55 Tendangan Penghapusan Keturunan Zhao Yaya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Hujung bibir Zhao Yaya menaik, kerja penyibuk ini... memang tidak hairan Song Shuhang akan berbuat begitu.

"Baiklah, nampaknya awak sedang bercakap benar. Meskipun awak sedang menyembunyikan sesuatu, asalkan bukan awak yang ingin cuba membuat sesuatu dengan menggunakan resipi ubatan ni, tak jadi masalah." Zhao Yaya menukar posisi kaki langsingnya dan berkata.

"Mana mungkin saya sembunyikan benda daripada Kak Yaya." Song Shuhang mengampu dengan segera.

"Jangan menipu, buat-buat sangat tu." Zhao Yaya berdiri dan memberi Song Shuhang tetakan karate pada kepalanya, "Tetapi, dalam sekelip mata, awak dah jadi pelajar kolej. Menyimpan rahsia pada umur awak adalah normal, dan saya terlalu malas nak tanya apa tu. Baiklah, lupakan pasal resipi ubatan ni, beritahu saja orang dalam grup tu supaya jangan makan ubat Cina sesuka hati. Walaupun ia satu tonik, semua bahan jika dicampur bersama boleh membawa maut."

"Hehe, saya faham." Song Shuhang ketawa.

Saya faham... tetapi dia tidak mungkin dapat memujuk ahli grup supaya tidak memakan ubat sesuka hati, sebab dia sudah menjadi salah satu ahli angkatan makan ubat itu.

"Lagi satu benda, tadi muka awak pucat dan pernafasan juga lemah, apa yang telah berlaku?" Zhao Yaya kembali ke topik.

"Mana ada pucat! Cuma tahun ni saya kurang bersenam dan keadaan fizikal saya dah banyak merosot, sampai selsema pun tak dapat sembuh selepas sepuluh hari. Saya dah mula berlatih kebelakangan ini, dan baru balik daripada sesi yang susah. Tapi tengok saya sekarang, saya dah sihat. Lagipun, badan saya sangat baik kebelakangan ini, tiada apa-apa masalah." Shuhang menjelaskan dengan cepat. Selepas berehat, kelemahan dari Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar telah berlalu. Pada masa ini, mukanya kemerahan dan degupan hatinya sangat kuat! Badannya sihat sangat sekarang.

Sambil dia bercakap, dia mengangkat lengan kanannya dan membuat gaya pembina badan. Dia melenturtegangkan lengan kanannya sedikit, dan otot lengannya mempamerkan kekuatan yang meledak.

Zhao Yaya mengelip matanya, dan meneliti Song Shuhang dari atas ke bawah. Dia terkejut sebab dia hanya menumpukan perhatian kepada wajah dan pernafasan Shuhang sehingga tidak perasaan, keadaan fizikal budak ini sudah menjadi agak kuat dan tegap!

Bukan sahaja otot pada lengan, malah otot pektoralnya juga kelihatan kerana baju yang dibasahi peluh melekit pada badannya.

Badannya telah menjadi sangat bagus, Zhao Yaya berfikir.

Dia meludah secara emosian, memicit hidungnya, dan melambai, "Awak berbau busuk peluh, cepat pergi mandi."

"Hehe." Song Shuhang ketawa, tetapi berasa lega.

Tahap 'Zhao Yaya' sudah dilepasi secara sementara.

Dia merupakan saudara yang amat disayangi, dan dia telah menjaganya dengan baik sejak dari kecil lagi. Dia juga salah satu saudara yang dia ingin berkongsi 'cecair penguat badan'.

Meskipun dia tidak boleh mengambil Cecair Penguat Badan sekarang, Song Shuhang masih berfikir untuk mencari cecair yang boleh dimakan oleh manusia biasa seperti dia, Mama Song dan Papa Song.

Song Shuhang mengambil bajunya dan pergi ke bilik mandi.

