1 "Hmmm..so korang berenam ni lah budak baru tu,welcome boys...WELCOME TO THE WORLD HELL!"

"BANGUN!!!"Ainul Airisyah atau nama panggilannya Airis menjerit mengejutkan rakan-rakannya.

Shafa'z yang mendengar jeritan Airis terus bangun dan mengejutkan Qirana.

"Qira bangun...pontianak dah mengilai dekat bawah tu.."Shafa'z terus bergerak kearah bilik mandi.

"Hmmm...mengilai saja pontianak ni..Faz...yang lain dah bangun belum?"Qirana bangun dari katil dan menggosok-gosok matanya.

"Belum lagi tu...macam kau tak kenal diaorang tu..Airis menjerit sampai runtuh rumah ni pun belum tentu diaorang bangun..."Shafa'z menjawab soalan Qirana dari dalam bilik mandi.

Qirana bangun dan menuju ke bilik Zira dan Azlin..

Tok! Tok! Tok!

"Zira,Azlin...bangun...alarm bernyawa dah berbunyi tu."Qirana bersandar dipintu bilik Qazira dan Azlin.

Qazira yang terjaga dengan bunyi ketukan pintu biliknya terus pergi membuka pintu biliknya.

Bedebuk!

"Aduh....kau ni Zira...lain kali kalau nak buka pintu tu buka lah slow-slow."Qirana bangun sambil mengosok belakang kepalanya yang terhantuk di lantai.

"La..Qira...mana aku tahu kau bersandar dekat pintu ni..lain kali sandarlah dekat dinding"Qazira menghulurkan tangannya untuk membantu Qirana.Qirana menyambut huluran tangan Qazira dan terus bangun menuju ke bilik Ryana dan Airis.

"Ini lagi sorang..Tidur mati ke...Airis ni pun satu..dia dah bangun bukan nak kejut budak-budak ni.Tiap-tiap hari aku je kena kejut budak-budak ni.."Sampai di pintu bilik Ryana dan Airis,Qirana terus mengetuk pintu bilik itu.

"Aduh! Sakitlah Qira."Ryana menggosok dahinya yang diketuk Qirana.

"Mana aku tahu kau nak buka pintu."Qirana terus berlalu dari bilik itu dah menuju ke biliknya untuk bersiap.

Shafa'z sudah menunggu rakan-rakannya di meja makan untuk bersarapan.

"Okey done..breakfast is coming.."Airis keluar dari dapur bersama semangkuk mi goreng.

"Eh...kau sorang saja..yang lain mana?"Airis bertanya kepada Shafa'z tentang rakan-rakannya yang lain.

"Dekat atas lagi tengah bersiap.."Shafa'z bercakap sambil menyuap mi goreng ke dalam mulutnya.

"MORNING!!"Qirana,Qazira,Azlin dan Ryana menyapa Shafa'z dan Airis serentak.

"Perlu ke macam tu sekali cakap?. Dah lah bangun lambat."Airis memandang mereka berempat sambil buat muka geram.

"Hehehe...chill lah Airis..Kiteorang excited hari ini..maklumlah..hari ini kan firstday sekolah.."Qazira menarik kerusi di sebelah Azlin yang sedari tadi sudah duduk.

"Okey dah.Cepat makan.Kita dah lambat ni."Shafa'z menyudahi suapannya dan bangun menuju ke dapur untuk menghantar pinggan.

"Okey lead.."Mereka berlima menjawab serentak.

Sesampai mereka berenam di Sekolah Tinggi Persendirian Redrose semua pelajar menunduk tanda hormat kepada mereka berenam.Siapa tidak kenal dengan Shafa'z Aqira iaitu ketua VIRAL dan juga adik kepada pemilik sekolah itu Dato' Roselxa atau nama penuhnya Dato' Roselxa Qairiana.Sekali dia bersuara tiada siapa yang berani mengangkat muka,sama dengan rakan-rakannya,tiada sesiapa berani melawan cakap mereka.

