webnovel

Saya Sememangnya Tidak Akan Memohon Maaf Pada Kamu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Hospital tersebut berbau tidak enak seperti biasa. Tangning memasuki hospital tersebut, diiringi pembantu Han Yufan. Dia keseorangan tanpa seorang pembantunya sendiri pun untuk menyokongnya.

Selepas menemui bilik Mo Yurou, Tangning dapat melihat pembantu Mo Yurou berkawal di hadapan pintu. Inilah lelaki yang mendakwa bahawa Tangning memutuskan sendiri semua keputusan yang dibuat pada hari pertunjukan tersebut.

Dia sudah melemparkan semua kesalahan kepada Tangning.

"Kamu sudah sampai," dia berkata sambil memandang Tangning dari atas ke bawah dengan begitu angkuh. Dia sengaja menyukarkan perkara buat Tangning. "Tunggu sahaja di sini. Yurou masih berehat."

Tangning mengangkat tas tangannya dengan kedua-dua tangannya dan memandang pembantu Mo Yurou tepat pada matanya. Dengan suara yang lembut dan perlahan, dia bertanya, "Adakah kamu tahu apa nama keluarga saya?"

"Mengarutnya! Siapa yang tidak tahu nama keluarga kamu Tang?"

"Kalau kamu tahu nama keluarga saya ialah Tang, kamu patut tahu latar belakang keluarga saya. Berani nya pembantu kecil seperti kamu ini hendak bertindak begitu angkuh di hadapan saya."

"Saya…"

"Tangning kah itu? Silalah masuk." Mo Yurou terdengar suara Tangning di luar dan berasa kecewa dengan kebodohan pembantunya. Jika dia mahu melawan Tangning, ini bukanlah cara yang betul. Apa-apapun, Tangning masih mempunyai Keluarga Tang yang menyokongnya (walaupun mereka sudah tidak begitu mengambil tahu mengenainya seperti satu ketika dahulu ketika Tangning masih terkenal).

Tangning mengangkat kepalanya dan berjalan masuk ke dalam bilik itu tanpa mengendahkan pembantu Mo Yurou yang marah tersebut. Melihat Yurou yang duduk di atas katil dan berlakon sedih dengan sebelah kaki yang cedera, dia tersenyum. "Yurou, adakah kamu okey?"

Tangning tahu Mo Yurou sengaja mencederakan kakinya sendiri untuk menghalang Han Yufan daripada berkahwin – perempuan ini memang tiada hati perut!

"Saya dengar daripada Presiden Han yang kita akan merakamkan siaran langsung selama tiga minit, betulkah itu? Tangning, kita sudah seperti adik beradik. Saya lebih daripada sudi untuk membantu kamu menebus diri kamu di mata orang awam."

Tangning teragak-agak buat seketika. Da tidak percaya bagaimana Mo Yurou boleh jadi begitu tidak malu. Dia hampir berada pada tahap yang sama dengan Han Yufan. Kebenaran mengenai penggantian tersebut diketahui oleh mereka bertiga, tetapi Mo Yurou berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tangning kelihatan sedikit bengang apabila dia berkata-kata dengan nada marah, "Saya cuma datang melawat kamu."

"Kamu tak perlu begitu sopan…"

"Betul itu. Kami sudah sediakan satu suasana untuk kamu. Sebentar lagi, doktor akan masuk untuk menukar balutan kaki Yurou. Pada masa itu, untuk memeperlihatkan keikhlasan kamu, kami sudah aturkan kamu untuk membasuh kaki Yurou. Dengan cara itu, orang ramai akan nampak betapa menyesalnya kamu."

"Cukup." Tangning menyampuk dengan marahnya dalam perbualan mereka berdua. "Mo Yurou, mengenai kejadian penggantian itu, kamu dan saya tahu perkara yang sebenar. Kamu tak rasa kah kamu sudah patut berhenti?"

"Tangning, apa yang kamu cakapkan? Saya tidak faham…"

"Perlukah kamu memusing-musingkan perkara yang salah dan benar?" Suara Tangning kedengaran seperti orang yang telah dipersalahkan. "Kalau bukan keran Yufan, saya tidak akan bertolak ansur dengan kamu begitu kerap. Tidak cukupkah saya menolong kamu selama ini?

"Tangning, cukuplah yang kamu tida mahu meminta maaf. Perlukah kamu memburuk-burukkan orang pula? Kamu sudah mengaku yang kamu sengaja mencetuskan kekecohan." Mo Yurou memang pandai berlakon. Dia tidak tergagap-gagap dan kekal mempamerkan wajah tidak bersalahnya.