"Kak Yaya, kenapa awak datang ke Bandar Kolej Jiangnan? Takkan awak datang sebab resipi ubatan ni, betul?" Song Shuhang bertanya semasa dalam bilik mandi.

"Saya tak ada masa terluang," Zhao Yaya merehatkan dagu pada tangannya dan menjawab. "Saya datang ke Bandar Kolej Jiangnan untuk kerja lapangan. Lusa, 7 hingga 9 Jun, Bandar Kolej Jiangnan akan mengadakan acara sukan yang berlangsung selama tiga hari. Saya mengikut cikgu sebagai pakar perubatan. Selepas kerja lapangan selama setengah tahun lagi, saya akan menghabiskan latihan perantisan saya."

Setiap tahun pada 7 Jun merupakan peperiksaan kelayakan masuk kolej Cina.

Bagaimanapun, semasa pelajar sekolah menengah tengah mengambil peperiksaan kelayakan masuk kolej dengan sedih, Bandar Kolej Jiangnan akan mencuri masa untuk mengadakan acara sukan sebagai perayaan kolej.

Perasaan sadis celaka tertimbul, menunjukkan niat jahat orang atasan Bandar Kolej Jiangnan dengan jelas terhadap pelajar sekolah menengah yang sedih ini. Guru besar penggal mana yang menggalakkannya tidak diketahui. Bagaimanapun, ia berlangsung seperti ini setahun demi setahun sehingga sekarang.

"Acara sukan?" Song Shuhang terkejut, kenapa dia tidak tahu apa-apa tentangnya?

Adakah sebab dia ponteng terlalu banyak kelas sejak dua hari ini?

"Eh, acara mana yang awak sertai? Acara sukan merupakan masa yang paling baik untuk menunjuk-nunjuk dan bergaul dengan junior perempuan. Lagipun, semester kedua tahun pertama awak dah nak habis ni, awak dah ada teman wanita ke belum?" Zhao Yaya bertanyakan pelbagai soalan.

Perasaannya seperti makcik penyibuk yang datang semasa tahun baru Cina. Apabila Zhao Yaya menjadi tua, dia pasti akan menjadi pejuang di kalangan makcik tersebut.

"Acara mana... saya tak pasti lagi. Tapi, rasanya satu atau dua acara, sebab saya agak yakin dalam acara berlari." Song Shuhang berkata dengan senang, "Lagipun, saya hanya pelajar tahun pertama, takkan begitu senang untuk mencari teman wanita, betul?"

"Bagaimanapun, berusahalah dalam acara itu, awak mungkin akan dapat pengakuan masa tu juga daripada senior atau junior. Kalau awak mendapat seorang teman wanita, makcik pasti akan gembira." Zhao Yaya tertawa kecil.

Dalam bilik mandi, Song Shuhang tersenyum sinis. Minta maaf, kak. Saya sangat fokus dengan pertapaan kebelakangan ini. Buat sementara waktu, perempuan hanyalah setimbun rangka tulang yang cantik yang saya tidak ada masa untuk peduli.

Selepas mandi, Song Shuhang melapkan rambutnya dan keluar, dan bertanya, "Kak, malam nanti saya akan keluar makan dengan Tubo dan yang lain, awak nak ikut sekali tak?"

Zhao Yaya menggelengkan kepala dan menjawab, "Tak nak, takut nanti tiga kawan baik awak menjadi tak selesa dan kaku. Kali ni saya datang dengan ramai kawan, oleh itu selepas menjenguk awak, saya akan melepak dengan mereka."

"Boleh juga, macam tu saya teman awak balik ya?" Song Shuhang bertanya, sudah sampai masa dia pergi jumpa mereka.

"Jom." Zhao Yaya mengangkat begnya dan mengikut Shuhang keluar dari asrama.

Di pintu masuk asrama.

Secara kebetulan, dua pelajar lelaki yang ternampak Song Shuhang meninggalkan asrama dengan Bulu Lembut dahulu juga berada di sana.

