44 BAB 45

BAB 45

Tisu bertaburan di katil dan lantai. Farisya yang mengesat air mata dan hingusnya lalu dicampakkan nya ke bawah. Habis satu bilik itu dipenuhi dengan tisu.

Farisya yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa lelaki yang dicintai dan digilainya selama ini telah berkahwin dengan sepupunya.

Sepupunya?

Dia baru tahu hal itu. Memanglah padanlah muka dia. Sepupu sendiri pun tak kenal. Memang tak kenallah sebab asal balik saja ke kampung pasti dia akan duduk terperuk di dalam bilik saja.

Bagaimana dia tahu?

Mamanya beritahu bahawa bapa Amyrah itu merupakan abang kepada mamanya. Keluarga Amyrah memang jarang pulang ke kampung. Kalau pulang pun pasti pada hari biasa sahaja. Memang sebab itulah dia tidak tahu. Lagipun dia bukan ambil tahu pun pasal saudara maranya. Dan perkara paling mengejutkan papa Amyrah merupakan seorang Tan Sri jadi kalau papanya Tan Sri maksudnya Amyrah merupakan anak seorang Tan Sri. Jadi ia bermaksud keluarga Amyrah lebih kaya daripada keluarganya. Selama ini dia fikirkan Amyrah kerani rupanya tidak.

*Flashback*

" Mama, how Amyrah can be my cousin..." Tanya Farisya yang sedang duduk di sebelah mamanya yang baru pulang daripada majlis perkahwinan tersebut.

" You don't know..." Dahi Datin Hanim berkerutan. Biar betul anak dia ni takkan tak tahu.

" Yaa... of course..l don't know... please explain to me...l just want to know..." Farisya meminta penjelasan daripada mamanya.

" Okey... Amyrah father's is my brother. Actually, kitorang adik beradik...so understand know..." Jelas Datin Hanim.

" Ooo..like that...yaaa..l understand know....But why now I just know about it..."

" Yelah...adik kan asyik terperap dalam bilik je.. memanglah saudara sendiri pun tak kenal.."

Farisya hanya tersengih menampakkan gigi putihnya.

" Wait...kenapa adik macam tiba-tiba nak ambil tahu ni..." Tanya Datin Hanim. Pelik dia dengan perangai anak dia sekarang ni. Dulu bila orang nak kenalkan saudara maranya. Dia tak nak ambil tahu. Ni tiba-tiba saja nak ambil tahu ni.

" Saja..." Farisya bangun cepat-cepat dari situ sebelum mamanya menanyakan pelbagai soalan lain.

Datin Hanim hanya menggelengkan kepalanya. Pelik-pelik saja perangai anak dia ni.

*End flashback*

Farisya hanya merenung jauh. Nampaknya dia sudah tiada sesiapa lagi untuk dijadikan teman.

Kalau diikutkan hati nak saja dia balas dendam tapi semua perkara itu dah lepas lupakan sajalah.

avataravatar