1 AIZAT ( SUAMI DAMBAAN ISTERI)

Aizat menggelupur melihat Hawa yang terbelalak biji mata . Anak anak kecil mereka berlari kearah Aizat. Mereka ketakutan.Habis segala barang didalam rumah mereka rosak kerana perbuatan tidak sedar Hawa. Aizat segera menelepon bapa mertuanya.

" Assalammualaikum ,ayah. Hawa ni jadi lagi " ucap Aizat yang lebih kelihatan penat dari kelihatan takut dan runsing. Dua anak gadisnya yang masih kecil ,dipeluk erat . Beg kecil yang sememangnya tersedia sejak Hawa berubah sikap pantas ditarik.Pintu rumah ditutup dan dikunci dari luar untuk menghalang Hawa dari keluar dari rumah .

Setengah Jam kemudian Abel dan Encik Azam sampai.Dia melihat menantunya yang tertidur dalam kereta bersama cucunya . Abel menggeleng kepala sambil mengomel kecil. Dia buat lagi. getus Abel perlahan .Abel pantas mengetuk pintu kereta Aizat dan ayahnya sudah masuk ke dalam rumah anak menantunya .Anak buahnya segera ditarik dan dibawa masuk ke dalam keretanya .Abel turut mengejutkan Aizat dari tidurnya. Mukanya ternampak lemah .Aizat terpisat seketika.

"Abel" ucap Aizat sambil menenyeh matanya .

"sorry .Tak perasan Abel datang . Ayah mana? datang sekali ke?"soal Aizat melihat daun pintu rumahnya terkuak.

"Ayah dekat dalam. Tengah tengok keadaan Hawa"

"Ijat pun tak faham.Ijat baru balik kerja sebenarnya .Sampai je dengar Baizura dan Nasuha menangis.Tengok-tengok Hawa dah macam tu. Dengan rumah tunggang terbaliknya" ucap Aizat sambil urut kepalanya .Abel mengangguk faham sebelum dia memberitahu dia meletakkan anak buahnya didalam kereta sebelum dia ikut masuk kedalam rumah Hawa.

" Tak boleh macam ini,Hawa kena kuat. Sampai bila nak macam ni ?"soal Encik Azam sambil peluk anak perempuannya. Abel segera mengemas serba sedikit rumah kakaknya sebelum dia bergerak mengambil beg baju Hawa yang sudah tersedia di sebelah pintu masuk.

"Jom ayah.Kita bawak mereka balik.Tenang-tenang dekat rumah kita dulu" ucap Abel sambil menarik beg baju dan seterusnya memasukkan kedalam kereta Aizat.Aizat mengangguk.Dia sudah penat dan perlukan tidur .

Puan Sabariah merenung anak perempuannya itu. Entah apa yang dia lakukan sehingga jadi begini.Sudah berbulan anaknya berkeaadaan begini.Makin kurus dan tidak terurus kelihatan anaknya.Kelihatannya cucu dan menantunya juga terabai.

"Ijat sihat?" sapa Puan Sabariah seraya melihat kelibat menantunya.Aizat tersenyum kelat.Nampak dia kepenatan dan tiada seri di wajahnya.Begitu juga cucunya.

" Dah ,masuk,mandi,solat dan makan. Leas makan terus tidur." ucapPuan Sabariah sambil mengiringi anak menantunya masuk ke dalam rumah.

BEBERAPA BULAN SEBELUM ITU….

Hawa tekun menonton berita sambil melayan anaknya Nasuha makan. Berita tentang Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal dilaksanakan dalam masa tidak kurang tiga hari lagi.Teruk juga wabak yang melanda dunia kali ini.Betul la apa yang dirinya baca dari carian google,setiap seratus tahun pasti akan ada wabak teruk yang melanda.Pintu grill dibuka dari luar.Kelihatan Aizat baru sahaja sampai. Dibahunya tersangkut tangga kecil.

"Papa dah balik. Baizura, Nasuha pergi salam papa"ucap Hawa sambil mengambil barang dari tangan suaminya. Mulutnya tidak berhenti dari berceloteh tentang masakan baru yang dia pelajari dari google.Aizat tersenyum melihat usaha isterinya . Ada sahaja aktivitinya di rumah. Baguslah,sekurang-kurangnya Hawa tidak bosan.

" Hari ini macamana kerja? Sayang nak mandi dulu atau sayang nak makan dulu ?"soal Hawa sambil memberi segelas air putih sejuk kepada Aizat. Aizat pantas menunjukkan bilik air.Bermaksud dia perlu mandi dulu.Hawa mengangguk sebelum segera mengambil tuala dan pakaian bersih dan diletakkan di luar pintu bilik air. Aizat segera masuk ke dalam bilik air.

