webnovel

chapter 1:Iris

Bandar Aurora

"kamu dipecat!"

suara yang keras dengan nada yang marah terhadap seseorang dari bilik ketua pengarah.

keadaan di seluruh pejabat syarikat development and research Bandar Aurora itu menjadi sunyi sepi apabila seorang pekerja keluar dari bilik ketua pengarah mereka. pekerja yang keluar dari bilik tersebut ialah salah seorang perkerja yang baru sahaja dipecat. nampak raut wajah kekecewaan dan kehampaan di wajahnya ketika keluar dari bilik tersebut.

Dia tiba dimejanya, dan mengemas barang barang yang berada di atas mejanya.

"hei Isaac,awak okay "dengan wajah kasihan di wajah pembantu Isaac itu terhadap apa yang berlaku terhadap Isaac.

isaac merupakan ketua kumpulan 5 di pejabatnya,kumpulan paling tercorot. seorang yang peramah dan disukai oleh orang yang berada diseluruh kumpulanya. hari ini merupakan hari dimana isaac dinaikan pangkat namun sebaliknya pula yang terjadi kepadanya apabila dia dipecat secara tiba-tiba oleh ketua pengarah mereka.

semua pekerja menjadi keliru, sepatutnya Isaac diberi kenaikan pangkat hari ini tetapi kenapa pula dia dipecat?.

isaac juga keliru dan tidak dapat menggambarkan apa yang berlaku tadi, dia hanya ingat bahawa dia dipecat disebabkan lambat untuk masuk waktu bekerja yang ditetapkan dan juga tidak dapat memberikan apa-apa keuntungan kepada syarikat.isaac tahu bahawa dia tidak hebat seperti ketua kumpulan lain,namun dia tidaklah juga pandai dalam kerjanya tetapi lambat pergi ke tempat kerja, tiga minit sahaja pun.

isaac berasa hampa dan kecewa, dia tahu terdapat seorang dalang yang menyebabkan dia dipecat adalah salah seorang pekerja yang juga merupakan pekerja yang akan sama -sama naik pangkat denganya juga rakan sainganya.dengan pantas isaac menoleh ke pejabat pesaingnya itu, lalu Dia melihat dengan wajah angkuh dan mengejek Isaac terhadap dia melambai dan perlahan-lahan menutup tirai biliknya sambil ketawa.

"zaynnn... " dia rupanya "kurang ajar!"

isaac tidak dapat menahan marahnya, dia ingin menumbuk muka zayn sekarang juga. namun sebelum sempat dia berjalan kebiliknya , pembantunya iaitu yang dikenali sebagai milo menghentikanya.

"Isaac.. Isaac sabar, jangan bertindak begini" kata milo kepada isaac, walupun milo hanya pembantu isaac tetapi dia tahu akan gayanya yang penyabar itu.

"saya tahu awak sedih dan kecewa namun kita belum tahu dia yang sebabkan awak dipecat, lagipun keadaan akan jadi teruk kalau awak buat huru hara disini,sudahlah baik awak beredar sahaja, banyak lagi peluang yang baik diluar sana kepada kamu "

isaac sedar tentang kata-Kata pembantunya itu, kalau dia tidak mengawal perasanya, mungkin dia akan mendapat malu sahaja.maruahnya juga tercalar.

"huuu"

isaac berasa tenang kembali apabila kawanya itu menyabarkanya dari menyerang zayn tadi.

isaac kembali ke mejanya dan mengemaskan barang-barangya yang lain lalu beredar dari pejabatnya itu.walaupun dipecat isaac tetap sabar dan tidak melawan kata pengarahnya. dia merasakan semua itu ada hikmahnya, mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan olenya tapi dia tidak ketahui, sebaliknya ketua pengarah yang tahu silapnya dimana.

....

setibanya isaac dirumah yang disewanya dia terus baring ke sofa. isaac tidur sehingga waktu diluar sudahpun menjadi malam. sudah Lama isaac tidak berasa aman apabila tidur kerana terlalu asyik memikirkan hal di tempat kerja.namun tidur petangya tadi seperti tidurnya bayi bayi.

walaupun dipecat dari tempat kerjanya itu dia tidak berasa tergugat denganya pun,malahan isaac merasakan dia perlu melakukan sesuatu perkara yang baru. dia sudah biasa dengan kehidupan yang susah sejak dari Kecil, isaac merupakan anak yatim jadi hidup berdikari itu sudah menjadi darah daging kepada kehidupanya, cuma dia perlu berusaha sahaja seperti sebelum ini.

isaac melihat duit di banknya melalui telefon bimbitnya, dan dia berasa kecewa dengan apa yang dilihatnya. sepatutnya Wang yang dikumpul melalui pekerjaanya sebelum ini digunakan untuk membayar bil rumah dan hutang ,namun ketika ini nampaknya duit yang tinggal hanya tinggal untuk makan dan minumnya selama dua minggu.

