25 Kawan dalam Kumpulan yang Sama

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ling Lan teringin sangat hendak tahu. "Bagaimana kamu tahu?" Semua keputusan sepatutnya dikekalkan rahsia, hanya pemeriksa sahaja yang tahu. Selain itu, semua pemeriksa datang daripada pelbagai bahagian ketenteraan, jadi mereka tahu menyimpan rahsia.

Qi Long menjawab dengan malu, "Sebenarnya, ketika saya masuk untuk ujian saya, kedua-dua pemeriksa di situ sedang bercakap tentang kamu Mereka kata kamu seorang genius yang jarang ditemui dengan kekuatan yang tiada tandingannya. Saya fikir, kalau pemeriksa berkata begitu, kamu mesti sangat kuat!"

Baiklah, nampaknya pemeriksa itu terlalu teruja, dan tanpa sengaja telah mendedahkan markahnya sedikit. Tetapi budak ini juga tajam daya pemerhatiannya. Dia berjaya mendapatkan maklumat yang paling penting dengan cepat sekali.

"Oh ya! Apa nama kamu? Saya Qi Long, dia Han Jijyun. Kami membesar bersama-sama, dan dia kawan baik saya di antara kawan-kawan lain." Qi Long tidak malu seperti orang lain ketika bertemu dengan orang yang tidak dikenali, dia terus memperkenalkan budak lelaki yang berdiri di sebelah gadis kecil yang montel itu. Mukanya ketika dia bercakap seolah-olah dia sedang menunjuk-nunjuk, membuatkan Ling Lan memandang Han Jiyun dengan aneh. Seseorang yang Qi Long bangga dapat menjadi kawan.

Rupa budak lelaki itu sangat serius, tidak memberikan sebarang reaksi langsung pada Qi Long selain daripada mengangguk sedikit pada Ling Lan. Namun matanya menunjukkan yang dia sedang menilai Ling Lan. Sudah tentulah ini disebabkan usianya yang dia masih muda. Jika dia sudah sedikit dewasa, dia mungkin mampu melakukannya tanpa nampak terlalu ketara.

Walau bagaimanapun, pandangan menilainya itu tidak membuatkan Ling Lan tidak selesa, kerana Ling Lan tahu yang Han Jiyun tidak berniat apa-apa dan hanya cuba membuat keputusan sama ada Ling Lan layak dijadikan kawan mereka atau tidak. Oleh itu, Ling Lan tersentuh dengan tindakan Han Jiyun kerana ini membuktikan persahabatan Han Jiyun dan Qi Long sangat rapat.

Ling Lan memandang Qi Long yang sedang berdiri di sebelahnya, dan dia teringat semula novel-novel yang dia telah baca sebelum ini. Jadi, betullah yang setiap budak lelaki yang ceria akan mempunyai seorang kawan lelaki yang sikapnya berhati-hati dan bertimbang rasa. Dia nampak jelas keserasian yang kuat di antara mereka berdua. sememangnya, tuhan itu adil dan akan melindungi mereka yang berhati bersih.

Ling Lan semakin terharu dengan Qi Long dan Han Jijyun, membuatkan dia ingin melayan mereka dengan baik. Dia menyambut Han Jijyun dengan mesra, "Helo, saya Ling Lan, selamat berkenalan."

"Ling Lan, ini adik sepupu Jijyun, Han Xuya. Dia sentiasa suka bermain dengan kami, jangan terasa dengan kata-katanya." Qi Long tidak menunggu Jijyun untuk berkata apa-apa, dan terus memperkenalkan gadis kecil yang montel itu.

Qi Long tidak menyedari yang kata-katanya telah menjengkelkan gadis itu sehingga dia mengetap giginya. Han Jijyun pula memandang Ling Lan seperti meminta maaf padanya. Nampaknya dia sudah biasa menjadi orang tengah di antara sahabatnya dan sepupunya.