"Saya memang tidak akan meminta maaf kepada kamu!" Tanpa dijangka-jangka, Tangning berkata dengan nada serius. Pada ketika ini, pembantu Mo Yurou merakam kata-katanya dan segera memuat naik video tersebut ke atas talian dengan tajuk besar: [Perempuan Jalang Teh Hijau yang Laparkan Perhatian tidak ikhlas, diam-diam mengatakan: Saya memang tidak akan memohon maaf pada kamu!]

Dengan segera, ombak sekali lagi berkocak…bersedia untuk menghempas Tangning.

Para wartawan segera mengerumuni tempat kejadian tersebut, tetapi tiada sesiapa yang menghalang Tangning dan meninggalkan Mo Yurou menangis kesedihan seorang diri di hadapan kamera. "Pada asalnya, saya ingatkan , memandangkan kami berdua merupakan peragawati, saya tidak akan melanjutkan kejadian ini. Tetapi Tangning sudah melampau. Bukan sahaja dia tidak meminta maaf, dia juga turut menghina saya."

Dengan itu, perang antara mereka berdua bermula. Dua peragawati yang tidak tahu mengawal diri mereka di hadapan orang awam dengan mempamerkan drama air mata yang menarik perhatian orang ramai untuk berhenti dan mengerumuni mereka.

Tianyi segera memberi reaksi dengan mengeluarkan kenyataan, memohon maaf kepada orang ramai dan menyatakan hasrat mereka untuk menguruskan hal ini dengan Tangning secara serius. Mereka memberikan gambaran bahawa mereka akan memecat Tangning.

Pada masa yang sama, kata-kata Tangning: 'Saya memang tidak akan memohon maaf kepada kamu' menjadi frasa yang tular dalam talian. Sewaktu orang ramai sibuk menghina Tangning, seorang personaliti dalam talian yang terkenal memuat naik satu album berisi pelbagai gambar. Album tersebut bertajuk: [Tangning bukan tidak mahu meminta maaf, dia tidak patut meminta maaf!]

Album tersebut dipenuhi gambar-gambar Mo Yurou dan Han Yufan yang merangkul satu sama lain. Dalam gambar-gambar tersebut, Mo Yurou dan Han Yufan kedua-duanya berada di hospital. Han Yufan berada di atas Mo Yurou yang masih memakai gaun hospital…

Mata netizen terbuntang kerana terperanjat apabila satu laman sesawang yang terkenal turut memberi tindak balas dengan mendesak dalam satu penulisan: [Dedahkan kebenaran di sebalik kejadian penggantian Tangning].

Penulisan itu menyatakan maklumat terperinci mengenai kejadian tersebut dengan menggunakan fakta bahawa Mo Yurou dan Han Yufan sama-sama curang sebagai tema tulisannya. Ia turut memberikan analisis yang jelas mengenai bagaimana Tangning dipaksa untuk bekerjasama, dan kemudian didesak dan akhirnya ditekan sehingga memberi reaksi penuh amarah...

Atas nama cinta, dia terpaksa menggalas semua kesalahan. Pada masa yang sama, perempuan simpanan tunangnya mengambil kesempatan dan memalukannya.

Dengan ini, skandal tersebut didedahkan. Gambar intim Han Yufan dan Mo Yurou tersebar ke semua tempat dan netizen telah mengetahui bahawa selain daripada isu penggantian tersebut, tiada satu pun berita negatif mengenai Tangning di sekeliling mereka. Jika mereka mencari berita tiga tahun lalu pun, mereka hanya akan menjumpai gambar peragaannya dia atas pentas, cantik seperti selalu.

Wanita ini yang mengorbankan kerjayanya kerana cinta, tidak pernah cuba untuk menerangkan dirinya. Selepas kejadian terbaru itu pun, dia segera keluar dan mengambil semua tanggungjawab.

Ya Tuhan, semua orang sudah salah faham terhadap Tangning!

Mo Yurou memang pandai berlakon. Kita sepatutnya sudah tahu yang Tianyi akan membuli wanita yang begitu kasihan.

Nasib sekali lagi berubah.

Orang ramai di atas talian mula berasa bersalah kerana telah menghukum Tangning. Perasaan mereka segera berubah daripada marah kepada tenang. Semasa semua ini berlaku, Mo Yurou sedang berada dalam sebuah temubual. "Saya sudah tidak tahu bagaimana untuk menerangkan tahap tidak malunya…"

Wartawan tersebut asyik mendengar apabila rakan sekerjanya menarik keluar telefonnya untuk menunjukkan sesuatu.