"sighh" Isaac hanya mampu mengeluh melihat wang di banknya.

Dengan keadaan yang terdesak untuk mencari Wang, Isaac membalikkan surat khabar yang dibelinya dalam perjalanan dari bank.

"kalau saya nak dapatkan duit yang cepat, hmm, apa kerja yang baguss ya? ,takkan merompak bank".

kerja isaac di syarikat sebelum ini hanya memperuntukkan cukup makan sahaja duit kepada Isaac, oleh itu, Isaac tidaklah berapa sedih tentangya. lagipun dia hanya bernasib baik mendapat pekerjaan tersebut ketika mengisinya secara suka suka.

ketika membalikkan surat khabar untuk mencari pekerjaan ,Isaac terlihat sesuatu yang menarik dipaparkan di surat khabar yang dibeleknya. ia memaparkan tentang ganjaran sesiapa sahaja yang dapat merawat (gadis yang buta).Isaac tidak terpukau dengan artikel yang dibaca namun lebih berminat untuk melihat duit yang ditawarkan oleh lelaki yang bernama encik zhang ini.

1,2,3...7 angka kosong dibelakangnya.

"hahaha sejak bila surat khabar melebih lebih ini" dengan terbahak bahaknya Isaac ketawa melihat artikel itu.

ketika isaac ketawa dia cuba kira balik duit yang ditawarkan, peluh didahinya turun dengan banyaknya.dia terasa macam tekaknya susah nak bercakap.

"1 juta credit, ini ialah 1 milion kredit"

Isaac macam nak pengsan sahaja apabila duit yang ditawarkan oleh encik zhang ini. Namun Isaac kembali sedar seketika apabila melihat perkataan rawat orang yang buta.isaac melihat dirinya lalu, saya bukanya doktor dan merawat orang pun saya tak tahu. apatah lagi merawat orang yang buta.

apabila melihat wang tersebut hanya untuk doktor yang dapat menyembuhkan anaknya yang buta, Isaac berasa hampa kerana dia tidak tahu apa apa tentang merawat pesakit, apatah lagi yang buta, isaac berfikir lagi sejenak.

"adakah yang dapat rawat orang yang buta?".

isaac merasakan sia sia sahaja memikirkan tentang duit tersebut.lalu dia keluar mengambil angin sekejap sambil memikirkan caranya mencari wang.

"lebih baik pergi beli kopi diluar sekejap".

selesai membeli kopi Isaac duduk di satu kerusi di taman yang terdekat dengan tempat tinggalnya itu ,sambil memandang langit diluar dengan kesejukan waktu malam menyebabkan rasa kopi yang dibelinya itu sedap diminum.

"hmm merawat orang, dulu ketika kecil pernah juga bercita cita jadi doktor tetapi. .."

belum sempat Isaac menghabiskan kata katanya, seorang lelaki yang berpakain selekeh seperti pengemis duduk disebelah kerusinya.apabila melihat keadaanya itu isaac hanya duduk diam dan menunggu perbuatan seterusnya.isaac sambung minum kopinya,lalu pakcik yang duduk disebelhnya bercakap.

"anak awak ada makanan tak yang pakcik boleh makan? "

melihat pakcik itu ingin makanan isaac menghulurkan makanan yang dibelinya di Kedai bersama sama dengan kopinya itu tadi. ketika Lexi dahulu isaac juga menghadapi hidup yang susah jadi baginya berkongsi itu sudah menjadi sebahagian dari dirinya.

"nah pakcik, pakcik laparkan "Isaac sambil menghulurkan makananya kepada pakcik itu.

pakcik itu mengmbil makanan tersebut dan memakanya, isaac disebelahnya hanya senyum sahaja melihat pakcik tersebut memakan makanan yang diberinya.

"terima kasih nak, sebab bagi makan pakcik. "

"tidak apa pakcik, semua tu tak penting yang penting pakcik dapat teruskan hidup hehe".isaac membalas.

