1 Permulaan

Pada 200 tahun yang lalu terdapat sebuah kampung yang kecil di mana tinggal seorang gadis yang lemah lembut dan sangat baik hati. Gadis itu mempunyai wajah yang seumpamakan bidadari dan dia diminati oleh ramai lelaki di kampung itu dan adalah juga pujaan hati Putera Azli.

Ibu gadis itu bersuara "Rama-rama cepat-cepat kita sudah lambat ini untuk pergi kerja" Rama pula membalas ibunya dengan berkata "Ya! ibu, Rama sedang bersiap ini". Selapas itu Rama dan ibunya berjalan ke kedai kopi dimana tempat mereka bekerja.

Semasa Rama ingin menghantar minuman kepada pelanggan, ada seorang gadis yang sombong dan cemburu kepada Rama dan keanggunannya. Gadis itu mengjulurkan kakinya ke arah kaki Rama selepas itu Rama terus terjatuh dan tersimbah minuman yang panas itu ke atas badannya sendiri. Rama terus menjerit kesakitan dan ibu Rama terus berjalan menuju ke arah gadis itu sambil menjerit dan menunjukan jarinya "Heii !!... Bawang !! kenapa engkau melakukan perkara itu ke atas anak ku, Hah !!, dimana sahaja engkau berada mesti ada sahaja yang menangis oleh disebabkan engkau, patutlah namamu Bawang"

avataravatar
Next chapter