21 Tumbuhan Naga Berbisa, Sangat Bahaya!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Dengan tarian yang lemah-gemalai, Bulu Lembut berasa sedikit kecewa kerana dia ditipu oleh roh hantu kecil.

Dan dia dipermainkan di hadapan seorang pertapa lama!

Dia tahu tentang Tokong Lampu Berhantu dan roh hantu itu dari buku catatan lama ayahnya.

Ayahnya pernah melalui kawasan ini bertahun yang lalu apabila dia dapat tahu ada roh hantu yang akan matang di sini.

Roh hantu sememangnya jarang dijumpai. Setelah menandatangani kontrak kerohanian dengan pemiliknya, roh dewasa dapat dihubungkan dengan pemikiran pemiliknya dan berkongsi tenaga dengan pemiliknya walaupun ia hanya berpangkat rendah.

Dalam erti kata lain, seseorang boleh mendapat satu lagi tenaga tambahan dengan memiliki roh hantu yang berpangkat rendah!

Walau bagaimanapun, roh hantu yang berpangkat rendah hanya boleh melangkah sehingga Alam Perolehan Tahap Tiga.

Selepas mencapai peringkat pertengahan, roh hantu akan mempunyai kuasa serangan yang lebih baik dan kelajuan pertapaannya tidak akan lebih perlahan daripada pertapa biasa. Dengan sedikit nasib, ia mungkin dapat mencapai sehingga Alam Raja Agung Tahap Enam. Ia menjadi pembantu yang baik kepada pertapa.

Selain itu, roh hantu peringkat pertengahan biasanya mempunyai satu atau dua kemahiran semula jadi. Kemahiran semula jadi ini mempunyai kepelbagaian yang lebih besar. Bergantung kepada nasib, keupayaan semula jadi roh hantu ini mungkin dapat menggandakan kekuatan tempur pemiliknya.

Bagi roh-roh hantu yang berpangkat tinggi, mereka sudah memperoleh tahap kehormatan yang lebih tinggi daripada manusia biasa dan kelajuan pertapaan mereka lebih pantas daripada pertapa biasa.

Mereka juga dapat mempelajari beberapa mantera sihir dari Hantu Dao. Sekiranya mereka dapat mengembangkan mantera-mantera sihir sehingga ke tahap maksimum, mereka boleh menjadi hantu abadi sekiranya mereka dapat mengatasi peringkat tribulasi. Ia hampir menyamai teknik pengklonan rahsia legenda.

Walau bagaimanapun, roh hantu berpangkat tinggi hanya wujud dalam legenda. Sepanjang puluhan ribu tahun, bilangan roh hantu berpangkat tinggi yang direkodkan hanya kurang dari lima.

Di samping itu, roh hantu berpangkat pertengahan atau ke atas boleh mengganggu tenaga pemiliknya.

Sama ada darah dan qi, qi tulen atau qi rohani, roh hantu dapat menguatkan dan menjadikannya lebih suci serta lebih tinggi kualitinya kerana tenaganya telah dihubungkan dengan pemiliknya.

Setelah kontrak rohani dibuat, roh hantu tidak akan mengkhianati pemiliknya. Mereka akan melakukan apa sahaja kemahuan pemiliknya tanpa membantah.

Tugas mereka tidak terhad kecuali memanaskan tempat tidur dan melahirkan seorang anak. Roh hantu biasanya sahabat terbaik buat pertapa.

Malangnya, jumlah roh hantu masih sangat sedikit. Mereka jarang ditemui pada zaman purba dan hampir pupus dalam masyarakat moden ini.

Yang Dihormati Roh Kupu-kupu sangat terkejut apabila dia menemui roh hantu pada masa dahulu, bagaikan melihat dinosaur yang hidup di sebuah bandar besar.

Walau bagaimanapun, roh hantu itu belum matang. Jadi Yang Dihormati Roh Kupu-kupu membeli Tokong Lampu Berhantu dan membuat permeteraian mudah untuk memerangkap roh hantu dan membiarkannya menjadi matang.

Baginya, roh hantu tahap ini masih terlalu lemah. Roh hantu yang sudah matang pun tidak ada guna buatnya pada masa kini.

Tetapi, dia akan mendapat seorang anak perempuan dan dia mahu menyimpan roh hantu itu untuk anaknya kelak.

Walau bagaimanapun, adakah dia seolah-olah terlupa tentang roh hantu itu? Lagipun, dia juga tidak memberitahu anak perempuannya tentang Tokong Lampu Berhantu. Mungkin, untuk lelaki berpengaruh seperti dia, roh hantu kecil boleh diabaikan begitu sahaja.

Dan Bulu Lembut juga 'secara tidak sengaja' telah menemui buku catatan ayahnya.

