1 Pengenalan.

Aku menulis kerana ini lebih mudah untuk gambarkannya daripada berkata-kata.

Tajuk pertama: Kawan.

Dalam dunia ini dia takkan pernah hilang

Walau kau mempunyai ramai ataupun kau tiada langsung

Dia itu pernah ada dalam hidup kau

Jangan pernah kau abaikan dia, walau sekejam mana pun dia dahulu ,walau seteruk binatang pun dia

walau sejahat syaitan pun manusia itu

kerana dia pernah menjadi kawan .

Hargai dia yang pernah hadir dalam hidup kau

Sambut dia ,jaga dia ,kisah tentang dia

kerana dia seorang kawan

Manusia yang kau tidak pernah kenal, telah menjadi kawan kau, bererti dia sesuatu bagj kau,

bukan istimewa bukan kepentingan tetapi hikmah yang pernah lalu dalam hidup kau.

Satu hari dia datang kembali, dalam bertahun dia hilang , orang sangka dia sudah tidak wujud lagi, tetapi dia wujud depan kau

Kau jangan terkejut ,kau jangan berdalih, boleh ambil masa, untuk kau fikir sama ada perlu atau tak kau kisahkan dia kembali

Maka dengan itu, pilih lah untuk kisahkan dia ,ambil peduli

Manusia itu takkan pernah hadir melekat dalam hidup kau tanpa sebab musabab yang pasti

Kadang tu kau tak tahu pun atau kau masih belum tahu yang diaitu,kawan kau itu, ialah suatu hikmah yang baik yang akan berlaku dalam hidup kau

Dia akan beri manfaat atau pengajaran untuk kau lebih kenal dan menjadi lebih arif dalam hadapi sandiwara hidup yang fana ini.

avataravatar