webnovel

Siri Pertama - Bab 2 : Di Rencana Sejak Mula

Sepulangan aku dari taman rekreasi dan pertemuan di antara aku dengan Nuraqila, aku di sambut dengan pintu pagar yang di biar tidak terkunci atau sengaja tidak di kunci. Aku sendiri sebenarnya tidak seberapa pasti tentang itu. Di ruang tamu, aku melihat Karimunirasydan sibuk menyiapkan tugasan yang di beri teman sepekerjaan melalui ruang sembang dan membiarkan TV LCD 32 inci jenama ISB terbuka dan tidak di perhati. Aku merebahkan lemah badanku ke atas kerusi sofa yang empuk sambil menonton siaran yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Pengkomputeran Kebangsaan di susuli dengan berita terkini yang langsung tidak menarik sedikitpun perhatian aku.

Tidak sampai hati aku nak ganggu Karim dan aku tahu dia juga tidak mahu di ganggu. Di sebabkan aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa, aku menggunakan Tab Mini yang berukuran sebuah buku nota untuk mencari maklumat tambahan di Internet berkenaan dengan Nuraqila kerana kebosanan. Aku nak tahu, siapa sebenarnya dia.

Aduh, baru aku sedar seperkara dua. Nuraqila tak bagi tahu aku nama penuh dia! Dungu betul aku. Kenapa aku tidak tanya dia masa aku mula-mula jumpa? Aku percaya pencarian ini akan memakan banyak kesabaran dan permasaan untuk di jayakan dengan sebaik yang di sangka-sangka. Mengeluh aku dalam penyesalan. Karimunirasydan perasan.

"Awat dengan hang Amri?" Dia menghampiri aku sambil menikmati kopi susu yang mulai suam-suam kuku barangkali ingin merehatkan diri dari kerja-kerjanya itu. Aku memandang dia dan kami saling berbalas pandangan. "Awak kenal tak mana-mana perempuan dengan nama ni, Rasydan??", Aku menunjukkan Tab Mini aku itu kepadanya. Dia mengiya, lalu menanya.

"Pasaipa? Ada pa-pa yang tak kena ka dengan perempuan dengan nama ni?? Hang buat aku risau la Amri..." Aku menggeleng-geleng kepala ke kiri dan ke kanan. "Saya cuma nak tahu, dia siapa... Dari apa yang saya ingat, Rasydan; dia anak orang ada-ada..." Karimunirasydan menggaru umbun-umbun kepala yang tidak gatal seberapa. "Erm... Nuraqila..."

Aku menanti apa yang akan di katakan olehnya. Ternyata, penantian itu tidak mengambil masa yang panjang. "Entah-entah, dia..."

+++

"A-ap-apa?! Anak kesayangan Tan Seri Awwallan Haji Rahman? Ini tak mungkin, tak mungkin; Rasydan!!!" Karimunirasydan mengangguk kepala menyatakan pendirian tanpa sebarang keraguan. Padan dia kenal aku. Eh, eh... N-nan-nanti dulu! Jadi, Nuraqila memang sudah merencana pertemuan ini sejak dari mula? Aku terasa seperti di perguna pula. Sungguh tidak aku menduga.

"Camna hang boleh jumpa dengan dia? Kalau tak salah aku, dia yang menyebabkan hang kena tendang dari sekolah elit terkemuka dulu?? Kan???" Karimunirasydan cuba meningatkan aku tentang satu peristiwa yang terjadi tidak lama dahulu. Peristiwa di mana aku di tuduh mencuri barang mewah kepunyaan Nuraqila tanpa soal siasat padahal aku di aniaya teman sepersekolahan yang cemburu kerana aku dekat dengan seorang perempuan. Di sebabkan perkara itu, aku terpaksa menamatkan alam persekolahan lebih awal dari apa yang di sangkakan oleh keramaian. Memang sungguh menyedihkan kerana aku tiada STPM dan tiada Surat Berhenti Sekolah dari sekolah elit itu walaupun aku sudah merayu.