Selepas melihat gambar-gambar tersebut, wartawan tersebut mengangkat telefonnya dan bertanya kepada Mo Yurou, "Cik Mo, adakah gambar-gambar ini benar?"

"Apa ni?" Wajah Yurou bertukar pucat.

"Ini adalah gambar intim kamu dan CEO Tianyi, Han Yufan. Adakah kamu mahu saya menerangkan dengan terperinci apa yang kamu buat di dalam gambar ini?"

Mo Yurou terkaku. Seketika tadi dia masih menangis di hadapan kamera, berlakon menjadi begitu kasihan. Sekarang, dia tiba-tiba menjadi perempuan simpanan yang menggoda teman lelaki orang lain. Di mata para wartawan, dia tiada bezanya dengan peragawati baru yang menjual marah mereka untuk berkembang di dalam industri tersebut.

Paling penting, dia tidak dapat mencari ayat untuk mempertahankan dirinya.

Para wartawan berasa malu bagi pihaknya.

"Nampaknya, saya rasa gambar ini memang gambar betul. Di sini kamu menangis, di sebelah lain kamu mencuri teman lelaki orang lain," soalan wartawan perempuan tersebut tiba-tiba bertukar tegas.

"Ti..Tidak…"

"Gambar-gambar tersebut begitu jelas. Jangan cakap dengan saya yang kamu masih mahu menafikannya."

"Tidak, ini semua palsu. Ini semua rancangan Tangning." Mo Yurou tiba-tiba begitu tidak terdaya di hadapan kamera. "Berhenti merakam, sudah, pergi! Saya tidak mahu ditemuramah lagi, pergi!"

Wartawan perempuan tersebut melepaskan keluhan "hmph" yang begitu dingin. Dia mula membenci Mo Yurou. "Cik Mo, walaupun kita semua sudah terbiasa di dalam industri hiburan, saya perlu beritahu kamu mengenai perkara ini: Tuhan akan menghukum mereka yang ada niat jahat – dalam dunia ini ada keadilan. Dengan keputusan Tangning untuk keluar dan mengaku untuk semua perbuatan, mulai hari ini, saya tidak akan menulis apa-apa yang buruk mengenainya lagi."

Mo Yurou menggeletar ketakutan. Sebaik sahaja semua wartawan beredar, dia membuat satu panggilan telefon kepada Han Yufan.

"Yufan, kamu sudah lihatkah gambar-gambar itu? Apa yang patut kita buat?"

"Itu kan hanya gambar, apa yang kamu gelabahkan? Syarikat sedang berusaha mencari jalan penyelesaian." Han Yufan membalas dengan tenang. Namun, di dalam hatinya, dia tidak begitu tenang. Dengan mendedahkan semuanya, ianya bukan sahaja akan memberi kesan kepada masa depan Mo Yurou dan Tianyi, malah dia juga boleh kelihangan Tangning buat selama-lamanya.

Lagipun, dia sudah membuli dan mencurangi dia.

"Pasti Tangning yang merancang semua ini."

"Kalau kamu tidak mengusik dia, kamu rasa ini semua akan berlaku?" Selepas dia bercakap, Han Yufan segera mengakhiri panggilan dengan marah. Kemudian, selepas menemui nombor telefon Tangning, dia menghubunginya. "Ianya berdering, Tangning jawablah telefon ini."

Sebenarnya, Tangning memang memegang telefonnya. Dia membayangkan bagaimana resahnya Han Yufan berasa sekarang, jadi dia membuat keputusan untuk tidak mengangkatnya.

Selepas berlari keluar dari bilik Mo Yurou, Tangning menjumpai satu tempat untuk menyorok dengan senyap sambil menunggu Mo Ting menghantar seseorang untuk menjemputnya. Dia terkejut apabila mendapati Mo Ting sendiri yang datang mengambilnya.

"Tangning, masuk."

Mendengarkan suara dalamnya itu, kegelisahan hatinya terus hilang. Telefonnya terus berdering tetapi hanya dilontarnya ke tempat duduk belakang kereta Mo Ting.

"Kamu tak mahu menjawabnya?" Mo Ting bertanya, menyerlahkan sisi wajahnya yang kacak.

"Abang sudah tahu jawapannya" Tangning tersengih. Matlamatnya adalah untuk membuatkan Han Yufan mencarinya sepanjang malam dan merasakan bagaimana rasanya terseksa.