webnovel

Bab 2 : Siapa yang suka Zara ?

" Dah sampai ... Zara ingat ye , Papa dah belikan headphone untuk kamu , dan kamu dah beli handphone baru sebab kamu nak .. And last kamu dapat casing fon yang baru.. Jadi barang tu semua Papa nak kamu jaga elok - elok , OK ? And belajar pandai- pandai , kata nak jadi macam Papa ? Papa just usahawan , kamu nak jadi Saintis , right?". Hujah Papa dengan penuh semangat . Zara mengangguk dan berasa pelik seketika.

" Wait a minute , bukan ke Papa yang paksa Zara sebab nak belanja fon , casing dengan headphone kan ? Ish.. Papa ni... Tak ikhlas lah , dah lah Zara nak pergi ke dewan , BYE , LUV U !". Rajuk Zara sambil menyalam tangan Papanya lalu keluar daripada kereta .

" Hai sayang Zara !! ". Ngada Adi . Eee ... Kenapa dengan mamat ni . Ok sebenarnya Adi ni dia suka gila kacau perempuan yang cantik n cute kat sekolah , bukan dia je , ada lagi mamat- mamat geng dia yang suka kacau .

" Hahahaha ! Dia taknak dekat kau , derr ! Sebab kau botak , gigi pun terabur lahhhhh ! Macam ni baru dia sukaa !!!! Ehem ehem ! Hai ! Saya Ammar .. Seronok dapat berkenalan dengan awak.. Boleh tak kalau kita tukar panggilan , kita berdua panggil sayang menyayang, cinta dikenang , biarkan bungamu menawan.... OOOH !! ". Gedik Ammar .

" Apa sayang sayang ! Ni sayang dia (sambil menunjukkan buku lima) .. Pergi masuk dewan dan jumpa guru besar sekarang ! This is last warning !! Dah lah salah lirik !".Arah Puan Maria dengan tegas yang datang secara tiba tiba . "Terima kasih Cik... err Puan Mm..a..rria ". Kelu Zara.. 'asal aku kelu ni'. "Alaa.. Awak ni pun tak payah takut dengan saya , walaupun saya ni nampak garang dan tegas , tapi saya akan layan orang dengan baik jika layan saya dengan baik ". Kata-kata Puan Maria membuatkan Zara berasa sedikit tenang.

"Cikgu , izinkan saya untuk masuk ke dewan..". Selepas mendapat keizinan , Zara terus menuju ke dewan . "Hai Zara ! Sihat ? Dah ada boyfriend ?".Soal sahabat rapat Zara yang bernama Tasha . Dia juga berjawatan sebagai pengawas sekolah dan sekelas dengan Zara . " Shh.. Jangan bising nanti Zara yang kena tau... Kalau nak sangat Zara kene.. Cakap kuat lagi". Kata Zara lalu melemparkan senyuman yang fake .

~DIDALAM KELAS

" Zara , are you understand the question ?". Tanya Ikhwan dengan suara perlahan . Zara menunjuk ajar Ikhwan dengan teliti . Tanpa disedari Zara , tangan Ikhwan mendekati tangan Zara . "Zara.. Awak.. ada boyfriend tak ? Kalau takde....Jom! ". Percakapan Ikhwan membuatkan Zara terperanjat lalu menarik tangannya dan menegur Ikhwan , "Ah ? Ikhwan... Apa ni ?! Sedar tak apa awak cakap ni ? Atau awak hanya mengambil kesempatan ? Cuba tengok , awak ni pengawas sekolah tau ! Kenapa ramai pengawas sekolah ni perangai pelik-pelik ?".Zara sudah mula start naik angin , tetapi tetap menjaga adab . " Heh ! Awak tahu tak sejak mula lagi saya jatuh hati kat awak , Zara . Please , terimalah saya seadanya ". Paksa Ikhwan.

Zara mendiamkan diri dan terus menjejak langkahnya keluar daripada kelas ... Fikirannya mula buntu . Tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan begini .

Next chapter