat semula buku dia itu.

Becky melihat ke arah buku dia lagi dan cuba memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat diikuti oleh kilat yang terang. Serta-merta, lampu di dalam prep itu terpadam dan semuanya menjadi gelap. Jeritan pun mula terdengar di sekeliling kawasan prep dan beberapa minit kemudian, hanya bunyi hujan yang didengar.

"Baiklah, semua orang. Stay di mana kamu berdiri, pengawas akan datang ke sini dengan torchlight, jangan berjalan-jalan kalau kamu tidak mahu terluka." Itulah suara Livnah. Pada masa seperti ini, dia benar-benar tahu bagaimana mau menangani keadaan.

"Oh, Becky... kenapa kau tidak pasang lampu suluh yang kau bawa tu sementara menunggu pengawas datang dan membawa satu lagi lampu suluh," kata Bambam.

Tanpa menunggu lagi, Becky segera mencari lampu suluh yang dia bawa. Semasa dia terus mencari, dia rasa pelik kerana lampu suluh yang dia bawa tidak ada di sana. Becky yakin kalau dia ada meletakkan lampu suluh di dalam laci meja itu tapi sekarang sudah tiada.

"Lampu suluh saya hilang."

"Apa? Macam mana?" tanya Bambam dengan wajah yang keliru.

"Saya tidak tahu."

Beberapa saat kemudian, terdapat cahaya yang tidak terlalu terang yang memancar di satu sudut dari satu kawasan prep itu.

"Akhirnya, ada juga lampu... saya hampir tidak boleh bernafas sebab terlalu gelap," kata salah seorang dari mereka. Dia adalah Nic;seorang gadis yang tinggi dan sentiasa nampak selamba yang duduk di sebelah Chellyne semasa di prep.

"Di mana cahaya itu datang? Siapa yang bawa?" tanya Rivera.

"Siapa lagi kalau bukan pengawas yang bawa lampu suluh masa dorang datang ke sini," kata Suzy.

"Tetapi tiada pengawas yang datang ke sini, macam mana pula dorang datang sini dengan cepat?" Giliran Chellyne bertanya.

Semua orang terdiam dan mereka saling berpandangan.

"Urrr, guys .. Saya fikir kita lebih baik bimbang pasal benda lain," kata Livnah yang duduk jauh dari orang lain, dia berjalan ke arah kawan-kawannya sambil melihat ke mana-mana.

Apabila mendengar apa yang dikatakan Livnah, semua orang melihat ke sekeliling mereka.

Mereka terkejut bila mendapati yang mereka berada di tempat yang berbeza.

Mereka bukan berada di prep mereka seperti sebelum ini, tapi sekarang mereka berada di dalam bilik dengan cahaya terang dan penuh darah di sana sini. Selain itu, ada juga darah yang tercalit di lantai dan dinding.

Darah itu sudah lama di sana dan sangat busuk yang boleh menyebabkan seseorang muntah kalau terhidu bau darah itu.

Apabila semua gadis itu terhidu bau darah itu, semua orang rasa mual dan hendak muntah. Hanya melihat warna darah saja, sudah boleh buat seseorang pengsan.

Semua gadis itu berlari ke tepi dinding yang bersih dari tompokan darah dan dalam satu saat saja, bilik itu penuh dengan bunyi muntah.

"Apa tempat ini, kenapa semuanya penuh dengan darah?" tanya Becky sambil mengelap mulutnya dari kesan muntah. Dia sudah rasa agak pening sebab bau darah yang kuat.

"Ini sangat menggelikan... Eewww...!!!" Suzy cuba menjauhi jejak darah tapi semua darah itu ada di mana-mana, jadi dia tidak mempunyai tempat lain untuk berpindah kecuali tempat dia berdiri sekarang.

"Ini tempat tempat pembunuhan kah?" Emma bertanya.

"Tunggu... Saya rasa benda yang paling penting sekarang ialah kita di mana?" Bambam yang juga muntah tadi, memandang ke arah kawan-kawannya.

Semua orang terkaku di tempat mereka berdiri. Mereka memandang antara satu sama lain dengan muka yang keliru dan ketakutan.

Yalah...

Mereka ada di mana?

"Di mana kita?"

"Ini bukan macam prep kita, kan?" tanya Chellyne sambil matanya melihat sekelilingnya. Dia rasa tidak sedap hati tentang tempat ini kerana tempat ini nampak sangat mengerikan. Sesiapa yang tinggal di sini tidak akan hidup lebih lama kerana bau darah.

