9 bab9

             Masuk sahaja di dalam rumah,aku melangkah bagaikan hilang seluruh tenagaku, fikiranku celaru memikirkan apa yang dikatakan Zafrel sebentar tadi.

Naik sahaja ditingkat atas,mataku meliar mencari kelibat Salina,aku membuka pintu biliknya tanpa mengetuk terlebih dahulu,terlihat,dia sedang membersihkan solekan di wajahnya,

"eyh Saira,asal tak ketuk dulu sebelum masuk,terkejut aku."kata Salina sambil mengurut dadanya.

"babe..aku nak tanya kau something.." ucapku dengan muka yang serius.

"nak tanya apa? Kau ni buat aku risau je,sini la,duduk sebelah aku" ujarnya sambil menepuk tilam.

Aku duduk disebelah Salina,hatiku berat hendak bertanya,tapi aku perlu tahu,

"betul ke papa ada kanser?" tanya tanpa melihat wajah Salina.

"erm? Mana kau tahu?" tanya Salina terkejut.

"jadi betul la?" tanyaku sambil melihat ke dalam mata Salina, mencari kepastian.

"babe,semua ni ujian untuk keluarga kita,kita kena kuat" ujar Salina sambil menggenggam tanganku.

Air mata hangatku telah pun mengalir membasahi pipi ,tak aku sangka papa sakit selama ini,

"dah lama ke papa sakit?" tanyaku dengan air mata yang masih tersisa.

"erm,papa tahu dia sakit,6bulan lepas." kata Salina dengan perlahan

"bila kau tahu?" tanyaku

"erk..aku orang first yang tahu dalam family kita" jawab Salina dengan wajah serba salah.

"hah! Kenapa kau tak bagitahu aku?" tanya suaraku dengan nada suara semakin meninggi.

"aku tahu pun,sebab aku masuk office papa and time aku nak guna komputer , keluar papa punya result check up..and,papa tak bagi aku bagitahu kau, dia tak nak kau sedih" pujuk Salina.

"aku tak tahu,lagi aku sedih,sanggup papa ketepikan aku." ujarku dalam tangisan.

"babe,papa tak pernah ketepikan siapa-siapa,dia sayang sangat dekat kau.kau tahu kenapa dia suruh kita kahwin cepat? Sebab dia risau tak ada orang nak jaga kita,dia risau tak ada orang nak bimbing kita kalau dia tak ada." kata Salina lalu memeluk ku.

Aku hilang kata-kata.aku buntu,perlukah aku berkahwin dengan Zafrel? Lelaki yang hadir tanpa aku duga,lelaki yang hadir tanpa aku cinta,ya Allah,bantu lah aku, rintih hati kecilku dalam pelukan Salina.

Duduk sahaja di atas kerusi,pintu bilik pejabatku diketuk oleh Kak Nita,

"Saira ok ke?,nampak macam ada masalah je?" soal Kak Nita

"ok je akak,tak cukup tidur je sikit semalam" tipuku.

Tak cukup tidur? Aku tidur pun tidak semalam,semalaman memikirkan apa tindakan aku,semalam aku hanya menyerah segalanya kepada sang pencipta,hanya dia yang tahu apa yang terbaik buat aku,aku pasrah,andai menikahi Zafrel adalah yang terbaik untuk semua,akan aku lakukan.

"kalau Saira sakit atau ada masalah,bagitahu akak ye,akak risau tengok kau ni dik" kata Kak Nita dengan lembut.

"Saya ok lah kak,jangan risau" kataku dan menghadiah segaris senyuman.

"erm kes Puan Saerah tu dah dapat tarikh ke?" tanyaku,

" belum lagi Saira,kalau ada apa-apa nanti akak update,Saira rest lah dulu,akak buatkan air nak?" tanya Kak Nita dengan nada bimbang,

Baru sahaja ingin menjawab soalan Kak Nita,perbualan kami dicelah oleh Zafrel yang tiba-tiba muncul.

"Saira,masuk bilik saya kejap boleh?" arah Zafrel dengan nada mendatar.

"ada apa Encik Zaf?" soalku

"masuk je lah dulu" katanya sambil merenung wajahku.

Bangun sahaja dari kerusi,kepalaku terasa sangat sakit,pandanganku kabur kemudian kelam dan gelap.aku terdengar suara Kak Nita memanggilku,namun tak dapat aku jawab,seterusnya sunyi.

Buka sahaja mata,anak mataku terpanah dengan cahaya putih lampu hospital,mataku meliar di sekeliling bilik ini,namun terhenti pada susuk tubuh yang sedang berbaring di atas sofa.Aku sangat kenal dengan pemilik tubuh itu.

"Zafrel?" panggilku perlahan.

"ermmm,awak dah bangun?" katanya sambil meraup wajahnya dan membetulkan kedudukannya.

"sekarang pukul berapa?" soalku

  "pukul 3petang" katanya.

     "awak pengsan tadi,saya bawa awak pergi hospital ,family awak datang tadi,tapi turun kejap pergi cafe.awak tak tidur eh semalam? Doktor cakap awak pengsan sebab penat dan stress," terang Zafrel panjang lebar tanpa sempat aku bertanya.

Belum sempat aku menjawab apa-apa dia menyambung lagi kata-katanya.

   "awak fikir fasal apa yang saya cakap semalam ke?," soalnya lalu menghampiriku

Aku hanya menundukkan wajah,air mata yang sudah pun penuh di kolam mataku hanya menunggu masa untuk melimpah keluar,hatiku diselubungi rasa pilu dan sayu,mengenangkan kesihatan papa,

"saya tahu semua ni berat buat awak,tapi awak sendiri boleh nampak yang ayah awak kuat,jangan risau". Katanya

"ok,saya tak nak paksa awak,terpulang lah pada awak,nak kahwin atau tidak dengan saya,itu masa depan awak" tambah Zafrel lagi.

"jom kahwin." ujarku sambil mengesat air mata.

"are you sure?" tanya Zafrel sambil merenung wajahku.

"demi papa,saya sanggup," kataku dengan penuh yakin.

Entah dari mana datangnya keyakinan itu,namun dapatkah hadirnya bahagia? Aku hanya berserah pada apa yang telah ditetapkan.

"erm awak boleh ambik masa,kalau awak nak," ujar Zafrel.

"its ok," jawabku.

"erk..awak nak makan?" tanya Zafrel sambil mengeluarkan bekas makanan.

Krik...bunyi tombol pintu dipulas,aku melihat seorang wanita dan lelaki yang tak aku kenali masuk ke bilikku,aku menoleh ke arah Zafrel,namun Zafrel hanya memberi riak serba salah.

BERSAMBUNG...

P/s: hi semua! Agak2 siapa lelaki dan wanita tu? Zafrel kenal ke? Nak tahu? Kita jumpa next bab!enjoy reading semua🤗🤗💞💕 jgn lupa vote and comment🙃😘

avataravatar
Next chapter