"anak ada masalah?, sebab pakcik sampai tadi, muka nak termenung jauh macam ada masalah sahaja?, boleh pakcik tahu apa sebabnya? "

"ohh tu pakcik begini sebenarnya... "Isaac memberitahu semua masalahnya kepada pakcik tersebut, Isaac seronok bercerita dengan pakcik itu kerana sudah sekian Lama seseorang bercerita denganya seperti itu.terasa bagus rasanya.setelah lebih kurang 2 Jam tanpa disedari waktu sudahpun lewat Malam.

setelah Lama berada di taman tersebut isaac berangkat pulang kerumahnya, namun sebelum pulang dia mengucapkan terima kasih kepada pakcik tersebut kerana menjadi kawan ceritanya.

"baiklah pakcik saya gerak dulu, dah malam sangat, nanti kalau ada masa kita jumpa lagi"

"kejap nak, sebelum kamu jalan, bagi kamu apa yang membahagiakan kamu? " kata pakcik itu sebelum Isaac pulang.

"bagi saya bersyukur kali pakcik, sebab bersyukur la membawa kita kearah kebahagiaan hehe "Isaac sambil melambai pergi dari taman tersebut kepada pakcik itu.

apabila isaac sudah tidak kelihatan dari taman itu lagi, pakcik itupun bertukar menjadi seperti dewa yang menawan.

"hmm bersyukur aaa, nampaknya dialah orangya "pakcik itu hilang dengan sekelip mata Di dalam cahaya bulan malam.

ketika dalam perjalanan isaac kerumahnya dia berasa amat letih dalam pada masa yang sama gembira kerana dapat bercakap dengan pakcik sebentar tadi, dia berasa seperti bercakap dengan seorang yang mengenalinya dan memhaminya sudah sekian lama.

"haha,baik pakcik tu ".

setibanya Isaac dirumah dia mengemas rumahnya barang barangnya dari tempat perkerjaan lamanya. selesai sahaja mengemas isaac mempersiapkan dirinya untuk tidur.

"uwaaah esok sahajalah cari kerja,penat pula malam ni".

isaac kemudianya tidur dengan nyenyak dikatilnya .

keesokan harinya Isaac bangun dengan begitu segar dan selesa, dia tidak pernah rasa senyaman dan sangat selesa ketika tidur sebelum ini, namun tidur semalam merupakan yang paling terbaik, ianya seperti kehidupan yang baharu.

isaac bangun dan mengggeliatkan tubuh badanya.

"rasa seperti Isaac yang baru huhaaa "

ketika melihat tubuh badanya, tiba tiba dia ternampak perkataan dihadapanya,isaac,penyakit :kurang tidur, boleh kearah obesiti, kurang nutrisi

cara: banyakkan senaman, tidur waktu yang sesuai

"apa ni",isaac cuba memegang perkataan didepanya namun apabila dia pegang tanganya akan menembusi perkataan itu.beberapa kali dicubanya namun tetap perkara yang sama berlaku.

"takkanlah, adakah ini orang panggil kuasa "

tidak tergambar riak kegembiraan di wajah isaac apabila dia mendapat berkat daripada dewa dewa. dia bersyukur dengan apa yang diberikan dan akan menggunakanya sebaiknya.

namun isaac masih lagi dalam keadaan yang resah, apabila berfikir balik adakah ini akan membunuhnya, pelbagai kemungkinan yang difikirkan oleh Isaac sehingga akhirnya dia dapat menerima semua itu dengan tangan yang terbuka.

sebelum isaac menggunakanya dia tidak tahu pun apa Nama benda yang secara tiba tiba muncul didepanya jadi untuk mengelakkan dia tidak keliru dia menamakanya 'Iris'.hal ini demikian kerana dia merasakan nama itu hebat dan bergaya. jadi dia gunakan sahajala.

apabila menyebut nama tersebut tiba tiba dihadapan matanya tertulis empat perkataan 'iris'.

selama beberapa minit mengenali iris ini isaac mendapat tahu bahawa ia berfungsi mengetahui penyakit dan menyelesaikanya sahaja, itu sahaja yang dapat ditafsirkan ketika ini berkenaan Iris ini.

bagi Isaac perkara ini perlu dirahsiakan olehnya dan digunakan di jalan yang betul untuk membantu yang susah.

isaac masih lagi tidak mendapat tahu tujuan kuasa ini diberikan Padanya, namun apa yang dia tahu ini adalah permulaan bagi hidup yang baru.

"iris mulakannn "Isaac teriak seperti dalam Movie yang ditontonya,bunyi cengkerik dan kucing mengiau di rumah sebelah menyebabkan suasana menjadi janggal.

"hehe melebih lebih pula "dengan muka yang merah, nasib sahaja tiada orang.

-