" Sayang lepas mandi terus makan. Saya sudah hidang dekat meja tau" ucap Hawa sambil berlalu ke ruang tamu.Kehidupan mereka begitu harmoni sekali. Sikap toleransi yang mereka amalkan mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka.

"Sayang , kita akan ada PKP mulai isnin depan selama dua minggu. Tak boleh keluar tanpa urusan penting." ucap Hawa yang menjadi pengulas . Aizat mengangguk sambil menuju ke meja makan. Hawa segera menyidai tuala basah yang baru digunakan suaminya.

"maknanya semua kena duduk rumah ke?" soal Aizat .

"nampaknya macam itu la. Tak boleh keluar tanpa urusan penting selama dua minggu. "

" Kalau yang bekerja?"soal Aizat ingin tahu. Sudah ada ura- ura hal ini namun dia sendiri tidak pasti. Sekarang zaman pandemik. Wabak maut.Jadi semua kena berhati-hati dan bersiap siaga.

" kena kerja dari rumah" jawap Hawa pendek .Mukanya berseri lain macam.

" Sayang cuti dua minggu boleh la bagi saya rehat . Saya nak golek puas-puas dalam bilik.Boleh?" soal Hawa sambil buat muka comel .

" Boleh … tapi tunggu approval cuti dari bos dulu."jawap Aizat lembut. Hawa tersenyum seronok. Sudah terbayang di fikirannya macam mana dia ingin rehat sebetulnya.

Aizat seronok bermain dengan anak-anak gadisnya. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama anaknya .Asyik kerja sahaja. Ada juga sisi positif dari Perintah Kawalan Pergerakan ini. Isterinya juga dapat rehat . Hari ini dia langsung tidak membenarkan hawa melakukan sebarang kerja .Aizat benarkan Hawa rehat seperti yang dijanjikan.Hawa hanya tidur ,makan dan rehat. Semua pekerjaan rumah dia uruskan .

Sambil berbaring diatas tilam empuk, Hawa fokus membaca setiap intipati facebook. Ramai betul orang berniaga diatas talian.Tidak terkecuali dirinya .Dia juga sibuk berniaga secara alam maya.Dapat juga duit kopi untuk dirinya selain nafkah dari suaminya.Tiba-tiba Hawa terlihat satu post yang sangat menarik. Kunci buka jin dalam diri dan cara-cara . Rasa ingin tahu Hawa mula membuak-buak.Dia terus menekan pautan yang terdapat pada post itu. Sebuah video dengan bunyi seperti mentera mula bermain dan memenuhi ruangan itu.Hawa masih lagi fokus dan cuba melakukan satu persatu arahan yang tertera di skrin teleponnya.

"Sayang " panggil Aizat dari luar. Hawa tersentak sebelum dia segera membuka pintu bilik. Aizat tersenyum melihat wajah senang Hawa itu.

"Jom makan " ajak Aizat sambil menunjukkan skrin telephone miliknya pada Hawa. Nasi Kerabu ulam jantung pisang . Hawa tersenyum dan dia terus turun ke bawah. Seronok betul hari ini .

"buat apa dalam bilik tadi ? tidur ke ?" soal Aizat . Hawa mengangguk laju.

" seronok betul isteri abang ni "

"Mesti la. Nak rehat lama-lama sikit .Duduk rumah bosan. Kejap lagi Hawa nak try tanam bunga dalam pasu dah letak dekat tepi koridor rumah kita"

"Bunga apa nak tanam?"

"Bunga ros atau bunga yang kecil-kecil dan berjuntai-juntai tu. Cantik bila gantung bunga tu"

"bunga tu ada tak? Kalau tak ada sayang boleh order online"

"boleh ke abang?"soal Hawa ragu-ragu. Dia tidak berani untuk sikap boros pada masa sekarang ini sebab ada ura-ura mengatakan Perintah Kawalan Pergerakan akan berlarutan lebih dari dua minggu .Hawa menggeleng sambil dia menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Bahagia hidupnya dikala itu,

"Dua minggu abang ada kat rumah,kita buat apa yang sayang tak dapat buat "

Hawa seronok dikala itu.Didalam kepalanya tersusun begitu banyak aktiviti yang dia ingin lakukan bersama keluarga kecilnya .Kes masyarakat terkena jangkitan Covid-19 dan meninggal kerananya semakin meningkat . Hawa turut risau dengan nasib yang bakal menimpa keluarganya. Semoga mereka sekeluarga djauhkan dari wabak ini.

avataravatar