Ling Lan senyum sahaja tanpa berkata apa-apa, dan gadis itu pun semakin tenang kerana merasakan sekurang-kurangnya Ling Lan sedar diri. Oleh itu, Ling Lan tidak lagi menjengkelkannya seperti sebelum ini. Emosi seorang gadis itu memang senang berubah-ubah, tanpa mengira usianya.

Mereka mula berbual-bual seperti orang dewasa, tetapi mereka tidak dapat berbual lama kerana mereka terdengar seorang kanak-kanak menjerit, "Ujian akan bermula!"

Nampaknya pemeriksa untuk ujian ini telah tiba di padang, dan semua staf mula memisahkan kanak-kanak ke dalam kumpulan yang lebih kecil.

Mereka menggunakan cara yang mudah untuk mengumpulkan kanak-kanak di situ iaitu mengikut nombor pendaftaran mereka. Setiap sepuluh nombor menjadi satu kumpulan. Ling Lan memandang nombornya, 7253. Kemudian dia memandang nombor Qi Long dan kawan-kawannya. Ling Lan terkejut. Adakah ini semua kebetulan sahaja?! Mereka semua telah mendaftar selepasnya, nombor 7254, 7255, 7256...

Ling Lan mengabaikan keadaan Qi Long yang sedang gembira, Han Jijyun yang sedang terkejut, dan Han Xuya yang sedang rasa tidak selesa. Ling Lan memandang langit, sambil mulutnya menggerenyet. Adakah ini Undang-undang Perjalanan Dimensi yang pernah diceritakan oleh orang lain? Adakah sesiapa yang ditakdirkan mempunyai berhubung dengannya sememangnya akan berkumpul di sekelilingnya? Sama seperti cara Qi Long menariknya memasuki kumpulannya?

Selain daripada mereka berempat, enam kanak-kanak lain yang sepatutnya berada dalam kumpulan mereka turut berkumpul di sekeliling mereka. Oleh kerana kumpulan mereka sudah mempunyai empat orang, jadi yang lain secara automatiknya akan pergi ke arah kumpulan mereka.

Ahli kumpulan baru mereka terdiri daripada lima budak lelaki dan seorang budak perempuan. Salah seorang daripada lima budak lelaki itu kelihatan serupa dengan budak perempuan itu, jadi mereka mungkin kembar.

Walaupun tidak ramai orang yang berwajah hodoh di sini, pasangan kembar ini dikira antara orang yang sangat cantik dan kacak mengikut standard masyarakat di sini. Mereka kelihatan seperti anak patung porselin, dengan kulit sihat yang licin dan bersinar. Budak lelaki itu kelihatan serius dan yakin, sementara budak perempuan itu kelihatan malu dan comel. Dua wajah yang hampir serupa dengan dua personaliti yang berbeza, Ling Lan berhenti mencuri pandang ke arah mereka.

Pandangan Ling Lan mungkin terlalu ketara, kerana kembar itu dapat merasakan yang seseorang sedang memerhatikan mereka. Budak perempuan yang kelihatan seperti seorang puteri itu memberikan senyuman malu pada Ling Lan, dan Ling Lan membalasnya tanpa sengaja. Apabila budak lelaki itu ternampak tindakannya itu, dia menjegil pada Ling Lan, seolah-olah memberi amaran padanya supaya tidak berfikir untuk menggoda kembarnya.

Ling Lan menggosok hidungnya, dan terdiam. Baiklah, jadi dia telah dilabelkan sebagai penggoda dengan hanya satu senyuman. Tetapi, tidakkah budak lelaki ini melebih-lebih? Bukankah terlalu awal untuk dia bimbang tentang mempertahankan kehormatan kembarnya daripada budak lelaki lain?

Qi Long perasan jegilan budak lelaki itu, dan menjegil kembali padanya untuk menenangkan Ling Lan, "Ling Lan, jangan risau. Luo Lang memang sebegitu, kembarnya sangat penting baginya."

