webnovel

Apa yang Isteri Saya Cakap, Jadi

Editor: EndlessFantasy Translation

Satu perasaan aneh terbit daripada dalam hati Tangning. Mungkin, dia tidak pernah benar-benar merasakan kebesaran kuasa Mo Ting.

Melihatkan Tangning yang ralit berfikir, Mo Ting mahu terus menjelaskan keadaan itu. Namun, pada ketika ini, Tuan Kedua Mo memasuki dewan dan memandang pasangan itu dengan mengantuk. "Kamu menang cepat juga…"

Mo Ting berpusing dan memandang Tuan Kedua Mo sebelum memimpin Tangning ke sisinya. "Ini Pak Ngah. Saya tak berpeluang untuk kenalkan dia kepada kamu tadi."

Sebelum Tangning dapat membalas, Tuan Kedua Mo mengheret Mo Ting ke satu sisi dan bertanya, "Kamu seriuskah? Kamu berpasangan dengan peragawati tak penting? Kamu dah beritahu ibu bapa kamu tentang hal ini?"

Mo Ting berpusing dan memandang Tangning sebelum membalas. " Pak Ngah rasa dia tak cukup bagus?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com