Sampai sahaja didepan pintu kelas,semua yang berada didalam kelas itu diam dan hanya menunduk,tiada siapa berani mengangkat muka melihat Shafa'z.Mereka berenam ibarat membawa aura seram kedalam kelas itu.Suasana makin menakutkan bila melihat wajah bengis ahli kumpulan itu,semua mata tertumpu kearah mereka berenam setelah mereka duduk di tempat mereka.Shafa'z yang melihat sepasang mata memandangnya terus menghentak meja dan menyebabkan semua mata tertunduk ke lantai.

"KAU ASAL TENGOK AKU?!!'Shafa'z menengking pelajar yang berada di kelas itu.

"Faz...kawal marah kau..Jangan disebabkan orang lain,orang lain yang kena,jangan jatuhkan reputasi kita Shaf."

Qirana menegur perlakuan Shafa'z sebentar tadi.Shafa'z meraup mukanya dan memandang kearah Madam Marlina yang baru sahaja masuk ke dalam kelas.

"Okey guys...harini kita ada pelajar baru yang akan masuk ke kelas kita..okey kamu berenam boleh perkenalkan diri"Madam Marlina memberi laluan kepada pelajar baru itu untuk memperkenalkan diri.

"Hai...nama saya Zidaniel Zafran boleh panggil saya Niel."Daniel hanya senyum kepada pelajar kelas itu.

"Hai...saya Kriz Dandiqa but panggil saya Kriz."Kriz buat peace.

"Saya pulak Qarl Danish boleh panggil saya Dan."Danish juga menayangkan senyuman yang menampakkan barisan giginya.

"Saya Dammil Azkhair,panggil Az saja."Azkhair tenung muka setiap pelajar didalam kelas itu dan menundukkan kepala sedikit tanda hormat.

"Saya Hazim Marvin,panggil Zim ja"Hazim hanya senyum.

"And finally its me Shafiq Raizan,panggil Fiq saja"Shafiq buat muka teruja.

"Baiklah. Kamu berenam boleh ambil tempat duduk masing-masing."Madam Marlina mengarahkan mereka berenam supaya duduk di tempat mereka.

"Hmm...Madam,boleh tak kami nak sambung meja enam orang"Kriz bertanya kepada Madam Marlina sambil sempat matanya mengerling kearah satu kumpulan budak perempuan yang langsung tidak memandang kearah mereka sewaktu sesi perkenalan diri tadi.

"Tak boleh."Madam Marlina menjawab dengan nada mendatar tetapi tegas.

"But Madam...diaorang ni boleh."Kriz menunjuk kearah VIRAL.Semua mata memandang Kriz dengan pandangan tidak percaya.

"Hmm..itu sebabnya.."Madam Marlina seperti kehilangan kata-kata.Dia tidak tahu apa yang mahu dijawabnya.Tersilap cakap,kemas baranglah jawabnya.

Shafa'z yang melihat Madam Marlina yang gelisah terus mencuit Qirana.

"It's okay Madam..Biar je dieorang cantum meja..Kami baik hati hari ini"Jawapan Qirana membuatkan Madam Marlina menghembus nafas lega.Madam Marlina terus berjalan keluar dari kelas selepas melihat Cikgu Zul yang berjalan menuju kearah kelas itu.

Sewaktu sesi pembelajaran berjalan,Shafa'z hanya tidur,Cikgu Zul iaitu cikgu matematik mereka perasan akan Shafa'z yang sedang lena di mejanya.

"Shafa'z...jawab soalan no 6 dengan no 7"Cikgu Zul memanggil Shafa'z untuk menjawab soalannya.

Shafa'z tersedar dari tidurnya apabila Qazira mengetuk mejanya.Dia bangun dari tempat duduknya seperti biasa dan menuju kearah papan putih.Tidak sedikit pun ada reaksi malas atau mengantuk yang ditunjukkan olehnya.