"Tiada seorang pun dari antara kita yang tahu tempat ini. Tempat ni macam tempat pembunuhan saja," kata Livnah.

"Siapa yang mau tinggal di tempat macam ni? Tempat ni nampak sangat menyeramkan." Rivera berkata sambil memegang tangan Emma dengan anak matanya melilau ke seluruh kawasan. Dia kelihatan sangat takut.

"Apa benda ni?" tanya Emma sambil mengangkat sebuah besi panjang dan hitam dari atas lantai. Emma terkejut bila dia sedar besi itu sebenarnya ialah sebatang pistol jenis SIG Sauer P226.

"Pistol? Kenapa ada pistol di sini?" tanya Becky dengan rasa ingin tahu. Dia mula memeriksa ke sekeliling untuk melihat jika ada senjata lain di sana.

"Ini satu lagi," kata Nic, mengambil satu senjata lain yang atas lantai. Kali ini senjata itu adalah jenis Semi-Auto Shotgun. Dia menunjukkan senapang itu kepada semua orang.

"Macam mana mau guna ni?" tanya Nic sambil mengarahkan muncung senapang itu ke Livnah.

"Hei, Nic... Come on, saya masih mahu hidup lah... Kau ni, berhenti buat begitu pada saya." Livnah yang bimbang tentang keselamatannya ketika Nic mengarahkan muncung senapang ke arahnya, segera menolak muncung senapang itu ke arah lain.

"Geez, Nic... Kau mahu menembak Livnah?" kata Becky sambil ketawa kecil.

"Tidak, saya tidak..." Nic juga terkejut bila Livnah memarahi dia tadi. Bukan dia sengaja pun mau buat begitu. Akhirnya dia hanya mampu bercakap sendirian saja sambil menyentuh senjata itu dengan tangannya.

"Ada pisau lain di sini." Suzy mengambil sebilah pisau lain di sudut bilik itu.

"Tempat ini memang tempat pembunuh," kata Chellyne, tidak suka dengan apa yang ada di hadapannya.

"Ada pintu di sana, mari keluar dan periksa di luar apa yang terjadi. Apa pendapat korang?" tanya Rivera sambil menunjuk ke pintu di sudut bilik itu. Mereka tidak melihat pintu tadi kerana terlalu gelap di kawasan pintu itu.

"Itu macam idea yang baik," kata Livnah.

"Lagipun kita tidak boleh tinggal di sini lama-lama, kalau ada orang yang datang dan cuba membunuh kita pula nanti, macam mana?" kata Bambam. Dia berjalan ke arah pintu manakala yang lain hanya mengikuti dia dari belakang.

Apabila mereka keluar, mereka menjadi semakin terkejut melihat ada mayat di pintu depan.

Emma dan Rivera dengan cepat keluar dan pergi menjauh. Mereka terus muntah lagi. Mereka tidak boleh tahan lagi. Darah di sekeliling mayat itu benar-benar berbau busuk dan menjijikkan. Ketika kedua-dua gadis itu sedang muntah, yang lain hanya merenung mayat itu sambil menahan rasa muntah juga.

"Shit! This is so gross!" Becky menutup mulut dengan tangannya dan cuba untuk tidak melihat.

"Lelaki ini seorang askar lah," kata Livnah sambil memeriksa mayatnya.

Tiba-tiba mereka mendengar bunyi letupan yang kuat. Tempat di mana mereka berdiri sekarang bergegar sedikit. Para gadis itu cepat-cepat melihat sekeliling dan mula bimbang jika tempat itu akan runtuh. Debu dari siling juga jatuh dari atas ke lantai.

"Itu--itu bom kan? Mereka rancang untuk bom tempat ini?" kata Rivera dengan perasaan panik di hujung suaranya.

Kemudian, bunyi tembak-menembak terdengar pula dari tingkat atas.

Para gadis ini mula bimbang kalau ada sesuatu yang salah dengan tempat ini.

Apa tidak, mereka ada di sebuah bilik yang penuh darah, ada seorang askar yang mati di depan pintu, sebuah bom meletup dan tembakan di mana-mana.

Sebenarnya apa tempat ni?

"Mari lah kita keluar dari sini."

Semua gadis itu berlari ke sebelah kiri lorong. Mereka tidak berfikir atau menentukan arah mana mereka harus pergi. Sebaliknya, mereka hanya berlari ke kiri lorong saja.

Next chapter