webnovel

Hilderson's Son,Steven!

⚠️ Before you read this story, please follow my account  ⚠️

Menampakkan seorang lelaki yang duduk di atas kerusi di suatu ruangan khusus sedang memegang sepucuk pistol Emas di tangan kanannya.Sesekali lelaki itu mengelap pistol itu menggunakan sapu tangan hitam. Beberapa lelaki bersut hitam turut ada di sekelilingnya seolah-olah sedang melindungi lelaki tadi.

"Ampunkan saya,Tuan Muda Steven!!! Saya tidak akan melakukannya lagi!!! Ampunkan saya,Tuan Muda Steven!!!" rayu seorang lelaki yang wajahnya hampir lunyai itu sambil tangannya dihulur meminta ampun dari lelaki tadi. Lelaki tadi hanya memerhatikan pistol Emas yang ada di tangannya.

"Kau tahu apa yang telah kau lakukan?" tanya lelaki yang memegang pistol Emas itu sambil membelek- belek pistol tersebut.

"Saya telah memberikan maklumat pada mu,musuh ki,kita..." jawab lelaki berwajah lunyai itu dengan gugup dan takut.

"Hurm,kau tahu itu musuh kita,tapi kau berikan maklumat tu juga.."ujar lelaki tadi yang masih memandang pistol emasnya.

"Bagaimana aku patut bunuh kau,ya?"ujar lelaki itu lalu bangun dari kerusi yang ia duduki tadi.Lelaki yang berwajah lunyai itu mula takut apabila lelaki itu mula berdiri dan menuju ke arahnya.

"Tembak di jantung?atau..."ujar lelaki tadi lalu pistol emasnya di letakkan di kepala lelaki berwajah lunyai itu.

Kemudian,dia mengangkat pistolnya lalu berdiri di suatu sudut lain di ruangan itu.

"Keluar!!!" kata lelaki yang memegang pistol emas.Lelaki yang merasa dirinya sudah terlepas maut itu bangun untuk melarikan diri dan...

"Bbangg!!!"bunyi tembakan dilepaskan dan otak lelaki tadi berkecai memenuhi dinding ruangan itu sehingga terpercik ke wajah si penembak.Lelaki yang cuba melarikan diri itu mati.

"Bersihkan ruangan ini.."arah lelaki berpistol tadi.

"Baik,Tuan Muda Steven!"balas salah satu lelaki bersut hitam.

Mereka memanggil clener untuk membersihkan ruangan itu yang dipenuhi daging dan otak yang sudah lunyai akibat tembakan tadi.

.

.

.

Keluarga Hilderson merupakan keluarga yang digeruni ramai di Negara A yang kekuasaannya meluas di beberapa negara luar kerana mereka seorang yang kejam dan posesif dalam pelbagai hal.Keluarga Hilderson mempunyai seorang anak tunggal yang telah menerajui empayar perniagaan keluarga yang gah pada umur 18 tahun,iaitu Steven Hilderson.Dia telah membunuh ramai orang yang cuba berkhianat dan membelot keluarganya di usia yang begitu muda. Dia juga telah menubuhkan kumpulan mafia yang dikenali sebagai mafia GOLDEN DRAGON.

Mafia GOLDEN DRAGON merupakan antara tiga kumpulan mafia yang paling digeruni dalam negara itu setelah BLACK COBRA dan BLUE MOON. Kekuasan tiga empayar mafia ini tidak tertandingi dalam sisi gelap negara itu bahkan mereka sungguh popular di negara lain juga sebagai pengimport senjata.

.

.

.

Steven mengelap wajah tampannya yang dipenuhi darah menggunakan sapu tangan hitam yang ada di tangannya. Wajah tampan itu mula terlihat. Mata hazel lelaki itu menunjukkan pandangan kosong dan penuh dengan pembunuhan di dalam nya.

"Ingat,ya?Sesiapa yang cuba membelot Keluarga Hilderson dan Golden Dragon akan berakhir seperti ini...Tidak kiralah siapa pun orangnya,ya..."ujar Steven dengan dinginnya.

"Drrt,drrt,drrt," iPhone 11 berdering dalam saku sutnya dan di sana tertera 'MAMA' lalu menjawab panggilan itu.

" Hello, Steven? Are you there?" Tanya wanita di hujung talian.

" Yes, ma. Why are you calling me?" Balas Steven dengan nada yang mendatar. Dia tahu apa yang ingin ditanya oleh mama nya itu.

" Hari ni balik awal eh? Mama nak bincang dengan you pasal kahwin you? Kawan mama ada bagi banyak suggestions yang you boleh pi-" Tidak sempat Puan Helen Hilderson ingin menghabiskan kata-kata, panggilan tersebut dimatikan.

