17 BAB 16

"Tangan ni jangan lupa letak ubat, ingat pesan doktor. Jangan buat kerja berat berat selagi belum surut lecur kat tangan tu" pesan Ridzwan, "yeee Hanan tahu…..., Abang Ridz tahu tak daripada dalam kereta sampailah dekat rumah ni. abang Ridz asyik membebel jer" rungut aku.

"Abang Ridz bebel sebab risau" Ridzwan memang sangat mengambil berat tentang Hanan. "Ye, Hanan tahu. Nasib telinga Hanan ni tak bedarah dengar Abang Ridz bebel" aku menggigit bibir bawah.

"Ouh, bedarah yee" Ridzwan mencucuk pinggang aku. "Abang Ridz gelilah, Hahahaha" aku tidak berhenti ketawa Apabila Ridzwan mencucuk cucuk pinggang aku, kini aku dan Ridzwan masing masing gelak tidak berhenti "kohkoh" aku dan Ridzwan memandang ke arah orang yang batuk itu.

"Eh Danial" aku melihat muka Danial seperti menahan amarahnya. "Korang baru balik?" Tanya Danial, "haah, baru jer sampai" jawab Ridzwan. "Teruk ke tangan tu?" Tanya Danial.

"Tak berapa sangat, doktor cakap tadi dalam beberapa hari surutlah tu" Ridzwan yang tolong jawabkan bagi pihak aku, "Hanan tu dah bisu ke?,Dah tak boleh Jawab, sampai orang lain yang tolong jawabkan?" Sungguh Sinis Danial bertanya.

"Alah Danial lek lah, jom aku tolak kau ronda ronda halaman rumah nak?" Sengaja Ridzwan menukar topik perbualan. "Kau baliklah Ridzwan, aku nak masuk bilik. Hanan bawak aku masuk bilik sekarang!" Ada nada tegas di situ.

Tanpa melengahkan masa aku terus mendekati kerusi roda Danial. "Bye Hanan, jaga kesihatan tau" pesan Ridzwan. "Baik Abang Ridz. Hati hati bawak kereta bye" selepas berkata begitu aku terus menolak kerusi roda Danial masuk ke dalam rumah.

Sampai sahaja di dalam bilik, "encik nak duduk atas katil ke?" Aku bertanya pada Danial, "seronok keluar dengan Ridzwan?" Tajam Danial memandang aku. Aku hanya berdiam diri "bila aku tanya kau jawablah!!!!!" Tengking Danial

"Abang Ridz cuma bawak saya pergi klinik sahaja" jawab aku, mata aku tunduk memandang lantai. "Kenapa Ridzwan ajak kau pergi klinik kau ikut. Tapi aku ajak kau pergi klinik kau tolak, cakap nak sapu minyak gamatlah. Aku ke Ridzwan suami kau?" Tanya Danial tegas.

Aku mendiamkan diri, "aku ke Ridzwan suami kau, jawablah" tanya Danial lagi. "Encik suami saya" jawab aku perlahan. "Haaaaa sedar pun, habistu yang kau gatal nak ikut Ridzwan tadi kenapa?, Ouh mentang mentang aku cacat tak boleh jalan kau malulah nak keluar dengan aku?" Aku hanya berdiam diri tidak tahu mahu menjawab apa

"Mulut kau tu ada mas ke, susah sangat nak cakap?" Marah Danial. "Tak, saya tak malu pun" jawab aku. "Okay, esok aku nak keluar jalan jalan. Aku nak dating dengan aku" tersekat air liur aku mendengar perkataan Dating itu.

"Muka kau ti tertelan bijik durian ke?" Cepat aku menggelingkan kepala. "Dahlah, aku nak baring atas katil, sakit pinggang aku duduk atas kerusi ni sampai berjam jam" rungut Danial. Dengan menggunakan kudrat yang ada aku mengangkatnya untuk duduj di atas katil.

Setelah punggungnya sudah duduk di atas katil dengan hati hati aku mengangkat kakinya untuk di angkat ke atas katil. 'peh, nak tercabut pinggang aku angkat dia' kata hati aku. "Esok ikut aku pergi hospital, lepas jer habis buat rawatan dekat hospital kita pergi dating" kata Danial. "Ikit Encik" jawab aku.

"Kau dengan Ridzwan tu, ber abang abang aku dengar, dengan aku kau encik encik kan. Pelik aku dengan kau ni lah" kata Danial tak puas hati. "Yelah, saya ni kan Hamba Encik Danial jer, manalah layak nak panggil panggilan macam tu. Saya ni miskin" balas aku pada Danial.

"Dah aku tak kira, aku nak kau panggil aku Abang mulai sekarang, aku tak nak demgar kau panggil Ridzwan tu abang lagi. Panggil tu hanya khas untuk aku!" Tegas Danial. "Tapi Encik Danial" aku sudah biasa panggil Ridzwan dengan panggilan Abang.

"Tak ada tapi tapi, dengar cakap suami" tegas Danial. "Baik" jawab aku, kalau aku bantah nanti oasti lagi panjang ceritanya jadi ikutkan sahajalah.