Tidak sampai lima minit jawapannya telah siap.Mata ahli kumpulan Daniel terbuntang melihat jawapan dihadapan, masakan tidak terkejut,Shafa'z hanya tidur dan tidak mendengar sedikit pun apa yang diajar Cikgu Zul sebentar tadi tetapi Shafa'z boleh menjawab soalan itu dengan cepat dan yang paling penting tepat.Cikgu Zul hanya tersenyum memandang Shafa'z.Shafa'z ialah pelajar terbaik matematik sekolah itu.Tiada sesiapa boleh menandinginya.

"Okey Shafa'z...awak boleh balik tempat duduk awak."Cikgu Zul meneruskan sesi pengajaran.

"Hmm...cikgu...saya nak pergi tandas."Shafa'z terus berlalu ke pintu selepas Cikgu Zul mengangguk membenarkan.

"Wei Dan..kau tak rasa ke yang kite pernah jumpa dengan diaorang ni?"Kriz berbisik kearah Danish.

"Tu lah pasal...aku pun rasa yang aku pernah jumpa diaorang tapi dekat mana ekk?"Danish memusingkan badannya memandang kearah kumpulan pelajar itu.Shafiq yang mendengar perbualan mereka terus menyampuk.

"Memang kita pernah jumpa diaorang pun..baru tadi."Shafiq memfokuskan balik matanya ke arah papan putih.

"Tadi?Bila?"Kriz dan Danish menanya serentak.Semua mata memandang kearah mereka berdua.

"Hehehe..sorry...diaorang memang macam ni."Daniel memandang kearah mereka bertiga.

"Kalau ya pun tak payah lah sampai macam tu."Shafiq memandang kearah mereka berdua.

"Hehehe...okey2...ha...masa bila?"Kriz bertanya kepada Shafiq.Shafiq mengeluh.

Macam mana mereka berdua ini boleh tidak ingat tentang budak perempuan berenam itu,padahal tadi Kriz dan Danish yang paling marah sekali dekat ahli kumpulan itu.Terpaksalah dia menceritakan semula apa yang berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi.

Flashback

"Wei Niel,aku dapat rasa ada benda akan jadi selame kita dekat sekolah tu."Danish memberitahu rasa tidak sedap hatinya kepada Daniel.

"Hish kau ni..takde bendalah..lagipun aku yakin yang ni ialah sekolah terakhir kita."Daniel berjalan sambil tangan dan matanya bermain telefon.Sedang mereka asyik berbual tiba-tiba.

Buk!

"Oh my God!MY PHONE!!"Satu suara halilintar menerjah gegendang telinga mereka.

"Sorry2..saya tak perasan awak jalan sini."Daniel meminta maaf kepada perempuan yang dilanggar tadi.

"TAK PERASAN KAU CAKAP!!LAIN KALI JALAN TENGOK DEPAN BUKANNYA TENGOK TELEFON!!"Shafa'z mengutip telefonnya yang sudah pecah dan mencampakkannya kedalam tong sampah.

"Kau pun jalan tengok telefon juga.So tak payah nak over marah sangatlah."Daniel bercakap sambil matanya memerhatikan pakaian Shafa'z.

"WHAT?!OVER?!Kau cakap aku over?Aku rasa kau ni memang cari fasallah."Shafa'z berjalan kearah Daniel sambil menggengam penumbuk.

Qirana yang dapat mengagak apa yang bakal terjadi cepat-cepat memetik jarinya.Selepas Qirana memetik jarinya,masa bagaikan terhenti,Qirana cepat-cepat pergi kearah Shafa'z dan membisikkan sesuatu di telinga Shafa'z.Qirana memetik jarinya sekali lagi dan keadaan menjadi normal seperti tadi.Shafa'z mengangguk melihat Qirana dan pergi kearah Daniel,Shafa'z melihat seragam sekolah yang dipakai oleh Daniel atas bawah.

"Hmmm..so korang berenam ni lah budak baru tu,welcome boys...WELCOME TO THE WORLD HELL!"Shafa'z terus berlalu dari situ sambil diekori oleh rakan-rakannya..

End flashback

avataravatar
Next chapter