webnovel

Bab 1 Rindu Teramat

Suasana pagi yang indah telah membuatkan sekawan burung kenari berkicauan dengan riang. Begitu juga dengan Cindra, dia bangkit dari katilnya dengan hati yang gembira.

Dia mencapai tuala dan terus memasuki bilik mandi. Seusai mandi, dia membuka almari untuk mencari pakaiannya. Dia mengenakan baju yang labuh dan longgar sedikit serta dipadankan dengan tudung labuh dan berpurdah. Dia selesa berpakaian seperti itu. Dia mengambil beg tangan yang terletak di atas meja riasnya.

Kemudian, dia menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. "Assalamualaikum, bu!" Cindra memberi salam kepada ibunya yang sedang menyediakan sarapan pagi buat keluarganya. "Iya, Waalaikumussalam." Puan Sandra tersenyum memandang anak sulungnya yang kelihatan berseri-seri.

"Wah, kamu kelihatan manis pagi-pagi begini!" puji Puan Sandra. Cindra membalas senyuman kepada ibunya. "Dimana ayah, bu?" Cindra melilau di sekeliling sudut rumahnya mencari kelibat bapanya. "Ayah kamu ada urusan di luar negeri. Baru aja dia pergi." ujar Puan Sandra. "Ouh.." Cindra menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya dan terus duduk dengan sopan.

"Candra..Sindra! Ayuh turun!" Puan Sandra memanggil anak-anaknya. "Iya, iya..kami datang!" Akhirnya, mereka pun turun dan terus memeluk ibu serta kakaknya. "Udah, udah..Yuk, makan bersama!" Puan Sandra meleraikan pelukan mereka. "Iya, yuk! Sindra udah kelaparan." Sindra, anak bongsu Puan Sandra mengusap-usap perutnya. Kedengaran perutnya berkeroncong supaya diisi.

"Ehemm.." Puan Sandra berdehem merenung tajam ke arah kedua-dua anaknya itu yang hampir mahu menyuap makanan mereka ke dalam mulut. "Sebelum makan, harus membaca apa?". Mereka tersenyum seperti kerang busuk. "Bismillah.." mereka menadahkan tangan lalu membaca doa makan. Kemudian, mereka terus memakannya dengan lahap seperti tidak makan seharian. Puan Sandra sekadar menggeleng kepala melihat perilaku Candra dan Sindra. Cindra di sebelah ibunya ketawa tetapi terpaksa menahannya. Jika ibunya tahu, pasti panjang lebar ceramahnya.

*********

Fariz menyiapkan assignment yang bertimbun. Sudah beberapa hari dia tidak hadir ke kolejnya disebabkan dia mendapat demam denggi tempoh hari. Kepalanya serabut sangat memikirkan kerja-kerjanya yang semakin banyak, stress. Tiba-tiba, dia terfikir teman wanitanya. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan gadis ayu itu. Senyuman manisnya tidak akan dilupakan. 'Dia melupakan aku ke?' Fariz bermonolog dalam hati. Dia sudah menelefon dan menghantar mesej tetapi tiada utusan yang tiba. Dia rindu sangat dengan gadis itu. Adakala dia risau tentang gadis tersebut.

"Aku rasa aku patut pergi ke rumahnya petang ini." Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah gadis itu pada petang nanti. Tiba-tiba, ketukan pintu mengejutkannya. "Masuk!" Fariz memanggilnya masuk ke dalam. Dia dapat mengagak, seseorang yang mengetuk pintunya ialah adiknya kerana ketukannya bukan main bermelodi lagi. Daun pintu terkuak. Ternyata memang benar sangkaannya. "Abang.." Faria menghampiri abangnya itu lalu memeluk dengan erat. "Eh, adik tak pergi sekolah ke?" Fariz melihat dari atas hingga ke bawah dan dari bawah sehingga ke atas. Adiknya berpakaian T-Shirt dan berseluar track hitam berjalur putih. Fariz hairan. "Abang lupa ke? Faria kan cuti hari ini." jawabnya. Fariz menepuk dahinya. Dia lupa yang adiknya cuti sekolah selama seminggu.

"Abang buat apa sekarang ini?" Faria mengajuk soalan kepada abang kesayangannya. "Abang terfikirkan kak..Eh, buat assignment." Fariz hampir terlepas cakap lalu berpaling ke arah tempat lain, riak wajahnya mula berubah menjadi kemerahan. Faria merenung tajam abangnya itu dan tersenyum nakal. "Ahh, abang terfikir siapa itu?" Fariz menjeling ke arah adiknya. "Mana ada abang fikir sesiapa!" Fariz tidak mengaku. "Betul ke? Ke..Terfikir Kak Ayu?" dia masih merenung abangnya. Renungan itu membuatkannya hati berdegup kencang dan semakin merona merah wajahnya.

"Ahh, itu muka merah tu!" Faria mengusik Fariz. "Dah, dah..Abang nak buat kerja ini!" Fariz berpura-pura khusyuk membuat assignmentnya itu. Faria bangun dari birai katil lalu keluar menutup pintu. Fariz menghela nafas lega. 'Sibuk betullah budak ini! Baru je nak berangan.' Fariz bermonolog. Dia bersambung mengelamun kembali. Kerja-kerjanya diabaikan, tolak ke tepi. Fikirannya menjadi lebih tenang daripada sebelumnya. Seperti ada kepulan awan di atas kepalanya yang menghiasi wajah gadis cantik itu berserta hati merah menyerlah dan bunga-bunga menjadi latar belakang lamunannya itu. Dia tersenyum seorang diri di dalam biliknya.

Seperti yang dia rancangkan pagi tadi, dia akan berjumpa dengan gadis tersebut dan keluarganya yang sekian lama tidak bertemu. Dia telah tiba di hadapan rumah gadis itu tetapi malangnya, rumah itu sudah disita. Dia berasa kecewa. Dia kembali memasuki keretanya dan terus pulang ke rumahnya. 'Mana dia pergi?' Fariz bertanya di dalam hati sahaja. Dia begitu risau akan gadis itu yang bernama Ayu.