******************************

Aeon jusco menjadi tempat pilihat Danial untuk berjalan jalan. Kerus roda Danial aku tolak perlahan, kalau dengan Danial semua benda salah di matanya, tolak laju marah tolak lambat marah. Sampai aku sendiri tak tahu apa yang di mahukan.

Hampir 5 buah kedai kami berdua masuk, sampailah satu kedai ini. Pertemuaan yang langsung tak Di duga. "Tessa?" Terkejut Danial apabila melihat Tessa. "Sayang?" Riak wajah Tessa nampak juga terkejut.

Tessa mendekati Danial dan aku, "you buat apa dekat sini sayang?" Tanya Tessa manja sambil tangan mengusap muka bersih Danial. "Jalan jalan, I dah lama tak jalan jalan asyik duduk rumah jer, lepas accident aritu" balas Danial.

"Ouh, you keluar dengan orang gaji you ke n" selamba Tessa berkata. "Ouh haah, cuma tukar sikit jer orang gaji merangkap balaci I" balas Danial. "Hahahaha you ni sayang tak baiklah, kesian Hanan" Tessa mendekati aku.

Rambut aku di belainya. "Tak sangka aku kau dah tambah kerja, kena jaga orang cacat" perkataan orang cacat itu di bisikkan di telinga aku agar Danial tidak mendengarnya. "You dah lama you tak teman I shopping" Tessa berkata gedik.

"Boleh jer, lepastu I boleh luangkan masa dengan You Tessa, sejak I accident you langsung tak melawat I" nada sedih di oamirkan Danial. "Alah alah, is okay harini kita spend time masa puas puas, okay" kata Tessa.

"Okay sayang" balas Danial. 'ish Danial ni, semalam kata nak Dating dengan aku. Lepas jumpa buah hati dia dah lupa dekat aku ke???" Tanya hati aku 'perempuan ni pulak tergedik gedik, dengan baju tak cukup kain. Lepastu duk bergesel dekat suami aku' bebel hati aku lagi.

"Woi perempuannya cepatlah, lembablah kau ni. Nah bawal ni" Tessa menghulurkan beg beg kertas hasil dia shopping. "Ish pikir aku kuli dia ke" bebel aku. "Woi perempuan cepatlah, buat apa tercegat lagi dekat situ" jerit Tessa.

Kami bertiga masuk ke sebuah Cafe yang berada dalam Mall tersebut, "kau duduk meja lain, jatuh standard aku kalau duduk satu meja dengan kau" halau Tessa. Aku hanya turuti sahaja kalau tidak mahu jadi sawan si Tessa tu kalau aku tidak dengar cakapnya.

Sedang aku duduk termenung di meja lain, tiba tiba. "Haaa termenung apa tu" segah Ridzwan. "Ooooo pocot mak kau hijau" adoi terkeluar sikip tak senonoh aku. "HAHAHA, Hanan melatah ke?" Ridzwan ketawa.

"Ish Abang Ridz ni, terkejut Hanan. Suka sangat tau terjah terjah macam tu" aku berkada dengan nada yang sedikit merajuk. "Alah sorry lah, abang masuk cafe ni tadi nampak Hanan lepas tu nampak pulak Hanan termenung jauh, macam dah sampai bulan

Tu yang nak gurau sikit tu" terang Ridzwan.

"Ni Hanan dengan siapa?" Tanya Ridzwan. "Tu….." aku muncungkan bibir aku untuk menunjuk arah. "Tessa pun ada sekali?" Tanya Ridzwan. "Haah, terserempak tadi dekat kedai kasut" terang aku. "Abang Rid buat apa kat sini. Segak semacam jer?" Tanya aku.

"Segakkan, hahahaha. Tadi abang jumpa busines partner" aku hanya membuat mulut berbentuk o sahaja. "Ni dah order belum" aku hanya menggelingkan kepala sahaja. Jafi Ridzwan memanggil pelayan cafe itu. Aku memang selesa dengan Ridzwan.

Ridzwan memang gemar membuat lawak lawak hambar, jadi aku hany layankan sahaja sampai lupa Danial turut ada di cafe itu juga. Dari jauh Danial pandang, tangan di kepal oenumbuk. "Rapatkan diorang tu sayang, tah tah ada hubungan" Tessa sengaja mencurahkan minyak lagi pada api. Tessa nampak riak wajah Danial yang sedang menahan marah.

"Tunggu kau kejap lagi Hanan!" Geram Danial melihat kemesraan Hanan dan Ridzwan

*********************

"Aaaaaaaaaaaa" habis barang di atas meja solek di tolak hingga jatuh. "Kenapa kau buat aku macam ni Hanan, kenapa kau kahwin dengan lelaki cacat tu!!" Jerit Amin...

"Kau memang tak guna Hanan, kau milik aku selamanya milik aku tiada siapa boleh rampas kau daripada aku. Aku akan pastikan kau tetap jadi milik aku!!!!" Amin tekat.

##############

SIAPA INGAT WATAK AMIN CAKAP YES!!!!!!!!!!!!!!

Jangan lupa komen gusy muah

avataravatar