Steven mengeluh kesal. Mamanya sememangnya inginka menantu secepatnya namun taste mamanya sangat buruk. Tiada satu pun wanita yang dapat menangkap hatinya saat ini.

.

.

.

Mercedes Maybach Exelero sampai di rumah agam Hilderson yang gah itu dan terparkir elok di garaj yang ada di sana. Kemudian keluarlah sesusuk tubuh tinggi dan tegap yang bersut dari kereta mewah itu.

Beberapa wanita keluar dari rumah mewah itu kerana menyambut kedatangan Steven yang baru sampai di sana.

" Ha, tu dah sampai budak bertuah tu," ujar Puan Helen Hilderson dengan lembut kepada tetamu.

Steven masuk ke dalam rumah dan disambut oleh tiga wanita, iaitu Puan Helen hilderson, Puan Anne Lee dan Puan Nelly Parkinson.

Ketiga-tiga wanita itu memeluk Steven dengan ramah. Mereka bertiga datang ke rumah Hilderson untuk membincangkan tentang wanita yang akan dikahwinkan kepada Steven. Namun mereka tidak memaksa Steven sebaliknya, Steven lah yang akan memilih wanita mengikut cita rasa sendiri. Mereka tahunyang seorang Steven ini sangat lah keras kepala. Hal ini kerana berbagai wanita telah ditunjukkan kepadanya namun sering ditolak Steven

"Come here, Steven. We want to show you a few girls that you might like, i guess," ujar Puan Helen sambil menepuk bahu sang anak.

Steven dengan patuh duduk di sofa abu-abu di ruang tamu itu. Manakala Puan Anne dan Puan Nelly mengeluarkan beberapa keping gambar gadis-gadis muda dari keluarga yang berada dan kaya-raya.

Steven mengambil gambar gambar tersebut untuk melihat sekilas namun tiada satu pun wanita yang menarik baginya. Dia pun meletakkan kembali gambar tersebut lalu bangun meninggal Ketiga-tiga wanita tadi dan berjalan ke biliknya. Puan Helen dan dua wanita lagi saling berpandangan, nampaknya sekali lagi Steven Hilderson telah merejected gadis- gadis itu. Namun ini tidak mengejutkan mereka sama sekali kerana mereka tahu Steven ini sangat payah orangnya.

" kenapalah susah sangat anak teruna satu ni nak kahwin, aih!" Ujar Puan Helen kesal.

" Tak pa lah, Helen. Dia nak membujang lagi tu. Biasalah orang muda kan," kata Puan Nelly kepada Puan Helen.

" you're right, Nelly. Lagipun Steven tu baru umur 26, sempat lagi tu cuma belum masa nak kahwin lagi," balas Puan Anne Lee.

"Entahlah. Nak suruh dia carikan, tengoklah sampai sekarang tak ada progress lagi, haih! Steven, Steven...," balas Puan Helen dengan kesal lagi.

.

.

.

Lee's resident

Jeremy Lee masuk ke dalam rumah.

"Hai anak teruna Mami? Dah balik? Macam mana school? Good?" Tanya Puan Anne Lee kepada anaknya, Jeremy Lee yang baharu sahaja masuk ke dalam rumah indah mereka itu. Puan Anne duduk menyilang kaki sambil menyesap teh yang baharu sahaja dia beli dari Paris tempoh hari.

"Kinda," sepatah itu yang dibalas oleh Jeremy Lee lalu berjalan ke biliknya. Ayahnya, Matthew Lee yang datang ke ruang tamu setelah usai mandi sambil membawa akhbar di tangan kiri melirik anak bongsu mereka itu.

"Dah kenapa pulak anak bongsu awak tu?" Tanya Tuan Matthew Lee kepada Puan Anne Lee.

"Remy tu entahlah saya nak buat apa introvert lain macam," balas Puan Anne Lee setelah itu meminum tehnya lagi disamping sang suaminya itu.

"Awak bukannya baru balik dari jumpa Helen kan tadi? Macam mana? Steven ada pilih mana-mana perempuan tak?" Tanya Tuan Matthew.

"Macam biasalah you, kena reject pula lah, entah lah saya pun tak tahu dah nak cari gadis mana lagi. Yang macam mana dia nak pun saya tak tahu lah,"balas Puan Anne Lee sambil memberi keluhan. Anak saudaranya satu itu juga memang juga rumit orangnya.

" Awak bukannya tak tahu, Steven tu dah lah busy memanjang, bila nak dapat awek pun bila entahnya. Helen tu minta tolong dengan saya untuk carikan budak perempuan yang baik-baik untuk anak tunggal dia tu," sambung Puan Anne Lee lagi seterusnya menyesap lagi teh dari Paris nya itu.

Next chapter