webnovel

Pertemuan

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️

Steven menaiki kereta Mercedes Maybach Exelero mewah miliknya menuju ke rumah setelah lawatan ke kawasan utara Bandar A.Semasa di dalam kereta,Steven memikirkan gadis di mimpinya itu.Dia tersenyum sendirian.

"Tuan Muda?Ada kesesakkan jalan raya di hadapan..."ujar Encik Parkinson selaku orang kanannya.Lamunan Steven terhenti dan aura dingin memenuhi kereta itu.Wajah Encik Parkinson pucat.

"Encik Parkinson?"Steven berbicara dengan dingin.

"i,ya,Tu,Tuan Muda?"balas Encik Parkinson dengan bingung.

"Kenapa kau selalu je ganggu lamunan aku dengan  gadis idaman aku?"tanya Steven dingin.Encik Parkinson pucat.

"Maafkan saya,Tuan Muda..."balas Encik Parkinson sambil tersenyum serba salah.Steven memandang ke luar tingkap. Ternyata memang benar ada kesesakan lalu lintas.

"Hurm,kalau begitu aku akan jalan kaki sahaja sambil-sambil melawati kawasan ini..."ujar Steven kepada Encik Parkinson sambil matanya ke arah tempat lain.

"Baiklah,Tuan Muda!Saya akan mengikuti anda dan mengerahkan bahagian keamanan turut sama."balas Encik Parkinson dengan cepat.

"Tidak perlu bahagian keamanan.Saya seorang sahaja sudah cukup..."ujar Steven dengan tegasnya.

"Tapi...-"Encik Parkinson cuba berbicara.

"Tiada tapi-tapi!Hanya ikuti arahan aku sahaja!"kata Steven setelah memotong perbicaraan Encik Parkinson tadi.Encik Parkinson hanya diam membisu.

"Ba,baiklah..."balas Encik Parkinson dengan sopan.

Selepas itu,kereta mewah milik Steven berhenti di bahu jalan.Steven keluar dari kereta dengan elegan dan wajah tampan itu ditutupi mask hitam.Dia melalui tandas awam yang ada di kawasan itu.

"Uhuks,huhuhuhu,uhuks...,"Steven mendengar suara tangisan seseorang dari dalam tandas awam itu.Setelah itu,suara tangisan itu berhenti dan keluar seorang gadis, Selena dari tandas itu.Selena terlanggar Steven yang masih memperhatikannya sehingga kaca matanya yang besar jatuh dan buku-buku yang dipegangnya berterabur di lantai.Steven terpaku dengan wajah polos nan jelita itu.Wajah ini lah yang sering diingatinya beberapa hari ini.Gadis yang dirinduinya ialah Selena Parker.Steven akhirnya dapat melihat gadis idamannya itu dengan dekat.Jantungnya berdegup kencang sehingga dapat dirasai dirinya.Mata Selena dan Steven berpaut antara satu sama lain.Steven dapat melihat mata indah Selena bagaikan lautan biru itu sedikit merah kerana menangis.Pandangan mereka pun berhenti.

"Mengapa awak menangis?"tanya Steven sedikit merasa aneh dan risau melihat gadis idaman mengalirkan air mata.Hatinya gelisah.

"Erh,tiada apa-apa sebenarnya,saya hanya sakit perut sahaja.."jawab Selena sambil tersenyum pahit.

Steven dapat mengesan penipuan di wajah cantik Selena.Dia diam lalu Selena berlalu pergi dari situ dan bayangan sang gadis hilang dari pandangan mata.

Steven ternampak buku diari biru yang terjatuh semasa perlanggaran tadi dan mengutipnya.Dia berniat untuk membaca buku itu setelah sampai di rumahnya nanti.

"Nape dia menangis?Ada sesuatu yang tak kena..."ujar Steven sendirian.Dia membelek-belek buku diari biru ditangannya lalu menelefon Encik Parkinson.

"Encik Parkinson,jemput aku sekarang juga...!"arah Steven dengan tegas.

Beberapa minit kemudian, beberapa buah kereta hitam tiba di kawasan Steven. Lelaki bersut hitam turun dari kenderaan masing-masing dan mereka memberi laluan kepada Steven untuk masuk ke dalam kereta. Setelah itu kereta- kereta tersebut beredar dari kawasan itu. Orang awam yang berada di sana terpegun melihat kekayaan Steven Hilderson.

.

.

.

Psst, votes and comments are free ✿ ♡

Jangan lupa untuk add library,ya guys!!!Sila komen kalau korang ada idea untuk chapter yang seterusnya,ya?!

Selamat menikmati!!!

Sam_Azwacreators' thoughts
Next chapter