1 The Rotten War

Di sebuah tanah yang terbakar akibat bedilan artileri daripada pertempuran sebelum ini , kedengaran bunyi tapak kaki pasukan tentera yang sedang membawa selaras Raifal AKM dan sesetengah pasukan tentera tersebut menaiki Kereta Kebal Sederhana T-34-85M.

Dari kejauhan , beberapa orang musuh sedang memerhatikan mereka

"Bagaimana sekarang puan ? Pasukan penyerang sudah tewas . Apakah kita perlu berundur atau serang hendap mereka?" Tanya seorang askar kepada ketuanya

"Keadaan sekarang memang tidak memihak kepada kita . Hubungi Jeneral Ali membuat persediaan untuk bertahan . Musuh mungkin akan menyerang mereka nanti" jawab ketua itu . Askar itu menurut perintah lalu pergi ke arah kawannya yang membawa set telefon lapangan TAI-43 untuk menghubungi Jeneral Ali .

Sementara itu , di markas pasukan tentera Jeneral Ali . Mereka bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang mereka ada selepas dihubungi oleh Leftenan Kolonel Farhanah tentang apa yang mereka perhatikan di medan perang . Secara tiba tiba , Jeneral Ali didatangi oleh seorang askar yang memaklumkan bahawa pasukan peninjau di kawasan musuh telah di serang dengan hebat oleh tentera musuh yang berada tidak jauh dari situ.

Sementara itu , pasukan peninjau yang dipimpin oleh Kapten Atiqah yang diserang hebat oleh musuh telah berbalas tembakan sehingga kehabisan peluru pada Raifal AKM dan Mesingan Berat DShKM yang mereka gunakan . Setelah itu , tentera musuh melancarkan tembakan artileri serta membalas balik tembakan sehingga beberapa ahli pasukan pimpinannya terkorban.

" Kapten , kita kehilangan banyak anggota tentera, musuh terlalu ramai !" lapor seorang askar . Kapten Atiqah melihat keadaan ahli pasukannya melalui trench binocular . Memang benar kata askar itu , serangan musuh telah mengorbankan ramai anggotanya .

"Berundur semua , berundur ! Kita tidak boleh menang lagi" arah Kapten Atiqah . Pasukannya segera berundur . Bedilan artileri yang dilancarkan oleh musuh menyukarkan pasukannya berundur .

avataravatar