Mengambil kesempatan daripada peluang ini - ayahnya yang sedang cuba mengusik Pedang Berang Melulu Tiga - dia pergi ke Bandar J secara senyap-senyap dan bersedia untuk menundukkan roh hantu itu.

Pada mulanya, semuanya berjalan lancar. Tetapi, ternyata terdapat dua roh hantu di Tokong Lampu Berhantu itu!

Saat dia menewaskan satu roh hantu, roh hantu satu lagi yang bersembunyi dalam kegelapan menyerang hendapnya secara tiba-tiba.

Nampaknya hanya satu roh hantu yang telah diikat oleh bapanya. Bagaimana boleh ada dua roh hantu?

Siapa yang menambahnya?

Selain itu, dia telah ditewaskan oleh roh hantu kecil! Bagaimana dia boleh menahan rasa marahnya?

❄️❄️❄️

Terdapat dua cara untuk menundukkan roh hantu. Salah satunya, dengan cara kasih sayang. Tinggal bersama roh hantu siang dan malam dan cuba membina perasaan cinta dengannya.

Apabila roh hantu jatuh cinta dengan anda, anda boleh menundukkannya dengan mudah.

Cara ini memerlukan keberanian dan daya tarikan yang tertentu.

Terutama dalam daya tarikan. Jika anda tidak cukup menarik, anda mungkin akan menjadi makanan roh hantu sebelum anda berjaya membuatnya jatuh cinta dengan anda.

Cara kedua lebih ganas, iaitu dengan menggunakan kekerasan 'tumbukan kebenaran'.

Mudah dan kasar. Sebaik sahaja anda berjumpa dengan roh hantu, tampil ke depa dan belasah sahaja. Dengan cara ini, anda boleh menundukkannya dengan lebih mudah.

Bulu Lembut menggunakan kaedah yang terakhir.

Dia sudah mencapai Alam Perolehan Tahap Tiga. Qi sejati di dalam tubuhnya telah disimpan di dalam sungai dan tanpa henti mengalir di seluruh tubuhnya. Dia membuat genggaman keras dengan tangannya!

Selain itu, dia mempunyai seorang bapa berpengaruh yangmelindungi seluruh tubuhnya dengan senjata sihir. Dia boleh mengerjakan mana-mana Dewa atau Buddha yang cuba menahannya!

Serangan kejutan roh hantu itu membuat dia panik seketika, tetapi itu sahaja!

"Azimat, datanglah kau!"

Bulu Lembut berteriak dengan suara halusnya dan memusingkan tapak tangannya. Sebaik sahaja dua azimat emas muncul, dia menembaknya ke arah dua roh hantu itu.

Dia enggan menggunakan azimat itu pada mulanya, tetapi dia sangat geram dan mahu menangkap dua roh hantu itu secepat mungkin.

Sebaik sahaja azimat terkena tepat ke arah roh hantu itu, tubuh mereka mula mengeluarkan asap. Mereka mencicit dan menjadi lemah dengan cepat.

Bulu Lembut merebut peluang itu dan dia menghampiri roh hantu serta terus memukul mereka dengan telapak tangannya. Roh hantu tidak dapat berbuat apa-apa dan berundur.

Setiap kali dia melambaikan telapak tangan kecilnya itu, bunyi retak kedengaran dari badan roh hantu yang hampir patah. Ia kelihatan seolah-olah mayat mereka akan hancur dengan segera.

Walau bagaimanapun, Bulu Lembut masih cuba untuk menahan kekuatannya kerana dia masih mahu menundukkan roh hantu itu. Sekarang ini dia hanya dapat mencederakan mereka dan tidak dapat mengambil nyawa mereka.

Sekiranya dia menyerang mereka dengan segala kekuatannya, roh-roh hantu akan bertukar menjadi abu dengan kekuatannya itu.

Dua roh hantu melepaskan serangan paling kuat semasa mereka ditolak sehingga ke sudut.

"Argh!"

Satu roh hantu memekik. Perisai emas kecil muncul di hadapannya dan menuju ke arah Bulu Lembut.

Roh hantu yang satu lagi juga memekik dan tubuhnya kemudian diliputi oleh cahaya merah.

Tiba-tiba, saiz cahaya merah itu bertambah dua kali ganda.

Mantera semula jadi!

Dua roh hantu itu sekurang-kurangnya berpangkat pertengahan.

"Adakah ini muslihat anda?"

Dengan mata yang memandang tajam, Bulu Lembut meletakkan kedua-dua telapak tangan kemudian memusingkan pergelangan tangannya dan membuat bentuk kupu-kupu. "Jika ini sahaja yang kalian ada, menyerah sajalah!"

Ini teknik rahsia Pulau Roh Kupu-kupu, 'Tarian Telapak Tangan Kupu-kupu'.

