webnovel

DAD'S HOME

"Nama aku Olivia, umur aku 20 tahun, aku tinggal dengan bapa aku Mr. Adam di London selepas kematian mak aku. Aku terpaksa tinggal dengan bapa aku setelah 19 tahun kami terpisah....terasa janggal sebab aku terpaksa tinggal sebumbung dengan orang yang dah buang aku dari kehidupan dia"

Aku bangun daripada tempat tidur sambil menikmati pemandangan indah di London. Setelah aku bersiap aku tiba- tiba termenung dekat cermin di hadapan ku sambil berkata " layak ke dia untuk jaga aku setelah lama dia tinggalkan aku hanya untuk buat perkara yang dia anggap sebagai pelindung dia... ".Aku pun terus turun melihat sekeliling, tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki tua, berbaju hitam dengan kot yang serba lusuh dipakai oleh dirinyer sambil tersenyum pada ku lalu berkata "hi selamat pagi, mari ayah ada sediakan sarapan untuk kamu... "

Aku duduk di hadapan lelaki yang tidak pernah anggap aku sebagai anak perempuan dia..... .Lama kami berdua diam akhirnya lelaki tua ataupun ayah aku bersuara "ayah mintak maaf .Ayah tidak sangka yang mak kamu akan tinggalkan kamu pada ayah selepas 19 tahun kita tidak pernah berjumpa.... ayah mintak maaf sebab tidak ada sewaktu kamu membesar Olivia.... sekarang ayah janji... ayah akan jaga kamu, ayah akan lindungi kamu ke mana sahaja kamu pergi... " kata ayah...pada ku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Selesai sahaja sarapan pagi aku terus ke ruang tamu sambil bermain telefon.

Ayah tiba-tiba mengajak aku keluar sambil mengambil kunci kereta di atas meja makan lalu berkata "ayah nak tunjuk kamu tempat pekerjaan ayah. Kalau kamu nak ikut pergi ambil barang-barang yang kamu nk bawa bersama... ". Aku pon terus mengambil topi dan bag tanpa sebarang rungutan. Semasa dalam perjalanan ayah bercerita tentang betapa gembiranya dia yang akhirnya dia dapat berjumpa dengan aku.... " ayah gembira dapat berjumpa dan jaga kamu walaupon umur kamu sekarang dah masuk 20 tahun. Ayah faham kalau kamu tidak mahu bercakap dengan ayah ataupon kamu mahu benci dekat ayah... ayah faham, ayah tidak akan halang kamu untk buat begitu.... sebab memang salah ayah.... maafkan ayah Olivia.... sambil memegang kepala ku... "

Aku beranikan diri untuk bersuara " itu memang salah ayah.... dan saya tidak akan maafkan ayah.... ibu tinggalkan saya pon sebab ayah.....kenapa ibu masih jaga saya walaupon dia tau yang dia akan buang saya suatu hari nanti.... macam sekarang!!! kenapa? ". Kataku pada ayah sambil menangis. Aku berkata pada ayah " mungkin saya memang patut hidup macam ni, hidup yang tidak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa.... ". Ayah terus berhentikan kereta di tepi jalan supaya dia dapat menenangkan perasaan ku. " Olivia tolong jangan cakap macamtu sambil memeluk aku dalam dakapannya... ayah akan tebus balik segala masa yang ayah tidak ada bersama kamu... ok ayah janji.... " kata ayah dengan rasa yang penuh kesal dan bersalah. Aku rasa hangat dan tenang berada dalam pelukannya.... mungkin ini yang aku inginkan, mungkin ini yang selama ini aku cari pelukan, pelukan daripada kasih sayang dari seorang ayah atau aku panggil dirinya Mr. Adam.