Zhao Yaya berada setengah langkah di belakang pada penjuru pusingan tangga, oleh itu dua budak tersebut tidak nampak Zhao Yaya.

Selepas melihat Shuhang, salah seorang melambai dan berjalan ke arahnya, dan mengejek, "Yo, kawan yang dikasihi Shuhang, awak nak pergi bermain di mana? Oh ya, tolong memperkenalkan saya kepada kakak awak nanti ya! Kakak awak cantik sangatlah, terutamanya kaki panjangnya. Selepas melihatnya, saya dah memberinya gelaran dewi nombor pertama. Sejak hari tu, saya tak ada nafsu makan, tapi telah bermimpi tentangnya beberapa malam ni. Haha, tolong bagi saya nombor telefonnya. Saya berjanji saya akan menjadi abang ipar yang baik."

Mata Song Shuhang bergetar-getar, dia tahu lelaki ini sedang bercakap tentang Bulu Lembut yang terserempak dengan mereka beberapa hari sebelum ini. Masalahnya, kakak dia yang sebenarnya sedang mengikutnya dari belakang sekarang.

Bagaimanakah Zhao Yaya tidak akan salah faham dengan kata-katanya?

Seperti yang dijangkakan, selepas pelajar itu berkata begitu, dià ternampak gadis cantik dalam baju seragam perubatan mengikut Song Shuhang dari belakang.

Seorang lagi gadis berkaki panjang, dan berpakaian baju seragam perubatan!

Zhao Yaya merenung budak itu, dan menendang tanpa kawalan. Kakinya bukan sahaja langsing, Tendangan Penghapusan Keturunan juga merupakan bakat istimewanya.

Tambahan lagi, sebagai seorang doktor, dia boleh mengawal kuasa tendangannya, kesakitan yang teruk memang akan dirasai tetapi bahagian itu tidak akan terpecah.

Tanpa disedari, budak itu terkena tendangan tersebut dan melutut dengan segera.

"Inilah kakak saya, Zhao Yaya." Song Shuhang tersenyum lebar.

Pada sebelah lagi, pelajar lelaki yang lagi satu mentertawakan kesengsaraan kawannya; inilah model seorang kawan buruk.

Sambil dia ketawa, Zhao Yaya merenungnya.

Pelajar tersebut menutup mulutnya dengan segera dan melambai ke arah Shuhang, "Hi Shuhang, dan kakak Shuhang. Saya hanya orang lalu yang tidak bersalah!"

Song Shuhang ketawa, "Saya nak pergi dengan kakak saya, selamat tinggal."

Selepas itu, dia menarik Zhao Yaya dan meninggalkan tempat kejadian.

"Selamat tinggal." Pelajar yang menutup mulut itu ketawa.

Selepas Song Shuhang dan Zhao Yaya berada di jarak yang jauh, pelajar yang ditendang itu berdiri dengan susah daripada posisi melutut, penuh dengan air mata. "Sakit sangat... tahap yang menembusi hati..."

"Ya." Pelajar di sebelahnya bersimpati dengannya; menyaksikan tendangan itu pun menyebabkan bahagian sensitifnya berasa sakit.

"Tapi, gen keluarga Song Shuhang memang hebat. Kakaknya yang sebelum ni sangat cantik dan mempunyai kaki yang panjang. Kakak ni pula hampir sama, dan baju seragamnya menambahkan markahnya, hebatnya. Doktor wanita paling baik. Saya sanggup mendapatkan suntikan daripadanya setiap hari. Dan saya nak jadi abang ipar Song Shuhang... mana-mana kakak pun boleh!" Selepas itu dia menunjukkan tanda isyarat bagus.

Dia memang pewira yang sejati, sebab dia berani untuk menangani kehidupannya yang suram, dan berani untuk mengambil jalan yang dipenuhi darah.

avataravatar
Next chapter