Ia peringkat Mahaguru Agung Tahap Dua dan direka khusus untuk memecahkan semua jenis perisai dan pertahanan.

Ia seperti permainan untuk memecahkan perisai sejadi roh hantu kecil yang belum pernahbertapa dengan teknik ini.

Hanya dengan tamparan tunggal, perisai emas yang dikelilingi oleh roh hantu jatuh seperti kaca pecah. Roh hantu di belakang perisai cedera parah sehingga ia terjatuh di tanah dan bekas retakan muncul di permukaan tubuhnya.

Kini, selagi Bulu Lembut memulakan upacara mengikat kontrak, dia boleh mengikat kontrak rohani dengannya.

Pada masa itu, roh hantu yang diliputi oleh cahaya merah dan membesar sehingga dua kali ganda saiznya tiba-tiba bergegas ke hadapan dan menarik roh hantu pertama yang jatuh di atas tanah.

Pada masa yang sama, ia melarikan diri ke arah luar seperti pancaran kilat.

Walaupun dia kuat, Bulu Lembut masih tidak mempunyai pengalaman yang cukup menyebabkan dua roh hantu itu berjaya lari daripadanya.

Dengan saiz yang dua kali ganda lebih besar, roh hantu itu seolah-olah telah mendapat lebih banyak kekuatan. Ia berjaya merobohkan Pendinding Perangkap Roh yang dibuat oleh Bulu Lembut.

Ketika pendinding itu mula pecah, dua roh hantu meluru ke arah Song Shuhang yang berdiri di tepi kubur dengan pantas. Selepas menghisap qi dan darah lelaki itu, mereka mungkin pulih serta mencabar wanita yang ganas itu sekali lagi dengan nyawa mereka yang dipertaruhkan itu.

Adakah mereka perlu melarikan diri dari sini?

Kedua-dua roh hantu tidak pernah terfikir tentang itu. Adakah mereka akan tinggal di sini selama lebih daripada enam puluh tahun jika mereka dapat melarikan diri dari sini?

Lagipun, roh hantu peringkat pertengahan sebijak manusia.

❄️❄️❄️

Pada masa ini, Song Shuhang sedang membongkok untuk mengambil telefon bimbitnya yang jatuh secara tidak sengaja.

"Oh tidak, Tuan Song!"

Dalam keadaan panik, Bulu Lembut menghentak kaki kanannya dengan kuat, bertukar menjadi kupu-kupu yang berwarna-warni dan bergegas ke arah dua roh hantu sepantas cahaya kilat!

Walau bagaimanapun, roh hantu yang telah mengaktifkan keupayaan semula jadinya semakin bergerak laju. Mengabaikan serangan Bulu Lembut, ia hanya memandang ke arah Shuhang.

Sekurang-kurangnya, lelaki ini akan mati dahulu!

Walaupun dua roh hantu itu sedang menghampirinya, Song Shuhang kelihatan tenang. Dia mengambil telefon bimbitnya, menghidupkan fungsi lampu suluh telefon dan memancarkan cahaya lampu suluh ke tanah. Dia secara tidak langsung melihat sebuah tumbuhan aneh sewaktu dia membongkokkan badannya itu.

Dengan cahaya daripada telefon bimbitnya, dia melihat bentuk tumbuhan itu dengan jelas. Ia tidak tumbuh dengan lurus tetapi mempunyai bentuk seperti naga berlingkar.

Terdapat cangkuk pada bahagian hujungnya dan akarnya berwarna ungu kehitaman.

Song Shuhang menngelap peluh. 'Bukankah ini "Tumbuhan Naga Berbisa" yang gambar Mahaguru Ubatan terbitkan di Kumpulan Nombor Satu Wilayah Sembilan?!'

Tanpa berfikir panjang, Song Shuhang menghulurkan tangannya, menggenggam tumbuhan itu dan mencabutnya - 'Bulu Lembut pasti akan menyerahkannya kepada Mahaguru Ubatan apabila dia melihatnya.

'Dan sekiranya Mahaguru Ubatan meletakkan bahan ini ke dalam periuk, mendidihnya selama lima minit dan kemudian meminumnya, dia akan mati, bukan?'

Sebab itulah Song Shuhang memutuskan untuk tidak membiarkan Bulu Lembut melihat tumbuhan ini kerana dikhuatiri ia akan membahayakan nyawa manusia lain.

"Bang!"

Apabila dia mencengkam tumbuhan itu, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi seolah-olah sesuatu yang berat melanggar dinding.

Dia memandang sekeliling tetapi tidak nampak apa-apa.

Dari jarak yang tidak jauh dari Shuhang, Bulu Lembut kelihatan sangat terkejut dan teruja.

avataravatar
Next chapter