Nampaknya Qi Long juga kenal kembar itu, jika tidak, dia tidak akan tahu nama budak itu.

Ling Lan berkata, "Oh, jadi dia mempunyai kompleks adik! Siscon!"

"Siscon?!" Qi Long terhenti sekejap, terpegun, kemudian dia ketawa terbahak-bahak. "Ling Lan, kamu sangat berbakat. Bagaimana kamu boleh cipta istilah itu? Siscon... mengapa saya tidak terfikirkannya?"

Ling Lan terkejut dengan reaksi berlebihan Qi Long. Istilah 'Siscon' sangat popular pada masa silam Ling Lan sehingga hampir menjadi klise. Hampir semua orang tahu tentangnya. Siapa sangka yang perkataan ini tidak wujud dalam generasi ini...?

Ling Lan terfikirkan sesuatu. Adakah beberapa tahun lalu, disebabkan oleh beberapa malapetaka dan bencana besar, sesetengah budaya telah lenyap? Jika betul, buku-buku dan bahan bacaan yang Empat Kecil telah simpan mungkin benar-benar akan menjadi harta yang tidak ternilai...

Reaksi Qi Long yang luar biasa itu telah menarik minat kanak-kanak lain, dan mereka cepat bertanya padanya. Tidak lama kemudian, istilah 'Siscon' merebak dengan cepat di kalangan mereka, sehinggalah semua orang dalam kumpulan itu, kecuali pasangan kembar itu,tahu tentangnya dan cuba untuk menahan ketawa.

Walaupun mereka cuba menyembunyikannya, gelak ketawa mereka masih ketara sehinggakan Luo Lang tidak boleh berpura-pura tidak tahu. Mukanya semakin masam, sehingga dia tidak boleh tahan lagi dan pergi terus mendapatkan Ling Lan untuk bertanya, "Hei, kamu mengejek kamikah?"

Ling Lan, dengan muka yang tidak bersalah, menunjuk pada dirinya sendiri dan berkata, "Saya? Mengejek kamu? Buat apa?" Dia bukannya sedang ketawa dengan yang lain, jika Luo Lang sedang mencari seseorang untuk dipersalahkan, bukankah dia patut cari Qi Long? Jika bukan kerana Qi Long banyak mulut, bagaimana yang lain dapat tahu tentangnya dan mula mengetawakan Luo Lang?

"Jadi, kenapa mereka ketawakan saya?" Luo Lang menuduhnya. Dia nampak dengan jelas yang semuanya bermula dengan Ling Lan. Kata-kata Ling Lanlah yang menyebabkan Qi Long dan yang lain mula mengetawakan mereka.

Ling Lan benar-benar tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan tuduhan ini. "Kamu ada sindrom paranoia ke?"

"Sindrom paranoia..." Sekali lagi, yang lain-lain tertawa di belakang Ling Lan. Dari saat Luo Lang mula bercakap dengan Ling Lan, mereka telah diperhatikan, dan seperti yang dijangka sekali lagi satu istilah menarik dapat didengari. Mereka yang lain mendapati budak kecil yang kelihatan lemah ini mempunyai perkataan-perkataan yang hebat. Dia menggunakan istilah aneh yang mereka tidak pernah dengar sebelum ini tetapi sesuai dengan keadaan. Ini membuatkan mereka tidak dapat mengawal gelak ketawa mereka. Berbakatnya dia.

Qi Long ketawa paling kuat sekali. Han Jijyun pula tersenyum, tidak lagi kelihatan serius seperti sebelum ini.

Gelak ketawa mereka membuatkan Luo Lang lebih marah. Dia menunjuk pada mereka semua, terlalu marah sehingga dia tidak boleh bercakap. Ling Lan tertanya-tanya jika dia akan pengsan kalau kemarahannya semakin meningkat.

avataravatar
Next chapter