"Amri... Aku tanya hang ni... Takkan hang jatuh hati dengan dia pula?" Aku tersedar dari lamunanku itu dengan kadar segera. Lantas, aku membalas pantas pertanyaan di kemukakan dia kepada aku. "Agak-agaklah awak pun, Rasydan..." Dia terdiam seribu bahasa tanpa kata. Keheningan mula menebalkan suasana sunyi sepi dari semasa ke semasa.

"Saya cuma anggap dia kawan dan tidak lebih dari itu... Kenapa; salahkah tindakan saya?" Karimunirasydan menggeleng kepala menidakan... "Habis sebab apa awak beria-ia nak ungkit cerita lama, Rasydan???" Dia bersuara.

"Aku tak mau hang menyesal belakang hari, Amri... Aku dah kenal hang bukan dalam masa sehari..." Aku pula yang terdiam dengan ujaran yang di berikan Karimunirasydan. "Kalau kau dah keras hati, aku tak boleh nak memberhenti..." Dia memalingkan mukanya dari pandangan aku. Tindakan dia itu membuat aku terkedu tanpa kata. Karimunirasydan langsung tidak mempedulikan aku dan terus berlalu menuju ke bilik beradu. Nampaknya dia memang betul-betul tengah beremosi sekarang ni... - hemat hati kecil aku menyatakan akan kegusaran yang melanda. Sekarang aku yang tersepit di tengah-tengah. Di antara teman dan kawan, yang mana satu yang harus aku utamakan??? Aku kebingungan.

+++

Hari ini hujung minggu. Aku bangun agak lewat dari kebiasaan dan Karimunirasydan meninggalkan aku berkeseorangan di rumah sewa berserta dengan satu pesanan ringkas di paparan jam digital elektrikal di tengah-tengah ruang tamu. Dia sudah lama menyiapkan sarapan pagi dan akan pulang lambat di sebabkan kerja lebih masa atas arahan majikan.

Paparan itu aku hilangkan. Aku segera menyegarkan diri dengan mandi dan menukar ganti pakaian sebaik sahaja aku selesai keluar dari bilik mandi. Menuju ke ruang makan merupakan satu langkah kanan kerana aku sungguh kelaparan. Sarapan pagi yang di sediakan Karimunirasydan kelihatan agak biasa tetapi bagi aku, santapan ini lebih lumayan dari bersantap di kedai makan yang berderetan di luar sana.

Sambil menikmati tiga buku roti bakar bersama dua biji telur setengah masak dan secawan teh-o panas, aku memeriksa peranti holografiktasi yang aku guna sejak sekian lama. Memang peranti itu kelihatan agak berusia, tapi masih lagi berguna. Menurut aku, itu yang lebih di utamakan daripada baru tapi mudah untuk di rosakan.

Notifikasi terkini. Satu mesej di terima. Masih lagi tidak di buka untuk di baca...

Mesej? Biar betul??? Mesej apa pula ni?? Setahu aku, aku tak pernah pun berborak dengan sesiapa. Aku meneliti mesej yang aku terima itu dengan penuh teliti.

Pengirim tidak di ketahui...Jam enam...

Sila berjumpa dengan saya di tengah-tengah sebuah taman bunga yang terletak di pinggir ibu kota tepat-tepat pada pukul tiga, tiga puluh tiga. Ingat, ya???

Sudahlah aku tidak tahu siapa dia, di ajak pula aku untuk berjumpa. Sebenarnya atas sebab apa? Aku hanya mampu meneka. Erk; tiga, tiga puluh tiga? Aku lihat jam digital separa elektronik mekanikal yang aku pakai di tangan kiri. Alamak, pukul tiga sekarang! Aku segera habiskan sarapan pagi dan mematikan paparan holografik untuk mengatur seribu langkah menuju ke destinasi yang di maksudkan menaiki teksi tambang. Terasa perjalanan itu sangat panjang dan membuatkan aku sedikit merasa tidak tenang. Aku tertanya-tanya. Jika benar 'dia' ingin berjumpa dengan aku, pasti ada sesuatu yang hendak di beritahu kepada aku. Hanya itu sahaja yang aku tahu.

Cuaca kelihatan sangat baik, tidak mendung dan Sang Mentari menyinari cahayanya yang terang-berderang tanpa di halang. Indah bila di pandang.

Bersambung...

Next chapter